Bab 1

Romantic Comedy Completed 26396

Dia Suamiku, Gay?
Nazehran Jose Ahmad

1

NAJAH bangun dari bangku. Kemudian, dia duduk kembali dan bangun seraya berjalan ke arah tasik. Serba tidak kena dia menunggu seseorang di situ. Makin lama dia berada di situ, makin kusut kepala dia memikirkan masalah yang bakal menimpa dirinya. Yang si hangkuk tu pulak, selamba je lewat-lewatkan masa. Janji lima minit, tengok-tengok, dah nak dekat satu jam dia menunggu di situ. Orangnya tidak juga-juga sampai.

“Bakebabom!”

“OMG!” Najah terkejut lalu memukul bahu Luthfi berkali-kali. Main-main pulak budak ni.

“Lama tunggu ?” ujar Luthfi sambil tersenyum memandang Najah yang menayang muka bengang.

“Tak lah! Baru satu jam. Kenapa tak datang esok je?” perli Najah sambil menjulingkan matanya ke atas. Inilah dia janji melayu, janji pukul empat datang pukul lima. Bagus sangatlah tu!

“Awat tak cakap ! Kalau macam tu, I balik dululah, bye!” Luthfi sudah berura-ura untuk pergi tapi Najah sempat menarik lengan sasanya.

“Ala, beb! Janganlah macam ni. Tolonglah aku.” Najah menayang muka lima sen, meminta simpati rakan baiknya itu. Hanya Luthfi sahaja yang boleh membantunya setakat ini kerana lelaki itu seorang je kawan baik dia yang berlainan jantina. Bukan setakat itu je yang membuatkan Najah ingin berkawan dengan Luthfi. Ada sebab lain sebenarnya. Lelaki itu lain daripada yang lain dan membuatkan dia tidak takut untuk berteman dengan Luthfi. Bukan seperti lelaki-lelaki di luar sana tu, semuanya mata keranjang!

“Kau nak suruh aku tolong kau apa ni? Aku ada banyak kerja so, tolong percepatkan sikit pertemuan kita ni.” Najah memuncungkan mulutnya. Nampak sangat yang lelaki itu tidak mahu menolong dia dengan ikhlas.

Luthfi Darwisy memandang rakan baiknya yang sudah muncung sedepa itu. Merajuklah tu ! “ Okey,okey, fine! Aku tolong kau no matter what happens! Hah ! Apa dia?” Akhirnya dia mengalah. Najah tersenyum menang.

Najah berdeham sebelum memulakan ayatnya. “Kau tahu kan yang mak aku paksa kahwin dengan Kamarul bengong tu?” Luthfi mengangguk kepalanya.

Najah menggigit bibir. “Dan aku dah fikir masak-masak tentang hal tu.” Najah berhenti seketika dan memandang wajah Luthfi yang tampak serius. Kemudian, lelaki itu mengangguk.

Najah menyambung lagi. “Bahawasanya, aku nak kau jadi pengganti Kamarul! Yeay!” jerit Najah sambil tersenyum riang. Wajah serius Luthfi tadi sudah bertukar jadi terkejut beruk mendengar kata-kata atau lebih tepat lagi rancangan pandai milik Safinatunnajah.

“Kau jangan merepek boleh tak mangkuk.” Ujar Luthfi dengan nada yang serius. Matanya tajam memanah anak mata Najah. Kecut perut Najah dibuatnya tapi cuba dikawal sebaik mungkin.

“Alaa, beb! Kata kau nak tolong aku no matter what happen! Ni aku ada masalah ni, tolonglah ! Please…” Najah membuat muka merayu. Dia berharap sangat Luthfi menerima cadangan genius yang difikirkannya sehari semalam. Dah tak ada option lain dah selain ini. Rancangan ini bukannya setakat dapat dia jauhkan diri dari Kamarul, sekaligus dapat mendiamkan mulut Puan Rashidah yang asyik sibuk menyuruhnya untuk berkahwin.

“Kalau aku kata kali ni aku tak nak tolong kau?” Luthfi mengugut. Dia berpeluk tubuh sambil memandang wajah manis milik Najah.

“Ala, wei ! Kau sorang je yang boleh tolong aku sekarang! Dah tak ada orang lain lagi dah yang boleh tolong aku. Boleh lah wei.” Sekali lagi Najah menayang muka comelnya pada Luthfi. Luthfi memalingkan tubuhnya memandang tasik tapi Najah tetap ingin menayangkan muka comelnya.

“Kau beri aku sebab kenapa aku kena tolong kau.” Luthfi sudah mula hampir mengalah. Tak boleh jadi ni, minah ni bukan boleh percaya sangat. Silap-silap, hari-hari dia datang rumah merayu-rayu suruh aku kahwin dengan dia.

“Firstly, sebab yang kau tu satu-satunya kawan lelaki yang aku ada. Secondly, aku rasa kau calon yang paling sesuai sebab kau pun gay so mesti tak ada masalah kan? Dan thirdly, kau adalah yang calon menantu yang mak aku teringin sangat nak, pakej lengkap!” terang Najah bersungguh-sungguh. Dia berharap sangat agar Luthfi menerima cadangan yang agak gila ini. Wargh ! Tak pernah-pernah ada perempuan merayu dekat lelaki suruh kahwin dengan diaorang. Memang kalau Hana tahu ni, mesti buat malu kaum Hawa je!

Luthfi Darwisy memegang dagunya sambil berfikir sesuatu. “Hmm, kalau macam tu. Aku nak kau propose aku sekarang.” Arah Luthfi tegas. Kedua-dua belah tangannya diletakkan ke belakang.

Najah mengerutkan keningnya.

“Propose?” Ada ke perempuan propose lelaki? Aduh, gila betullah si Luthfi ni.

“Yes! Cepatlah!” Najah memandang Luthfi tidak percaya. Mamat ni dah gila ke suruh dia propose depan orang-orang ramai ni. Memang,…wah! Syabas, Luthfi, Syabas! Akhirnya, Najah akur juga dengan arahan Luthfi. Perlahan-lahan, lututnya mencecah ke bumi. Lalu, dia menghulurkan tangan seperti hero-hero yang selalu buat dalam drama-drama.

“Encik Luthfi Darwisy, sudikah dikau menikahi aku?” ucap Najah penuh syahdu. Matanya dipejam-pejamkan tanda dia bersungguh-sungguh. Manakala, Luthfi pula memeluk tubuh sambil memandang ke bawah melihat Najah yang sedang melamar dia. Dia seperti berfikir-fikir sesuatu sambil matanya meliar-liar melihat kawasan taman tasik itu. Ramai juga yang sedang mengerumuni mereka dari jauh melihat sandiwara yang sedang mereka lakonkan itu.

“Okey! I accept!” jawab Luthfi sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. Najah bangkit dan terus menonong ke arah kereta tanpa mempedulikan Luthfi yang menjerit-jerit memanggil namanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience