Bab 12

Romantic Comedy Completed 26396

12

SELEPAS selesai makan malam tadi, Luthfi meminta diri untuk ke bilik kerana ada kerja yang harus diselesaikan. Najah hanya dapat memerhatikan pemergian suaminya itu dari ekor mata. Semua plan yang dirancang, sudah boleh dijalankan. Kalau boleh dengan segera agar dia dapat tahu siapakah lelaki itu yang sebenarnya. Adakah dia gay ataupun normal.

Najah memulas tombol pintu bilik dengan berhati-hati. Kelihatan suaminya yang sedang sibuk membuat kerja di meja belajar. Matanya tidak lepas memandang skrin laptop. Dengan perlahan, Najah bergerak ke almari bajunya dan mengambil kemeja berwarna putih yang dicurinya dari closet Luthfi. Dia melangkah ke bilik air. Bersedia untuk menjalankan rancangannya.

Luthfi memegang lehernya yang terasa sakit kerana terlampau banyak kerja yang harus disiapkannya malam itu. Matanya kemudian beralih pada katil yang masih kosong. Mana pula isterinya pergi? Disebabkan kepalanya yang terasa pening kerana menghadap laptop sepanjang hari, jadi dia membuat keputusan untuk berehat seketika.

Luthfi bergerak menuju ke katil lalu menghempaskan badannya. Fuh, lega. Pintu bilik air yang terkuak itu membuatkan dia terus memandang ke arah sana. Kelihatan isterinya yang hilang sejak tadi keluar dengan hanya memakai kemeja putih yang labuh menutup punggung. Peha Najah yang putih gebu itu dijamah. Luthfi menelan air liur.

“Abang dah siap buat kerja?” Sesi menggoda telah bermula. Najah tersenyum nakal memandang suaminya yang seperti mayat tidak bernyawa itu. Mukanya pucat seperti nampak hantu.

Abang? Kenapa tiba-tiba Najah memanggilnya abang? Tapi bila dengar Najah memanggilnya abang, dia rasa mahu tergoda pula. Lembut dan seksi sahaja bila mendengarnya. Boleh cair.

Luthfi bangun dari pembaringannya lalu duduk menegak di birai katil. Matanya tidak dapat memandang tepat pada wajah Najah kerana gadis itu seperti berusaha mahu menggodanya. Kepalanya digaru. Tidak tahu mahu bereaksi macam mana.

“Err,…belum. Nak rehat je ni.” Luthfi sudah tidak serba kena apabila Najah menghampiri dan memegang bahunya. Serta merta Luthfi bangun dan berdiri tegak di hadapan gadis itu.

Rambut Najah yang dibiarkan terlepas sampai ke pinggang itu dipandang sehingga turun ke bawah.

“Hmm, err…kenapa tak tidur lagi?” tanya Luthfi tergagap-gagap.

Memang dia terasa janggal berada dalam keadaan begini. Selalunya dia yang memulakan langkah pertama, tapi kali ini lain pula. Adakah Najah sudah menyintainya dan bersedia untuk menjadi isterinya dengan erti kata sebenar?

Senyuman Najah yang nakal sebentar tadi terus terhenti. Jantungnya juga turut rasa mahu berhenti denyut tatkala tangan Luthfi berani menjalar pada rambutnya. Kemudian, beralih pada wajah dan lehernya. Kali ini Najah pula yang menelan air liur. Terasa menggeletar seluruh tubuh ini.

Luthfi merapatkan wajahnya pada Najah. Mata Najah terus membulat saat terasa bibirnya bersentuhan dengan bibir milik Luthfi. Muncul satu statement dalam kepala otaknya bahawa, suaminya itu bukan gay!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience