Bab 2

Romantic Comedy Completed 26396

2

WAJAH terkejut milik Hana itu dipandang. Hana terkejut gara-gara kawannya Najah yang bakal berkahwin dengan Luthfi tidak lama lagi. Luthfi, the gay! Mulut Hana sudah terlopong besar seperti ikan paus.

“Luthfi !? Are you kidding me? Dia…gay kan? Takkan kau nak bersuamikan gay wahai Cik Safinatunnajah woi!” Tidak sangka kawannya yang seorang itu sanggup berkahwin dengan lelaki gay gara-gara takut untuk berkahwin dengan Kamarul. Seorang lelaki yang normal!

“Alaa, okey apa kahwin dengan gay. Tak ada lah kita asyik nak berjaga malam je. Betul tak? Muahaha !” gurauan Najah yang melampau itu menyebabkan tangan Hana landing di atas pehanya. Kuat. Gara-gara sakit dipukul, Najah menggosok-gosok pehanya yang terasa perit. Sengal betul minah ni !

“ Kau tak tahu ke gay guys ni macam mana hah ? Dah nama pun gay, of courselah suka lelaki dan bukan perempuan! Takkan kau nak berumah tangga dengan gay ? Oh my…” Hana memegang dahinya. Pening sungguh dia memikirkan perangai kawannya yang gila-gila ini. Sanggup berkahwin dengan gay semata-mata nak lari dari lelaki tulen seperti Kamarul.

“So? Apa masalahnya Hana oi! Kau pun tahu aku macam mana kan. Aku memang tak suka si Kamarul tu dan aku memang tak suka lelaki tulen macam dia! Bukan aku tak tahu perangai Kamarul tu macam mana! Dah lah kaki perempuan! Dan kau expect aku nak kahwin dengan playboy berbanding gay? Kau nak aku hidup merana ke apa?” bidas Najah pada Hana. Dia sudah tidak peduli dengan kata-kata Hana itu, malah, dia lagi yakin untuk berkahwin dengan Luthfi. Luthfi Darwisy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience