Completed
26396
14
NAJAH berdiri di balkoni biliknya. Menghirup udara segar di luar agar dia tenang menghadapi lelaki itu nanti. Sungguh perasaan dia bercelaru sekarang. Nak marah? Patutnya dia lagi marah dari Najah sebab dia memanggil lelaki itu gay! Nak diam? Terasa nak marah pula apabila dapat tahu yang lelaki itu menipunya hidup-hidup. Terasa diri ini diperbodohkan pula.
Pintu yang dikuak dari luar mematikan lamunan aku. Serta merta wajah bertukar tegang. Hanya wajah si dia sahaja yang ceria tatkala ternampak kelibat Najah.
“Awak tak nak turun makan ke? Mama dengan papa dah tunggu tu.” Ujar Luthfi lembut. Senyuman di bibirnya masih tidak lekang.
‘Aku’ sudah bertukar ‘awak’. Hmm. Kenapalah dia ni bodoh sangat tak perasan tentang perubahan drastik lelaki itu sejak bergelar suami pada dia.
Najah bercekak pinggang. Matanya tajam memandang Luthfi. “ Kenapa awak tipu saya?”
Luthfi tercengang.
‘Tipu? Dia dah tahu yang aku ni…’
“Saya…hmm…bukannya saja-saja nak mainkan perasaan awak. Saya memang betul-betul serius nak berkenalan dengan awak.” Terang Luthfi jujur.
Dia memang betul-betul sukakan gadis itu jadi kerana itulah dia berpura-pura menjadi gay agar dapat rapat dengan Najah.
“Since when?”
“Since the first time we met.” Dia tersenyum.
Najah terdiam.
“Kenapa tak cakap je yang awak tu suka saya kan senang? Kenapa mesti nak tipu! Saya tak suka orang yang menipu tau! Tak pasal-pasal saya malukan awak cakap yang awak tu gay! Awak tahu tak saya rasa bersalah dan malu gila! Awak tahu tak yang…” Tiba-tiba Luthfi menghampiri dia. Jari telunjuknya dilekatkan pada bibir Najah lalu memeluk gadis itu erat.
“Saya suka awak juga.” Terluah juga ayat terakhir yang dia tidak sempat untuk habiskan itu. Wajah Najah dibenamkan pada dada bidang milik Luthfi. Terhambur juga tangisan yang ditahan. Luthfi mengusap lembut belakang Najah.
Kemudian, Najah mengangkat kepala memandang wajah Luthfi yang ketinggiannya melebihi dirinya. Sebuah senyuman manis diukir dan dihadiahkan pada si suami. Luthfi membalas senyuman Najah lalu dahi gadis itu dikucupnya lembut. Tanda kasih dia pada isterinya. Air mata yang jatuh itu dilap lembut.
“Lepas ni, jangan panggil aku-aku dah! Tak manis kalau mama dengan papa nampak.”
Najah berjeda seketika.
“Habis nak panggil apa?”
‘Janganlah dia suruh aku panggil dia baby, kembang tekak aku’ bisik hati Najah.
Luthfi seperti berfikir-fikir sesuatu. “ Hmm,…panggil abang boleh?”
‘Itu lagi aku tak berkenan.’ bisik hati Najah sekali lagi.
“Err, panggil awak-saya tak boleh eh?” ujar Najah cuba berunding.
“Tak boleh! Nanti mama dengan papa pelik lah.” Luthfi cuba memberi alasan. Najah mencebik.
“Eleh, ye lah, ye lah! Saya panggil awak, abang ya? Dah puas?” balas Najah sambil ketawa melihat telatah Luthfi yang beria-ia mahu dia memanggilnya dengan panggilan ‘abang’ itu.
“Thanks, sayang! Hmm, kalau macam jomlah! Rasanya dah boleh sangat ni.” Luthfi tersenyum nakal. Kata-kata Luthfi itu menimbulkan tanda tanya pada Najah. Apa yang cuba disampaikan suaminya ini?
Luthfi mendekatkan wajahnya pada Najah. Semakin lelaki itu rapat, Najah mengundur ke belakang. Lalu, terjatuh di atas katil. Luthfi memandang Najah dengan wajah yang nakal. Senyuman sengetnya makin meleret-leret apabila Najah mula menunjukkan muka nervousnya. Najah tidak dapat bergerak kemana-mana kerana kedua-dua belah tangan sasa lelaki itu yang menekan tilam menghalang pergerakan dia.
Luthfi merapatkan bibirnya pada telinga Najah sambil berbisikkan sesuatu.
“Jom...turun makan lah! Abang lapar ni! Mama dengan papa dah tunggu dekat bawah. Jom!” Luthfi menarik tangan Najah dan berlalu menuju ke bawah.
Sempat suaminya itu membisikkan sesuatu.
“Fikir apa ah tadi? Haha.” Luthfi tergelak besar.
Najah menarik muncung. Dia memeluk lengan Luthfi erat seraya beriringan ke meja makan.
Najah tersenyum gembira kerana suaminya bukanlah seorang yang gay seperti yang dia sangkakan!
Suami aku bukan gay!
Share this novel