Bab 3

Romantic Comedy Completed 26396

3

3 bulan yang lepas,…

NAJAH berlari sepantas mungkin agar dia dapat mengejar pak cik teksi yang sedang elok bersandar di tepi teksinya sambil berbual dengan seseorang itu. Segera dia menghampiri pak cik teksi setelah mendapat tahu pak cik teksi tadi tiada penumpang yang ingin dibawa.

“Pak cik! Boleh hantar saya ke alamat ni tak?” tanya Najah sambil menghulurkan sekeping kertas pada pak cik teksi itu setelah dia kembali stabil akibat berlari terlampau laju tadi. Hampir melayang-layang beg pakaiannya semasa mengejar tadi.

“Hmm. Okey! Masuklah!” Pak cik teksi membukakan pintu belakang dan memberi ruang untuk Najah masuk. Entah dari mana munculnya seorang jembalang mangkuk, tiba-tiba sahaja dia membuka pintu belakang yang sebelah lagi dan terus menerobos masuk. Mencerlung mata Najah memandang orang itu. Dengan panas hatinya, dia menuju ke arah pintu sebelah lagi.

Najah mengetuk cermin teksi tersebut dengan kuatnya.

“Woi! Kau bukak pintu ni sekarang!” arahan tegas diberi oleh Najah. Seorang lelaki membuka pintu teksi lalu keluar. Penampilan lelaki itu atas bawah dia tenung bagai nak terkeluar biji mata. ‘Macam dalam novel cinta yang aku selalu baca je. Walawe. Tak sangka dapat bertemu si jodoh hati. Handsome pulak tu!’ bisik hati Najah. Terpesona dengan penampilan kemas yang kononnya ‘ bakal suami’ yang dia impikan.

Memakai kot berwarna hitam dan kemeja putih di dalamnya. Berseluar slack hitam juga. Memakai tali leher bercorak plain. Memakai kasut kulit berjenama. Rambutnya ketak-ketak. Matanya? Tak nampak sebab lelaki itu mengenakan cermin mata hitam. Bibirnya merah. Hidungnya bersesuaian dengan wajah. Mukanya putih melepak, macam artis korea. Pakej lengkap! Umur confirm antara 30 tahun ni, hmm. Okey! Lengkap sangat pakej mamat ni!

“Cik adik ada apa ketuk-ketuk cermin teksi ni sampai nak pecah?” sinis sekali bunyinya. Tapi, ada dia kisah!

“Saya dah cop teksi ni dulu. Kenapa encik tiba-tiba masuk?” soal aku dengan suara yang lebih lembut berbanding tadi. Dah tengok muka handsome, sejuklah sikit hati yang tengah panas membara tadi.

“Kalau awak tak kisah, kita pergi je lah sama-sama. Saya malas nak cari teksi lagi. Susah nak dapat teksi waktu sekarang ni,” balasnya sambil menunjukkan ke arah beberapa pelancong asing yang sedang menunggu teksi tidak jauh dari tempat mereka berada.

“Ohh, saya ingat awak nak rampas teksi ni dari saya. Kenapa tak cakap dulu.” Najah tergelak sendiri mengenangkan kebodohan diri.

“Saya nak cakap dengan awak tadi, tapi awak dah sembur saya dulu. Err, boleh pergi sekarang tak? Saya dah lambat ni,” ujar lelaki itu sambil mengerling jam tangannya.

“Err, kalau macam tu, sebagai tanda minta maaf, kita pergi rumah encik dululah ya.”

“Great!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience