Completed
26396
11
SELURUH almari milik Luthfi digodeknya sehabis mungkin. Mencari sesuatu yang sesuai untuk menjalankan misinya malam ini. Misi itu tidak akan berjaya jika tiada benda itu. Jadi dia harus cari sehabis mungkin.
“Kau cari apa?” suara garau yang menyapa telinga itu mengejutkan Najah. Hampir gagal misinya yang satu itu.
“Err, cari baju dalam aku! Aku tak tahu mana aku leta !” Najah seperti ingin menampar mulutnya sendiri. Main lepas je cakap. Manalah dia mahu letak muka dia yang comel itu nanti. Ini semua gara-gara idea si Hana tu lah! Arghh! Rasa nak menangis pun ada.
Luthfi tergelak kecil. Kelakar betul bila tengok isterinya yang menggelabah semacam itu. Comel!
“Takkan lah baju dalam kau boleh merayap masuk dalam almari aku pulak. Apalah kau ni.”
Najah terdiam. Dia sudah kehabisan idea.
“Err, tak apa lah! Aku pergi turun bawah cari.” Cepat-cepat dia menutup laci dan pintu almari Luthfi yang dibukanya tadi seraya terus keluar dari bilik itu.
Aduh! Malu gila! Tujuan dia menggeledah almari Luthfi itu hanyalah untuk mencari kemeja putih milik lelaki it ! Tapi, sayang! Sebarang kemeja dan kot yang selalu lelaki itu pakai tidak kelihatan. Serta merta kepalanya terfikirkan sesuatu! Ya! Itulah dia!
Share this novel