Completed
26396
6
SEJAK pertemuan singkat dan mengejut itulah Najah makin rapat dengan Luthfi iaitu kawan baik a.k.a bakal suaminya. Jika diingatkan kembali pertemuan mereka tiga bulan yang lepas itu, Najah terasa mahu gelak pula. Boleh pulak dia ajak Luthfi jadi kawan dia sedangkan asal usul lelaki itu dia tidak tahu.
Sebenarnya dia teruja. Teruja dapat mengenali seorang gay yang dia idam nak berkawan sejak dari dulu lagi. Bagi Najah, berkawan dengan gay itu lagi bagus dari berkawan dengan lelaki tulen yang ada di luar sana itu. Berkenalan dengan seorang gay membuatkan dia tidak teragak-agak untuk berbual dengan lelaki. Selalunya, Hana seorang sahaja yang berani bergaul dengan lelaki. Dia penakut dan fobia bila berjumpa lelaki. Maklumlah, pernah ada pengalaman. Salah dia jugak sebenarnya.
“Hai! Relax nampak. Semuanya dah siap belum?” Luthfi mengambil tempat di sebelah Najah seraya bersandar memerhatikan gadis yang sedang termenung jauh itu.
“Hmm. Dah.” Balas Najah pendek. Pandangan masih dihalakan pada pokok-pokok bunga yang terdapat di taman mini milik rumah Luthfi.
Luthfi mendepakan tangannya seraya merapatkan bibirnya pada telinga Najah.
“Dah ready zahir batin belum?” pertanyaan miang Luthfi itu menyentakkan Najah. Segera dia bangun dan memandang tajam Luthfi yang sedang tersenyum-senyum.
“Kau nak kena makan penampar aku ke budak!” jelingan tajam yang dia hadiahkan tidak sesekali menakutkan Luthfi. Malah, lelaki itu makin galak mentertawakan dia.
“Haha. Aku melawak je lah! Dah la. Pergi baliklah mangkuk! Sampai bila kau nak melepak rumah aku ni. Mak aku tengok kau macam kebulur nak makan anak dia je. Aku tak sedia lagi tau.” Seraya itu tangan aku melekap pada bahu dia. Menampar sekuat yang mungkin.
“Woi, woi! Sakitlah!” rengek Luthfi.
“Padan muka kau! Cakap lagi bukan-bukan. Kang kaki aku pulak sampai dekat muka kau!” Najah semakin galak ‘mendera’ Luthfi. Lelaki itu berlari masuk ke rumah dan dia mengejar lelaki itu sampai ke dalam. Puan Sri Ramidah hanya melihat gelagat anak dan bakal menantunya dengan perasaan yang bahagia. Sungguh dia bersyukur dikurniakan keluarga seperti ini.
Share this novel