Bab 5

Romantic Comedy Completed 26396

5

NAJAH mengetuk pintu kondo yang didiami lelaki bernama Luthfi Darwisy. Dalam hati sudah berdebar-debar ingin melihat muka lelaki itu. Dalam kepala sudah membayangkan penampilan lelaki itu pagi ini. Tentu rambutnya berserabai sedikit, pakai baju t-shirt dan seluar track. Rupa dia mesti baru bangun dari tidur. Suara mesti serak-serak. Hot! Wah, tak sabar!

Pintu dibuka. Terpampang muka lelaki itu yang sedang memakai seluar boxer dan tidak berbaju. Terkejut bukan kepalang Najah dan Hana. Air liur ditelan. Rasa payau. Badan Luthfi yang six packs itu dijamah sehabis mungkin. Tak sama langsung dengan apa yang dibayangkannya.

Tiba-tiba dia terdengar suara lelaki dari dalam.

“You! Mana you letak I punya singlet? Semalam you letak mana I…” Lelaki itu berhenti membebel lalu memandang dia dan Hana dengan wajah yang hairan.

“Who we have here?” tanya lelaki yang juga tidak memakai baju itu. Pandangannya masih tidak beralih dari kami yang berdiri tercegat di situ.

“ Err, hai! Saya Najah and this is my friend Hana.” Najah dan Hana berpandangan kemudian melemparkan senyuman pada kedua-dua jejaka hot yang berdiri di depan.

“Ohh, hai! I’m Kim! Nice to meet you both.” Lelaki yang menggelar dirinya Kim itu tersenyum ramah pada kami. Hanya seorang manusia sahaja yang seperti tidak berminat untuk berkenal-kenalan.

“May I know why are you here, and how did you know my place?” soal Luthfi dengan nada yang sombong. Najah hanya menahan rasa meluatnya dan hanya melemparkan senyuman pada lelaki angkuh itu.

Tanpa menunggu beberapa minit lagi, Najah menayang dompet jenama Crocodile itu di hadapan muka Luthfi. Terkebil-kebil mata lelaki itu memandang apa yang dilihatnya itu.

“Where did you get that?” tanyanya dengan riak sedikit terkejut. Kawannya yang bernama Kim itu hanya memerhati.

“Awak tercicir dekat dalam teksi jadi saya tolong kutipkan.” Balas Najah dengan agak angkuh. Orang berbudi, kita berbahasa.

Luthfi menarik nafas dan cuba mencari kekuatan untuk berhadapan dengan gadis yang bernama Najah itu. Dia cuba mengambil dompet yang dipegang Najah tetapi gadis itu lebih pantas menariknya semula.

“Awak ingat, senang-senang saya nak bagi dompet ni dekat awak balik?” ujar Najah sinis. Senyuman senget ditarik. Luthfi hanya boleh menahan sabar.

“Then, what do you want?” balas Luthfi kasar. Dia dah agak dah! Gadis macam ni memang ada muslihat tertentu. Huh! Menyesal dia memikirkan tentang gadis itu semalaman.

Najah seperti berfikir-fikir sesuatu.

“I want you to be my friend! Boleh tak? Bolehlah.” Kim menarik nafas lega manakala Hana terkejut beruk memandang kawannya yang secara tiba-tiba mahu lelaki hot a.k.a gay itu menjadi kawannya. Takkanlah Najah masih tak tahu yang lelaki itu gay? Dah terang benderang masa mereka tiba tadi. Kusut kepala dapat kawan pelik macam ni.

Luthfi membuat wajah cemberut. Dalam diam, dia tersenyum.

“Apa kejadah sampai aku nak kena jadi kawan kau pulak?” bentak Luthfi. Mencerlung matanya memandang wajah mulus gadis yang hanya menayang muka tak berperasaan itu. Tidak ada sedikit rasa takutkah gadis itu?

“Saja. Saya suka dengan lelaki gay macam awak.” Ujar Najah berterus terang. Hana sudah mahu pengsan manakala Kim sudah ketawa terbahak-bahak. Luthfi tersenyum pelik memandang gadis yang mengatakan bahawa dia adalah seorang yang gay.

“Wait, wait ! Saya rasa Cik Najah ni dah salah sangka. Saya dengan Luthfi bukannya…”

“Fine! I accept,” Luthfi memotong kata-kata Kim.

Kim memandang muka Luthfi tidak percaya. Lelaki itu membenarkan statement mengarut yang keluar dari mulut perempuan itu ke? Kim meraup wajahnya. Baru fikir nak usha awek sebelah Najah tu. Aduh mamat ni ! Buat spoil betullah!

“Ni nombor telefon saya. Feel free to call!” balas Najah ceria. Tangan Hana ditarik lalu mereka berjalan menuju ke lif.

“Wei, bro! Asal kau iyakan statement mengarut minah tu? Aku tak gay lah! Ke…kau memang betul-betul gay?” Kim memandang wajah rakannya serius. Mencari jawapan dari riak muka yang dipamerkan Luthfi. Tapi hanya senyuman senget sahaja yang ditayang lelaki itu. Oh my,…kawan aku gay? Kim menelan air liur. Terasa bahaya pulak duduk dalam rumah dia ni lama-lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience