BAB 2

Romance Completed 8700

“Oi! Janganlah buat aku macam ni! Bagilah balik bekal aku tu.” Jerit Fariz sambil berlari cuba mendapatkan nasi lemak yang sering bertukar tangan. Saja Hariz mempermainkan Fariz. Seronok dia melihatkan Fariz yang berlari cuba mendapatkan nasi lemaknya. Air muka Fariz mula berubah. Air matanya mula bergenang. Hariz memang suka bila melihat Fariz menangis. Bila Fariz menangis, dia merasakan amat puas.
“Marilah dapatkan nasi lemak ni. Kau ni lembik sangatlah, Fariz. Nama je lelaki.” Acah Hariz lagi. Kali ini bekal nasi lemak Fariz bertukar tangan lagi. Kali ini di tangan Azim pula. Hariz pula masih lagi mengusik dan mempermainkan Fariz.
“Oi! Kau orang jangan ganggu dia!” Lantang suara yang membuatkan Hariz, Azim dan Firdaus berpaling. Sudah sampai ‘baju kebal’ dia. Dengar suaranya pun dah tahu macam mana saiz badannya. Besar….. mak ai tak boleh nak cerita.
“Buah hati pengarang jantung dia dah sampai dah….”
“Eh, Hariz! Kenapa dengan kau ni. Kalau satu hari kau tak usik si Fariz ni memang tak sah. Kau bagi balik bekal dia tu. Kalau tidak penumbuk sulung ni hinggap kat mata kau tu.” Berubah wajah Hariz saat dia digertak sebegitu.
“Nasib kau baik, Fariz. Nah kau ambik bekal nasi lemak yang buah hati kau bagi ni. Lepas ni bolehlah kau jadi macam badan dia.” Usik Azim pula. Dengan perlahan Azim menghulurkan bekalan. Namun belum sempat Fariz mencapai bekalan itu, Azim pindahkan bekalan itu ke tangan Hariz. Hariz gelak melihatkan Fariz yang terkulat-kulat.
“Apalah sedap sangat dengan nasi lemak sampai hari-hari kau usung ni, Fariz?” Hariz melabuhkan punggungnya sambil membuka bekalan Fariz. Nasi lemak dengan kari ayam itu benar-benar menusuk ke hidung. Fariz dan Eisya cuma menjadi pemerhati.
“Tak adalah sedap sangat pun. Macam manalah kau boleh bawak bekal nasi lemak ni.” Bebel Hariz. ‘Ermmm boleh tahan sedap. Patutlah Fariz selalu makan nasi lemak ni.’
“Oi Hariz, kalau tak sedap kau bagilah baik kat dia tu. Yang kau sental sampai licin tu kenapa?” Geram Eisya melihatkan gelagat Hariz itu.
“Ala…. Rezeki…. Takkan aku nak buang kot? Ala…. Fariz, kau pandai-pandailah cari makanan lain ye.” Burrpp! Kenyang!
“Sampai hati kau, Hariz. Kau buat aku macam ni.” Hariz tidak mendengarkannya. Sebaliknya bekalan itu dibiarkan sahaja di atas meja.
“Tak apalah Fariz. Awak makanlah bekalan saya ni.” Eisya menghulurkan bekalannya. Fariz menyambut dengan serba-salah.
“Ambillah… esok kita bawak extra. Mana tahu ‘hantu’ ni rembat makanan kau.” Bagai hendak terkeluar biji mata Hariz mendengarkan sindiran itu.
“amboi…. Mulut tak ada insuran langsung. Tak padan dengan badan saiz 6XL. Ada hati lagi nak mengata orang tu. Ha….. elok sangat le kau bagikan bekalan kau pada Fariz. Biar dia naik badan sama dengan kau. Barulah padan. Bak kata orang sama cantik sama padan. Bagai pinang di belah dua.” Berderai tawa Hariz, Azim dan Firdaus.
“Yang sebenarnya kau jelous sebab aku bawak bekalan untuk Fariz, kan? Tak pe… esok aku suruh mak aku masak satu tong dram bagi kau makan. Ada puas hati? Aku nak tengok kalau badan kau jadi macam badan aku…. Kau tahulah rasa dia macam mana.”
“E….. seramnya…. Takut aku!” Tersirap darah Eisya melihat wajah tak bersalah Hariz itu. O….. nanti kau. Lepas ni kau rasa penangannya.
“Hariz, kau tak sakit tekak ke dok mengata aku? Ni air ni kau tak nak sekali ke?” Eisya mendekati Hariz. Dia cuba menghulurkan cawan tetapi…. Splash! Sengaja Eisya mencampakkan air ke muka Hariz. Padan muka! Rasakan!
Eisya tidak menunggu lama. Dia lari bersama-sama dengan Fariz. Kali ini ketawa Eisya pula yang berderai.
“Kurang asam kau Eisya! Kau tunggu!” Cahaya wajah Hariz berubah. Masam! Habis bajunya basah dek air sirap. Dan kali ini Azim dan Firdaus mentertawakan Hariz. Tak apa….ada ubi ada batas. Ada hari aku balas apa yang kau buat pada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience