BAB 6

Romance Completed 8700

“budak chubby ! Kau sini sekejap!” Laung Hariz lantang. Eisya yang sedang berjalan menuju ke pintu kelas terhenti. Eisya berpaling. Aduh! Hantu ni! Kalau satu hari tak kacau memang tak senang hidup dia agaknya.
“Hah, hantu. Kau nak apa? Kalau setakat nak kacau aku baik kau cari orang lainlah.” Eisya mengelap peluh yang mula menghiasi wajahnya. Fariz yang berada di sisinya hanya menjadi pemerhati. Dia tidak mahu nanti dia pula yang menjadi mangsa kepada Hariz. Budak tu bukan boleh buat main. Ada pulak yang bertelur di dahi.
“Eh, Fariz…. Kau ni tak ada orang lain ke yang kau nak buat kawan. Dengan budak tembam ni juga yang kau nak menempel.”
“Engkau ni tak baik tau kata si Eisya macam tu. Dia pun manusia juga. Ada hati dan perasaan. Sungguh dia tembam tapi dia pandai. Tak macam kau. Harap je muka cantik, pelajaran ke mana perangai lagilah hancur.” Bergetar hati Hariz mendengarkan kata-kata Fariz itu.
“Eh kau dah pandai nak kurang ajar ye. Yelah…. Ada buah hati yang tolong back up. Mesti kau berani. Kalau si Eisya ni tak ada…. Pijak semut pun tak mati. Eh tembam! Aku panggil kau ni.” Keras sahaja nada Hariz. Esiya masih membatu. Jelingannya seperti biasa. Tajam.
“Nantilah dulu. Aku bawa masuk bekal dengan beg aku ni.”
“Tak payah. Hal kecemasan ni. Kau sini jelah. Nak minta tolong.”
“O…. jangan Eisya. Aku tak percayakan dia. Mesti ada sesuatu yang dia nak buat tu. Kau jangan layan sangatlah dia tu. Bukan kau tak kenal dengan dia.” Halang Fariz. Kali ini wajah Hafiz mula membakar. Budak ni…. Ada yang kena makan kasut nampak gayanya.
“Eh, aku bukan cakap dengan kaulah…. Aku panggil si tembam tu. Yang kau beria-ia sangat tu kenapa? Sinilah cepat.” Lambai Hariz. Kali ini Eisya akur. Dia mendekati Hariz. Namun belum sempat Eisya berkata apa, Hariz lebih dulu bertindak. Tudung ditarik kebelakang dan bekalan Eisya dirampas.
“Hariz! Hantu kau!” Eisya cuba mengejar namun tidak sampai sepuluh langkah dia terhenti. Hariz lagi laju darinya. Bagai ingin dia mengalirkan air mata apabila dia diperlakukan sedemikian.
“Sabar jelah Eisya. Biar dia buat kita. Nanti satu hari dia akan kena juga. Kau sabar ye.” Nasib baik Fariz berada di sisinya. Jika tidak memang dia akan mengalirkan air mata. Eisya mengetap gigi menahan marah. Marah yang amat sangat. Nak makan apa rehat nanti? Takkan air kosong je…. Tak apa…. Tunggu! Tahulah apa yang aku nak buat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience