BAB 10

Romance Completed 8700

“Nasi lemak kari ayam…. Aku mengaku aku dah jadi ketagih dengan nasi lemak dia. Kalau dia tak datang sekolah, mahu tak keruan aku dibuatnya. Bila aku dapat nasi lemak kari ayam tu aku senyum sampai ke telinga. Cuma Eisya yang tak sedar semuanya. Sengaja aku tak tunjukkan pada dia. Dan sekarang aku memang teringin nak makan nasi lemak kari ayam dia.” Hariz tersenyum. Serta-merta nasi lemak kari ayam menerjah di fikiran nostalgianya. Aroma nasi lemak dan kari ayam itu memang membuatkan dia terbayang-bayang.
“Erm…. Patutlah kau datang sekolah mesti kau tunggu kat pintu pagar sekolah. Sampai kita orang ni masuk kelas dulu. Rupanya kau tunggu dia. Patutlah kau suka rembat bekal dia. Rupanya kau suka dengan nasi lemak dia.” Azim mengusik. Ada benarnya kata-kata Azim itu. Ah, adakah nasi lemak kari ayam itu yang menjalinkan sebuah ikatan?
“Bukan aku rembat tau. Dia yang nak bawak sendiri untuk aku. Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Bukan salah aku pun. Dia suka rela nak bawak.”
“Yelah… dah hari-hari kau kebas makanan dia. Sampai dia minum air kosong je tau. Kau ingat dia bawa duit ke sekolah? Dia kata duit tu dia nak simpan untuk dia belajar. Sebab itu dia bawa bekal kat sekolah. Sebab itu dia bawakan bekal untuk kau.” Hariz ternyata terkejut dengan kata-kata Fariz itu. Dia sendiri tidak tahu akan perihal itu. Sungguh dia tidak tahu. Kalau dia tahu mungkin dia tidak akan berebut bekal dengan Eisya.
“Tapi aku sedar bila dah hari-hari kau makan nasi lemak tu kau macam dah kurang mengusik si Eisya tu. Sampai kita orang pun pelik.” Hariz tersenyum.
“Bukan sebab itu sahaja. Ada sebab lain yang aku mula berubah.” Kali ini Hariz mahu menceritakan segalanya. Tentang peristiwa yang disimpan sekian lama dan tiada siapa yang tahu.
“Sebab apa?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience