BAB 3

Romance Completed 8700

Hariz tersentak dengan suara tawa Azim. Baru dia sedar dia mengelamun jauh. Mengenangkan cerita silam. Walau pun sudah bertahun-tahu berlalu, ianya tetap segar di kotak fikirannya. Entah mengapa, saat dia meminang Eisya hatinya terpaut rasa debaran yang amat sangat. Dia tekad untuk meminang Eisya kerana hatinya mula terpaut. Nampak macam gila kan? Itulah kata orang, membenci ada batasnya. Kerana kelak di satu hari nanti anda akan pasti menyukainya.
“Erm…. Termenung ingatkan tunang kesayangan le tu.” Usik Fariz tiba-tiba. Ah. Malulah pulak bila dia diusik sebegitu. Dia tahu, saatnya akan tiba. Tidak lama lagi. Kurang dari tiga bulan dia akan menikahi Eisya. Dan semenjak Eisya berpindah ke bandar dia tidak dengar khabar berita. Sehingga ibunya membuka cerita. Dan saat nama Eisya meniti dibibir orangnya, tanpa berfikir panjang dia menyampaikan hasrat untuk memperisterikan Eisya. Saat itu juga dia merindukan telatah dan juga nasi lemak kari itu!
“Kau memang tak ada berjumpa dengan Eisya ke, Hariz?” Hariz menggeleng.
“Sekali pun tak?” Hariz menggeleng lagi.
“Biasanya kami berbual dalam telefon je. Masa tunang pun aku bukannya ada. Gambar bertunang pun aku tak tengok. Bolehkan sorang pun tak ambik gambar. Kau orang tak pelik tu? Aku berserah jelah… walau bagai mana pun rupa dia, aku dah pilih dia sebagai teman hidup aku sepanjang hayat.” Senyum Hariz. Hariz tersentak apabila kelihatan tangan seorang gadis di belakangnya yang menghulurkan kuih. Dia berpaling.
“Terima kasih.” Sambut Hariz. Gadis tersenyum dan mempelawa mereka makan. Akhirnya gadis itu berlalu pergi dengan rasa penuh tanda tanya.
“Anak Pak Hamid ke tu?” Tanya Firdaus sambil matanya tidak kelip memandang gadis itu. Setahu mereka Suraya tiada adik-beradik perempuan yang lain.
“Sedara mara dia kot?” Sampuk Azim.
“Tadi tak nampak pun. Tetiba je ada. Hish! Meremang pula bulu roma aku ni. Malam-malam buta macam ni ada gadis cantik macam tu.” Adoi! Azim mengaduh.
“Kau mulut tu jangan cakap yang bukan-bukan tau!” Hariz tidak menghiraukan gelagat rakan-rakannya. Namun fikirannya masih lagi mengenangkan Eisya yang masih lagi belum bertentang mata.
“Berbalik dengan cerita kau Hariz. Habis tu? Mesti ada sesuatu yang mak kau sembunyikan dengan kau. Entah-entah badan dia dua kali ganda masa dia sekolah tak? Sebab itu mak kau tak tunjukkan gambar tunang kau.” Firdaus mengubah tajuk.
“Tapi yang aku pelik juga bila mak aku suruh beli cincin. Bila aku tengok cincin tu tak adalah besar sangat.”
“Boieh percaya ke?”
“Entahlah…. Tapi aku yakin dengan jodoh aku. Rupa paras tak penting lah bro. Yang penting hati!” Fariz meletakkan tangan di dahi Hariz.
“Hai doc, demam ke? Tak pernah kau cakap macam ni. Kau ni belajar medical jurusan apa ye? Sampai Hariz dulu dan sekarang dah berubah.” Hariz tersenyum dengan kata-kata Fariz. Lantaklah korang nak cakap apa. Apa yang penting sekarang ni dia bakal memperisterikan Eisya.
“Pentingnya aku dah ikat Eisya. Kali ni biar aku buli dia pulak.” Azim dan Firdaus berpaling. Tak faham dengan sikap Hariz.
“Kau orang ni, aku cakap macam tu pun kau orang ambil port. Aku nak buli dia panggil aku ‘abang’. Korang tak ingat ke selama ni masa kat sekolah dia panggil aku apa?”
“Hantu!” seretak ketiga-tiga sahabat itu menyambut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience