BAB 9

Romance Completed 8700

“Entahlah Zim. Aku pun tak tahu. Tapi yang pasti hati aku dah diikat dengan dia. Perasaan sayang dan cinta tu datang dengan sendiri. Bukan aku yang menjemput. Bila ianya datang dengan sendiri, aku pun serahkan hati aku pada dia. Ternyata aku tak bertepuk sebelah tangan.”
“Maksud kau?”
“Maksud aku…. Sebelum aku bertunang sempat juga aku minta nombor telefon dengan mak aku. Aku sendiri bertanyakan perasaan dia tentang aku. Dan jawapan yang aku terima membuatkan aku melompat gembira.” Jawab Hariz dengan megah.
“Sudah… memang rosak doktor kita ni. Apa yang dia kata sampai kau tak ingat dunia ni?” Azim seolah tertarik dengan cerita Hariz. Sahabatnya yang selama ini membenci Eisya akhirnya bakal bersatu.
“Dia kata bahawa dia memang menantikan peminangan aku. Selama ini dia memang menunggu aku. Mahu aku tak menjerit bila cakap macam tu. Kau bayangkan orang yang selama ini kau simpan perasaan berperasaan sama dengan kita. Macam dapat bonus sepuluh bulan aku rasa.” Luah Hariz. Azim senyum dengan kata-kata Hariz itu. Fariz turut dapat merasakan betapa bahagianya Hariz ketika ini.
“Entah-entah dia saja tak nak kenakan kau. Mana tahu dia nak balas dendam dengan apa yang dah kau buat pada dia masa sekolah dulu.” Firdaus masih lagi tidak berpuas hati. Dia merasakan ada yang tidak kena dengan perhubungan Hariz itu.
“Aku yakin Eisya bukan macam tu. Aku dah kenal lama dah dengan dia. Masa sekolah pun memang Hariz banyak mengusik dan membuli Eisya. Namun dia tak pernah nak ambil hati. Kalau dia dikenakan dia habiskan disitu juga. Dan kadang kala aku ni pulak yang geram sebab dia buat tak tahu je bila Si Hariz ni rembat makanan dia. Kalau bukan nasi lemak kari ayam tu.”
Hariz memandang kepada Fariz seolah-olah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabatnya itu. Selain Eisya, Fariz juga sudah banyak membantu. Apa lagi setelah Eisya berpindah. Kalau bukan sebab Eisya dan Fariz sudah tentu dia tidak menjadi manusia seperti sekarang ini. Dan dia sepatutnya berbangga kerana telah memenuhi impian keluarganya untuk menjadi seorang doktor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience