BAB 4

Romance Completed 8700

“Oi hantu! Mana kau sorokkan selipar aku?” Tinggi suara Eisya apabila melihatkan seliparnya tinggal sebelah. Turun sahaja dari rumah Imam Husin suara Eisya sudah memetir. Eisya memandang tajam kepada Hariz. Malang sungguh nasibnya hari ini. Sudahlah datang keseorangan, sebab Fariz demam. Sekarang, seliparnya pula disorok orang
“Kau ni main sedap mulut je tuduh aku yang bukan-bukan. Kau ada bukti ke yang aku sorokkan selipar buruk kau tu?” kali ini mereka bertegang leher. Memang dia yang menyorokkan selipar Eisya. Di mana? Dia bawah pasu bunga milik Imam Husin. Merata Eisya mencari seliparnya.
“Kalau kau tak sorokkan selipar aku tolonglah cari sekali.” Tegang sahaja suara Eisya.
“Ada aku kisah?” Berhentak kaki Eisya mendengarkan jawapan dari Hariz itu. Dia terus mencari seliparnya yang hilang. Dan Hariz hanya tersenyum sambil memandang. Puas hatinya apabila melihatkan Eisya yang terbongkok-bongkok mencari selipar. ‘Hah! Rasakan. Hari tu kau simbah air kat aku. Inilah balasannya.’ Di dalam gelap Eisya mencari. Berpeluh juga dia mencari. Tetapi tidak lama kemudian….
“Mak! Sakitnya!” Laung Eisya. Imam Husin yang berada di rumah segera berlari keluar. Kedengaran suara Eisya itu memeranjatkannya.
“Kenapa Eisya?” Tanya Imam Husin melihatkan Eisya keluar dari bawah rumah dengan kaki yang sakit. Berderai air mata Eisya menahan sakit.
“Tok…. Sakit…. Bisa….” Eisya terduduk di atas tangga. Berubah wajah Hariz melihatkan Eisya yang sedang menahan sakit.
“Eh…. Kau kena gigit lipan ni. Apa yang kau buat bawah rumah atok ni. Dalam gelap pulak tu. “
“Eisya cari selipar. Selipar Eisya hilang sebelah.” Air mata Eisya kian deras. Dia tidak dapat menahan bisa lipan itu. Hariz? Dia merasakan ada benda yang tersekat dikerongkongnya. Perit dan pahit. Dia tidak menyangka di dalam dia ingin mengenakan Eisya, Eisya benar-benar terkena. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.
“La… Hariz! Yang kau tengok tu kenapa? Pergilah tolong carikan selipar si Eisya ni. Lepas tu kita pergi klinik. Cepat!” bagai lipas kudung Hariz apabila mendengarkan arahan dari Imam Husin. Secepat kilat dia pergi mendapatkan selipar Eisya di bawah pasu bunga.
“Kamu yang sorokkan selipar dia ni, Hariz?” Kali ini wajah Hariz benar-benar pucat. Ah! Dia terkena lagi! Dia merasakan jelingan Eisya benar-benar seperti harimau yang ingin menerkam mangsa. Kalau tidak Eisya menahan bisa lipan sudah tentu dia dilipat lapan oleh Eisya.
“Maaf tok. Tak sengaja.” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Hariz. Hariz kelihatan tidak keruan. Semuanya serba tidak kena. Akhirnya dia mendekati Eisya. Teragak-agak untuk dia mengucapkan kata maaf.

“Maafkan aku, Eisya. Aku salah.” Eisya tidak menjawab sebaliknya dia bangkit dan tidak memandang ke arah Hariz. Hariz memandang dengan rasa hati yang benar-benar bersalah. Jika dia tahu Eisya akan di gigit lipan sumpah hidup mati pun dia tidak akan menyorokkan selipar Eisya itu.
“Tak apalah Eisya, aku bawak kau balik. Nanti basikal kau aku suruh Azim atau Firdaus bawak balik rumah kau.” Hariz mempelawa untuk menutup rasa salahnya.
“Aku gemuk. Nanti kau tak larat. Tak apa. Aku boleh balik sendiri.” Eisya seolah menjauhkan diri. Dia menahan sakit yang amat sangat. Kalau boleh terbang, dia sudah terbang ke rumah. Namun dia aku dengan kakinya yang kian sakit. Berpuluh kali Imam Husin berpesan untuk ke klinik. Dia mengangguk dan faham.
“Naiklah jelah. Lagi pun kaki kau sakit. Aku mana larat nak dukung kau. Badan kau bukannya ringan. Serupa bulldozer tau.” Firdaus sudah pun mencapai basikal Eisya. Dan Eisya dalam keterpaksaan dia membonceng Hariz. Walau bagaimana pun mulut Eisya di sepanjang perjalanan tidak pernah sunyi. Kaki sakit, tetapi mulutnya memang susah nak kunci. Dan di dalam kepekatan malam itu Hariz hanya melayani sahaja akan bebelan Eisya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience