BAB 7

Romance Completed 8700

Tengahari itu Hariz menantikan Eisya di pintu pagar sekolah. Bekalan yang dibawa oleh Eisya masih lagi ditangan kanannya. Dia menantikan Eisya dengan penuh sabar. Tatkala terlihatkan kelibat Eisya dan Hafiz dia melemparkan senyuman seolah-olah tiada apa yang terjadi. Bekas kosong dilambai ke arah Eisya.
“Nah, ambil balik bekal kau ni. Nasi lemak ni memang tak sedap. Ada ke patut nasi lemak dengan kari ayam. Patutlah badan kau macam ni. Banyak sangat kolestrol dengan lemak. Mana tak tembam.” Hariz menghulurkan bekas kosong kepada Eisya namun Eisya menyambutnya dengan kasar. Gara-gara bekalannya dirampas oleh Hariz, dia rehat hanya menikmati kuih karipap sahaja. Huh! Tak bernafsu langsung.
“Aku gemuk ke, tembam ke ada aku kisah? Badan aku kan? Bukan badan kau. Yang kau kisah tu kenapa? Aku tak ada kacau kau pun,kan?” Namun pertanyaan dari Esiya itu disambut dengan senyuman sinis dari Hariz.
“Bukan apa, semak mata aku ni bila tengok kau. Penuh ruang mata aku ni tau.”
“Eh, mulut kau tu boleh jaga sikit tak? Suka hati je kau kata dia. Kau ni ada perasaan tak? Ke kau ni perasaan kayu.” Hati Fariz juga terbakar dengan kata-kata Hariz itu. Dia memandang ke arah wajah Eisya yang merona merah.
“Tak apalah Hariz. Kalau nak bertekak dengan kau pun bukan ada faedah. Aku tahu. Kau suka dengan nasi lemak aku, kan? Sebab itu nasi lemak aku habis kau bedal.” Kali ini Hariz pula yang hilang kata. Namun egonya masih lagi menebal.
“Bukan aku yang makan. Si Azim yang tolong licinkan.” Hariz gagap. Tidak berani untuk dia bertentang mata dengan Eisya. Dan kali ini masa Eisya untuk berbalas kata.
“Aku nampak kau sental nasi lemak aku dekat kantin tadi. Tak sedap konon. Sampai jilat jari pun tak nak mengaku lagi tu. Tak pe. Mulai esok aku akan bawakan bekal untuk kau. Biar badan kau sama saiz dengan badan aku. Lagi pun Fariz bukan makan sangat nasi lemak tu. Okey, mulai esok kau jumpa aku. Aku berikan bekalan untuk kau. Assalamualaikum.” Eisya dan Fariz terus berlalu. Meninggalkan Hariz dengan keadaan terpinga-pinga.
“Engkau ni, jangan nak bagi muka sangat dengan si hantu tu. Kalau nak diikutkan hati tadi mahu sahaja aku cincang dia sampai halus. Nasib baik engkau ada. Kalau tidak…..” Fariz menumbuk keras tangannya tanda tidak puas hati.
“Jangan nak marah sangatlah Fariz. Engkau ni belakang dia je berani. Cuba kat depan dia. Kalau lantai tu boleh tembus sampai pusat bumi dah lama kau sampai kat situ. Mak aku pesan…. Kalau orang yang macam tu kita ikut je cakap dia. Nanti senyaplah dia. Ala…. Kau jangan risau. Nanti lama-lama bila dia penat nanti dia senyaplah.” Eisya yakin.

Bermula keesokkan harinya Eisya membawa bekalan untuk Hariz. Setiap hari dia akan menantikan Hariz di pintu pagar atau di pintu kelas untuk memberikan bekalan itu. Namun itu bukan bermakna kegiatan Hariz akan terhenti. Hariz seperti selalu akan mengusik dan mengejek Eisya. Kini, Eisya kian lali dan setiap kali dia di usik dan dikata hanya satu yang meniti di bibirnya. ‘Al-hamdullillah’…
“Kau katalah lagi. Aku dah tak kisah. Aku tahu kau mesti suka kat aku. Sebab itu kau suka usik aku. Tak sangka dalam ramai aku juga yang kau nak kacau. Kesian kau kan?” Hariz mendengarkan kata-kata Eisya itu disambut dengan hati yang membengkak. Dia memandang Eisya dengan pandangan besar dan kecil. Nak telan serupa gajah. Akhirnya dia memandang Eisya dengan perasaan geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience