BAB 12

Romance Completed 8700

Semenjak dari itu, Hariz sudah kurang mengusik Eisya. Walau pun Azim dan Fidaus sering mengusik Eisya namun dia tidak pernah mengambil pusing semua itu. Bila didesak oleh Firdaus dan Azim bermacam-macam alasan yang diberikan. Fariz juga menyedari akan perubahan Hariz itu, Puas dia bertanyakan pada Eisya. Namun jawapan yang diberi ‘tak tahu’. Masakan pokok bergoyang kalau tak ada angin? Fariz tahu, ada sesuatu yang telah terjadi yang membuatkan Hariz berubah. Walau bagaimana pun Eisya seperti biasa. Membawa bekalan untuk Hariz dan saat Hariz membuka bekalan itu, bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
Dalam Hariz ingin menjalinkan persahabatan, Eisya berpindah sekolah. Pada saat itu Hariz seperti kekosongan. Telatah dan keletah Eisya seringkali menghiasi ruang lamunannya. Dan yang paling penting dia merindui akan nasi lemak kari ayam yang sering di bawa oleh Eisya. Apa yang dia tahu nasi lemak itu dimasak sendiri oleh Eisya. Cuma kari ayam sahaja ibunya yang memasak. Tapi… kalau nasi lemak pun dah sedap dah pasti satu hari nanti Eisya mampun masak kari ayam macam ibunya juga.
Namun sebelum pergi Eisya banyak berpesan dengannya agar lebih berusaha untuk menjadi yang terbaik dan berjaya di dalam hidup. Berpegang dengan pesanan itu, Hariz berusaha merubah hidupnya. Perubahan itu akhirnya melibatkan Azim dan Firdaus, dan siapa sangka mereka menjadi kawan baik kepada Fariz yang dulu merupakan musuh mereka.
Dan kini….. ternyata mereka semuanya sudah berjaya dalam pelajaran dan juga dalam kehidupan.
*******************************************************************
“Tak sangka akhirnya kita dah jadi kawan baik. Siapa sangka budak Fariz yang selalu kena buli dah jadi kawan kita.” Terang Azim. Fariz mengangguk tanda setuju. Semenjak Eisya berpindah, Hariz beria-ia ingin menjadi sahabat. Akhirya dia akur. Dia tahu, Hariz merindui sahabatnya itu, Eisya. Di dalam diam, dialah yang menjadi pengantara. Kalau bukan sebab dia sudah tentu mereka tidak bertunang. Sebab dia jugalah ibu Hariz meminang Eisya. Fariz tahu, Eisya juga menantikan kehadiran lelaki yang bernama Hariz itu, Kalau tidak, takkan setiap kali dia berhubung Hariz juga yang ditanya.
“Hariz, kalau kau diberi peluang untuk berjumpa dengan dia apa yang kau nak katakan pada dia?” Hariz diam. Yang sebernarnya cuma satu ayat yang memang ingin disampaikan untuk gadis idamannya. Dan ayat yang selama ini masih utuh belum terluah olehnya adalah “AKU CINTA PADAMU”. Memang dia pernah menghubungi Eisya. Namun dia masih belum dapat meluahkan kata itu. Dia yakin saat dia bertentang mata nanti dia akan menyatakan apa yang terpendam selama ini.
“Kalaulah Eisya badannya sama seperti dulu…. Apa yang kau nak cakap dengan dia?”
“Dah banyak kali kau tanya soalan yang sama. Keputusan aku tak akan berubah. Aku tetap menyayangi dan memperisterikan dia.” Tegas Hariz.
“Memang sah kau dah angaukan si Eisya tu. Apa yang istimewa sangat pun aku tak tahu.” Kali ini Firdaus seperti bermain dengan kata. Menggali apa yang tersirat di dalam hati Hariz.
“Dia memang istimewa buat aku. Dia juga yang merubah aku menjadi seorang insan. Kalau bukan kerana semangat dan kata-kata dia sudah tentu aku tidak menjadi seorang doktor. Aku berjaya kerana dia.”
Tiba-tiba datang seorang gadis yang bertubuh gempal menghampiri meja sambil menatang air untuk digantikan dengan teh ‘o’ yang hampir kosong jugnya. Hariz memerhatikan gadis itu. Macam pernah dia nampak gadis itu. Ah, mungkinkah dia Eisya? Gadis yang selama ini didambakan. Firdaus dan Azim juga memerhatikan tanpa berkelip matanya.
“Hah, apa lagi Hariz. Bagilah tau apa yang kau nak cakapkan sangat tu.” Hariz bangkit. Hatinya mula berdebar. Semakin hampir gadis itu semakin kuat debarannya. Bila saat tiba di meja, Hariz tidak menunggu lama. Segala yang terbuku dihamburkan.
“Eisya, I Love U.” Gadis itu terpinga-pinga. Hariz menantikan jawapan. Dia membuka mata untuk melihat reaksi. La…. Kenapa senyap?
“Eh, abang ni kenapa? Ini bukan Eisyalah…. Ini Yana.” Hariz menepuk dahi. Malunya usah dicerita. Kalau boleh mahu sahaja dia menyorok di belakang salah seorang sahabatnya. Aduh! Salah orang. Sekali bakal adik iparlah. Hariz terduduk saat dia ditertawakan.
Tidak lama kemudian, aroma nasi lemak melintasi di rongga hidungnya. Dia merhatikan dulang yang berisi nasi lemak. Kari ayam? Hariz merhatikan tangan yang menyendukkan nasi untuknya. Dia kenal akan cincin yang terlekat di jari manis gadis itu.
“Sayang?” Secara spontan panggilan itu meluncur di bibirnya.
“Makan bang. Eisya masak untuk abang.” Suara lembut itu membuatkan Hariz terkesima. Dia berpaling. Ya! Memang Eisya.
“Eisya?” Eisya menganguk sambil tersenyum. Senyuman manis itu disambut oleh Hariz. Azim, Firdaus dan Fariz tercenggang. Eisya? Memang mereka tak mempercayainya. Cantik. Namun tiada siapa yang boleh menandingi nasi lemak kari ayam Eisya. Itu memang benar dia.
“Eisya dah dengar segalanya, bang. Abang mesti tak perasan Eisya duduk kat belakang tu. Sebab abang tak kenal Eisya. Tapi sekarang, Eisya yakin dengan abang.” Kata-kata itu membuatkan Hariz terdiam. Dia seolah-olah malu sendiri.
Yang lain juga terdiam. Mereka memang tidak kenal dengan Eisya yang sekarang ini. Eisya sekarang ini dah tak comot lagi, tak gemuk lagi dan yang penting Eisya kini lebih cantik seperti yang difikirkan.
“Yang lain ni kenapa tak makan lagi?” tersentak dibuatnya Azim, Firdaus dan Fariz. Eisya benar-benar sudah jauh berubah. Ketiga-tiga sahabat itu sudah hilang kata.
Eisya melabuhkan punggung disebelah Hariz. Dia mengambil kari ayam dan meletakkan di dalam pinggan Hariz. Hariz ingin memulakan suapan namun terhenti. Dia berpaling ke arah Eisya dan tersenyum.
“Abang nak cakap sesuatu dengan Eisya ni.” Sengaja dia menukarkan panggilan itu. Malu pula untuk dia memanggil ‘sayang’ dihadapan sahabatnya. Nanti mahu pecah balai dibuatnya. Yang penting dia tidak mahu membuatkan Eisya malu. Eisya menantikan dengan penuh debaran.
“Abang sayangkan Eisya, dan abang cintakan Eisya. Abang janji akan jaga Eisya selagi ada nyawa abang.” Eisya tunduk malu. Berubah wajahnya dengan pengakuan Hariz itu. Berani betul dia. Depan orang pula tu.
“Oi, Bro! itu bukan satu ayat. Itu dah lebih tu. Ha, nak mengayat le tu.” Usik Fariz. Akhirnya tawa mereka memecah.
“ini yang buat aku tak sabar nak kahwin ni.” Ujar Hariz mengusik sambil menjeling manja. Dan Eisya tersipu malu.
Itulah dia, dua hati menjadi satu. Musuh menjadi sahabat, dari sahabat menjadi teman sehidup dan semati. Sesungguhnya bagi Hariz tiada yang terindah disaat bertemu dengan Eisya. Dan Nasi Lemak Kari Ayam itu menjadi pengikat kasih antara mereka. Di saat terikatnya menjadi isteri, janji Hariz kian diikat. Dialah sahabat, pelindung, kekasih kepada insan yang bernama Eisya dan paling penting dia ada semua kriteria yang aku cari, Siti Muslihat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience