BAB 5

Romance Completed 8700

“Aku peliklah Fariz. Kenapa tak engkau saja yang masuk meminang si Eisya tu. Mati-mati aku ingatkan kau bertunang hari tu tau.”
“Ala Zim, apa kau ingat aku ni berkawan dengan si Eisya tu aku akan berkahwin dengan dia? Apa sempit fikiran kau ni.” Senyum Hafiz. Memang selama ini dia memang berkawan dengan Eisya. Namun itu hanya sedakar teman. Tidak lebih dari itu. Memang dia pernah memberitahu akan perihal hati dan perasaannya. Namun dia digelak oleh Eisya. Kata Eisya, sekolah mana rock nak main cinta. Kalau nak bercinta tunggulah lepas sekolah nanti. Masa kerja. Nak pinang anak dara orang mesti ada kerja. Takkan nak makan pasir pulak nanti.
Hafiz memegang kata-kata Eisya itu. Dan akhirnya perasaan itu hilang dengan tiba-tiba. Dan perasaan itu bertukar kepada sahabat dan kawan. Walau pun dia hilang perhubungan saat dia berpisah dengan Eisya, Hafiz yakin bahawa sahabatnya itu tidak akan melupakan. Dan sehingga Hariz meminang Eisya, saat itu dia merasa syukur Hafiz yakin akan jodoh Eisya dan Hariz. Hafiz memandang kepada Hariz yang tersenyum sambil merenung cawan dihadapannya.
“Nampaknya sahabat kita ni dah jauh berangannya.” Usik Hafiz. Ternyata Hariz tersentak. Hilang wajah Eisya yang montel. Wajah ketika Eisya di zaman kanak-kanak. Dan Hariz seringkali tertanya akan perihal Eisya ketika ini. Dan saat ibunya galak bercerita tentang Eisya, dia dengan hati terbuka menerima Eisya.
“Orang dah tak lama lagi nak naik pelamin memang gitu le gelagatnya. Selagi tak kahwin selagi itulah kalau boleh tembus dinding pun dia tak kisah.” Hariz senang dengan usikan itu. Kalau dulu…. Bila sebut sahaja nama Eisya, dialah yang paling dulu melenting.
“Eh, engkau ni memang betul ke nak kahwin dengan Eisya ni?” Entah berapa kali soalan yang sama meniti di bibir sahabat-sahabatnya itu. Hariz tidak menyalahkan mereka kerana selama ini dia dan Eisya ibaratkan anjing dan kucing. Kalau berjumpa mesti nak gaduh. Tetapi dia tahu, dengan pergaduhan itu tercetusnya perasaan yang tidak boleh diungakai. Dan perasaan itu membawa kepada perasaan kasih, sayang dan cinta.
“Engkau orang ingat kahwin ni perkara yang boleh buat main-main ke? Memang aku meminang Eisya. Memang aku nak buatkan dia sebagai isteri aku. Memang itu hasrat aku. Memang aku sayang dengan dia. Memang aku cintakan dia. Ada puas?” Pengakuan jujur itu membuatkan khemah menjadi bising seketika.
“Serius ni aku memang tak janga langsung sampai begini serius kau kat si Eisya tu.. Aku tabiklah dengan kau sebab berani nak meminang dia. Eisya…. Si budak….”
“Tembam!” sambut Hariz dalam senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience