CHAPTER 7

Drama Completed 1523

Satu khabar berita gembira yang mengkhabarkan bahawa Haqiem melamar Hanis, yakni teman wanitanya. Mereka berdua telah menjalinkan hubungan cinta dan mahu mendirikan rumahtangga. Sufia dan Syed sungguh gembira. Keterujaan mengadakan majlis perkahwinan tidak dapat dibendung lagi.

Tiba detik yang dinantikan. Haqiem berdebar mahu berhadapan dengan imam. Dia mempersiapkan diri agar tidak gagap bila berhadapan dengan imam yang akan mengakadnikahkannya.

Setelah Haqiem dan Hanis diijabkabulkan, Haqiem dan Hanis pindah ke rumah baru. Kehidupan rumahtangga mereka bermula di situ. Syed juga harus pindah ke Pulau Pinang kerana ia harus terus kan perniagaannya di situ. Jadi, tinggal Sufia seorang saja di Villa. Sufia berasa bosan duduk seorang diri di Villa besar itu. Terasa sunyi sepi tiadanya abang long dan angah.

Maksu Neldy mencadangkan supaya Sufia tinggal bersama dengannya di rumah. Neldy sudah menganggap tiga beradik, Syed, Sufia dan Haqiem sudah seperti anak kandungnya sendiri. Lagi pula, Neldy sayang benar dengan Sufia dan tidak sunyilah jika ada Sufia tinggal dengannya. Riuh sikit rumahnya. Sejak suaminya merantau ke negara orang, dirinya dilanda rindu kepada sang suami.

Pada hari ini, Sufia ikut Neldy pergi membeli belah barangan dapur di pasaraya Giant. Neldy mahu cadangkan supaya tengah hari ini masak di rumah tidak mahu makan di luar.

Malam berikutnya, Sufia diserang demam panas secara tiba-tiba. Menurut Neldy, Sufia diserang demam panas adalah kerana Sufia terlalu rindu akan Hafeez, bekas kekasihnya.

Syed sanggup pulang ke KL kerana rasa bimbang menghambat dirinya terhadap Sufia.

Pintu rumah Neldy diketuk dari luar berkali-kali. Bila Neldy buka pintu, ternyata Syed datang ke rumahnya.

"Syed? Ingatkan tak boleh datang. " ujar Neldy.

"Mau saya tak datang. Luruh jantung saya dengar yang acik demam panas. "

"Jemputlah masuk. Kita borak di dalam. "

Mereka berdua duduk di ruang tamu. Syed tidak dapat bendung rasa bimbangnya terhadap Sufia.

"Kami baru balik dari klinik. Acik tu kena makan ubat ikut waktu. Maksu suruh dia isi perut dulu, dia tak mahu makan. " ujar Neldy.

"Syed nak jenguk acik kejap. Rindu pula dengan acik. "

"Pergilah.

Dia tidak selalu boleh pantau keadaan adik perempuannya seperti selalu kerna ia terlalu sibuk menguruskan perniagaan restorannya. Jadi, dengan peluang percuma sebaik mungkin Syed cuba untuk peroleh dan meluangkan masa bersama dengan Sufia.

Hari ini suami kepada Neldy pulang dari merantau negara orang. Sudah lama rasanya lelaki itu tidak menjejakkan kaki ke tanah air sendiri. Dan hari ini, Rayyan terbang ke Malaysia semula.

Setelah beberapa jam perjalanan Yang memakan masa berjam-jam, akhirnya Rayyan tiba di lapangan terbang KLIA2. Pemandu peribadi Rayyan menjemput Rayyan pulang ke rumah. Rasa rindu pada sang isteri kian hebat. Tidak sabar rasanya mahu bertemu dengan sang isteri.

Neldy begitu gembira dengan kepulangan sang suami. Bahagia kembali bermukim.

Namun beberapa hari ini sikap Rayyan lain macam. Dia jadi panas baran tidak menentu sekiranya ada Yang tidak kena pada dirinya. Yang menjadi mangsa lepaskan amarah, ialah Sufia. Sufia berasa tidak enak bila berlakunya seperti ini. Sebelum ini pasangan suami isteri itu baik-baik saja namun sekarang seperti mahu hancur.

Bingit cuping telinga Sufia mendengar Neldy dan Rayyan bertengkar. Sufia memutuskan mahu keluar sementara bagi tenangkan hati yg kian meruncing. Entah mana silapnya dirinya yg baru mahu mula kecapi kebahagiaan namun terlerai sekali lagi.

'Aku mahu bahagia buat selamanya seperti org lain. Walhal di samping itu juga aku sudah mahu mula berubah. Aku berusaha buang' diri aku yang dulu. '

Dia berjalan sendirian di kota bandar Kuala Lumpur sampaikan dia tak ingat nak balik ke rumah. Dulu, dia rasa teramat malu mahu bersemuka dengan org namun sekarang dia tepiskan rasa rendah diri. Biarkan saja tak bererti apa-apa tiap satu kata dari mereka yang suka menghinanya. Sambil menikmati keindahan alam. Sufia sudah boleh kembali tersenyum seperti sediakala, dia juga boleh tertawa gembira.

Dulu, bukan main payah lagi Syed mahu buat Sufia gelak. Syed tergamam apabila Sufia boleh ketawa senyum semula adalah kerana melihat pemandangan luar. Pada masa itu, Sufia rasa kekok bila duduk di luar.

Pasal satu hal yang merunsingkan diri Sufia, Dia lebih selesa hidup seperti gelandangan sungguhpun ibu saudaranya punya rumah yang mewah dan besar. Tiada gunanya miliki rumah semewah mana pun, namun kasih sayang dalam keluarga pudar.

Padahal rumah ada namun dia lebih selesa berkehidupan seperti gelandangan.
Tidur di tepi kaki lima kedai, sampaikan mereka tidak peduli apa yang berlaku pada Sufia.
Sufia lebih selesa begitu. Lebih tenang berbanding tinggal di rumah. 'Untuk apa lahirkan aku di bumi ini jika tidak mahu aku dan abaikan aku?'

Malam itu Sufia tidak mahu balik ke rumah maksunya. Jadi dia memutuskan mahu tidur di kaki lima kedai.

Zoey kawan baik Sufia semasa mereka berdua ditemukan ketika Sufia diculik, ternampak Sufia tidur di kaki lima kedai. Dia sungguh terkejut apabila melihat Sufia tidur di situ. 'Mengapakah sampai jadi begini pada Fia? Mesti ada perkara yang tidak kena' monolog Zoey sendiri.

Dia pun pergi ke arah Sufia. Zoey mengejutkan Sufia yang nyenyak tidur di kaki lima berbantalkan lengan tangannya dan bertilamkan kotak.

"Fia, bangun... kenapa kau tidur di sini?"

Sufia terjaga dari tidurnya yang lena apabila terdengar satu suara mengejutkannya. Ternyata Zoey. Lama rasanya tidak bersua muka.

Zoey minta Sufia ceritakan apa yang berlaku pada dirinya hinggakan tidur seperti gelandangan rupa. Sufia pun memberitahu kepada Zoey yang maksu dan paksunya sering bergaduh dan dia tidak suka duduk di rumah. Lebih bagus duduk merempat begini. Tenang dan damai.

"La haulawala... kau kan ada aku Fia. Kenapa tak cakap dengan aku... kau boleh tumpang tidur di rumah aku bila-bila kau nak. Tak perlulah sampai tidur macam gelengan bagai. Kesian aku tengok kau. Ni dah makan ke belum?" ujar Zoey lalu bertanya.

Sufia menggelengkan kepalanya. Memang sejujurnya perutnya terasa amat lapar. Sehari suntuk tidak terfikir mahu makan dn nafsu makan hilang. Sufia terpaksa berpuasa walaupun tidak bersahur.

"....Haih buatnya kau pengsan ke gastrik macam mana? Tak ke susah diri tu? Marilah
ikut aku" ajak Zoey.

Hari demi hari yang ku lalui dengan kemendungan awan, musim bertukar ganti, langit cerah bertukar menjadi awan mendung, disertakan dengan musim tengkujuh. Kadang kemarau panjang menguasai diri ini. Bilakah badai ini akan berakhir? Adakah ini hakikat takdirku?

[BERSAMBUNG ??]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience