"Fiaaa!!!"
Hafeez terjaga dari tidurnya kerna ia dikejutkan oleh satu mimpi yang cukup menggerunkan dirinya. Dia juga celaru mengapakah ia menyeru nama bekas kekasihnya, Sufia. Kini.
***
"Doktor, tolong buat apa saja asalkan adik bongsu saya selamat... cepat sembuh seperti sediakala. " rayu Syed dengan simpati.
"Kami sarankan Encik supaya adik Encik buat pembedahan. Insya Allah, selepas Sufia jalankan pembedahan, dia akan memulih. Nampaknya, rawatan kemoterapi yang Sufia jalani tak memberi kesan kepada dia. Mungkin dengan cara pembedahan, InshaAllah... " ujar Dr. Zareena memberi cadangan supaya Sufia jalani pembedahan.
"Saya tak kisah apa pun asalkan adik bongsu saya sembuh sepenuhnya seperti sediakala,"
"Tapi pembedahan ini agak berisiko. Saya mahu minta kepastian dari Encik sebagai abangnya sendiri dan ahli keluarganya yang lain. Maaf saya nak tanya, ibu bapanya..."
"Ibu bapa kami telah lama meninggal dunia," ujar Syed menggantung kata Dr. Zareena.
"Maaf saya tak tahu. " lantas Dr. Zareena minta maaf.
"Tak apa. "
"Kita tunggu sampai Sufia sedarkan diri. Kemudian kita tengok macam mana. Sekiranya Sufia masih tak serasi jalani kemoterapi, Encik harus buat persetujuan dari pihak kami supaya benarkan Sufia jalani pembedahan,"
***
"Kenapa ni U? Cemas je ni?" Soal Hanis melihat wajah suaminya cemas, resah gelisah setelah mendapat panggilan telefon.
"...acik masuk ICU. Dia koma selepas buat rawatan kemoterapi. " jelas Haqiem cemas.
"Ya Allah... acik koma? Marilah kita pergi jenguk acik. "
"Hmm..."
???
SETAHUN KEMUDIAN
"Cepatlah acik, kenapa terhegeh- hegeh tu?" Gesa Syed pada Sufia yang lambat kayuh basikal.
"Kejaplah along. Letih la... kita rehat jap eh?" Ujar Sufia sambil menolak basikalnya ke arah Syed yang tunggunya di depan taman. Termengah-mengah Sufia mendorong basikal fixienya kerana kelelahan mengayuh basikal beberapa ribuan kilometer sudah bagaikan pelumba basikal. Jika tidak kerana dipaksa dan digesa oleh alongnya, Sufia tidak akan terjebak dalam aktiviti memenatkan diri ini. Stretegi Syed berhasil menarik Sufia yg enggan mahu ikutinya. Kalau bukan kerna sifat malas Sufia, tidak perlu abang longnya itu mengatur strategic.
"Baru kayuh basikal beberapa kilometer dah letih? Nak kata gemuk tu, tak juga. Kering macam ikan bilis adalah. " perli Syed pada Sufia sambil mencekak pinggangnya bagaikan kak Ros memarahi adik-adiknya upin dan ipin.
Sufia menyilangkan tangan di dadanya dan mencebik bibir. Rasa menjengkelkan kata Syed tadi.
"Alolo... Comel pula acik along ni merajuk. Hmm macam mana nak pujuk eh? " puji Syed buatkan pipi Sufia merona merah padam. Kemudian Syed berpura tidak tahu bagaimana mahu pujuk Sufia sedangkan Syed tahu bagaimana mahu pujuk Sufia sekiranya Sufia merajuk.
Sufia kesat peluh yang meranak di dahinya dengan menggunakan pergelangan tangannya. Cahaya matahari begitu menguris pipi meskipun di waktu petang. Syed mengambil saputangan yg disangkutkan pada lehernya, kemudian, Syed mengelapkan peluh yg meranak pada dahi Sufia. Sayang benar Syed pada adik bongsunya itu.
Ketika Sufia nyaris dijemput illahi, Syed lah yg paling susah hati Betapa bimbangnya dia.
Hari ini, Syed mengajak Sufia lakukan aktiviti mengayuh basikal di serata tempat. Biar aktiviti sebegini jadi berfaedah, sihat dan cergas buat diri.
D
r. Zareena mensarankan kepada Sufia supaya lakukan aktiviti sihat selepas jalani pembedahan.
"Arrgghh..."
Tiba-tiba basikal fixie yang Sufia kayuh tidak dapat dikawal dan menyebabkan basikal yang dikayuh Sufia melanggar tembok batu.
Syed yang terdengar bunyi dentuman memberhentikan kayuhan dan berpaling ke belakang. Terlihat adik bongsunya itu sudah mencium jalan. Mujur Sufia memakai topi keledar basikal jika tidak, kepalanya bakal pecah!
Habis kulit putih Sufia bergesel dengan tar jalan raya.
"Allahuakbar acik!!"
Bergegas Syed mendapatkan Sufia yang sudah seperti mahu pitam.
"Macam mana boleh jatuh ni hah!?" Bingkas Syed mengalihkan basikal fixie yang menghempap badan Sufia kemudian Syed mendudukkan Sufia.
"Awww... aduh!!" Sufia mengaduh kesakitan bila Syed memegang lutut Sufia yang berdarah.
"Jom kita pergi ke klinik!"
"Tak nak!! Nanti doktor suntik acik!"
"Dah biar along yang jadi dokter rawat acik. Tahula nanti... " Syed gelak jahat malah Sufia gelak kecil berjangkit dgn alongnya itu. Syed papah Sufia kemudian bangunkan Sufia yang seksa benar nampaknya nak bangun. Nyatanya Syed harus hubungi Maksu Neldy untuk menjemput mereka pulang Ke rumah. Dengan keadaan Sufia seperti ini, agak membimbangkan Syed sekiranya Sufia terus mengayuh basikal fixe tersebut.
IPhone dikeluarkan Syed dalam kocek seluarnya. Kemudian, Syed mendail mak su Neldy. Panggilan telefon ditamatkan sesudah Neldy sudi menjemput mereka berdua pulang.
"Haus la along. " rungut Sufia kehausan. Tekaknya terasa kering serta teramatlah perit. Air yg dibawa Sufia habis diminumnya.
Syed mengambil botol jus orange di tepi dalam beg galasnya Dan menyerahkan kepada Sufia. Supaya dia kembali bertenaga setelah minum air bergula.
"Nah minum. "
Sufia meneguk juice orange dengan rakus sementara menunggu kedatangan mak su Neldy menjemput mereka berdua pulang ke Villa.
Syed terlihat sebuah kereta Hyundai Elantra berwarna merah berkilauan berhenti dimana tempat dia dan adik bongsunya duduk di atas tembok jalan. Tidak lain tidak bukan, mak su Neldy datang menjemput mereka.
Syed papah Sufia masuk ke dalam perut kereta Hyundai Elantra kemudian Syed masukkan basikal mereka berdua di bonet kereta itu.
Pabila Sufia dan Syed sudah sampai di Villa, Syed terus memapah Sufia yg terjengkut-jengkut berjalan. Sekaligus, Syed hairan melihat kereta Toyota Corolla berwarna hitam berpakir di laman Villa. Begitu juga dengan Sufia.
"Angah datang? Jomla masuk cepat" soal Sufia gembira.
"Eh sabarla.. Heish. "
"Ha balik pun kamu berdua. Makjah kata kamu pergi cycling yer? (Hanis sedikit terkejut bila dia perasan lutut Sufia terluka dan seluar track shut Sufia terkoyak pada bahagian lutut) lahai acik... kenapa sampai Luka bagai ni? Teruknya."
"Acik Ni degil kak ngah. Orang nak bawa dia pi klinik tak nak. Takut kena suntik la. " jelas Syed masih lagi papah Sufia. Sufia dah naik bosan kerana dark tadi asyik dipapah. Bila lah dapat masuk ke dalam Villa... Punggungnya dari tadi dok tercari kerusi. Sudahla letih mengayuh basikal, sekarang pula sakit dan pedih datang menerpa.
"Sakit Long, " jerit Sufia sudah tidak dapat tahan sakit lagi. Menggesa Syed yg lambat membawanya masuk ke dalam.
"Yeyeye... " Syed memantaskan langkahnya dengan berwaspada. Sufia didudukkan di atas sofa fabrik ruang tamu. Kemudian, Hanis mengambilkan kotak rawatan kecil di simpankan di rak TV.
Syed mula rawatkan lutut dan lengan tangan Sufia yg tercedera Mujurlah hanya cedera ringan dan Tidak parah.
"NURSUFIA QISTINA RAISHA!!! KELUARLAH KAMU!! "
Satu suara menjerit menyeru nama Sufia.
Syed serta Sufia yg duduk di ruang tamu terkejut mendengarnya. Dengan kaki Sufia yg sakit itu, Sufia mahu angkat punggung dan ingin pergi lihat di luar namun Syed lekas menghalang Sufia dari keluar. Mereka berdua kenal benar dengan suara tersebut.
"Hafeez datang? Buat apa dia menyemak kat sini? " soal Hanis geram.
"Jangan... Orang macam dia tu tak patut diampunkan. Tak layak sama sekali dilayan. " tegas Syed menghalang Sufia yg mahu bertemu dengan bekas kekasih lama Sufia. Syed yg terlebih sakit hati bila Sufia dianiyai oleh cinta dusta Hafeez.
"Along, sedangkan nabi ampunkan umatnya, apatahlagi kita Long. Masakan kita sama berperangai iblis tak mahu saling bermaafan dan teruskan persengketaan. " ucap Sufia.
Ada benar juga kata Sufia sebentar tadi. Namun, bukan mudah Syed nak terima kembali syaitan bertopengkan manusia begitu senang.
[BERSAMBUNG ??]
Share this novel