CHAPTER 2

Drama Completed 1523

Semasa kelas cikgu Arman pembelajaran Matematik dijalankan, Sufia tidak boleh tumpukan perhatian kepada apa yang cikgu Arman sedang ajarkan di papan putih. Sufia asyik termenung panjang dan fikirannya melayang ke lain hingga dia tidak sedar akan kehadiran cikgu Arman di sebelahnya. Cikgu Arman melibas sebatang rotan yang dipegangnya  di atas meja tempat duduk Sufia membuatkan Sufia dan juga pelajar yang lain turut sama tersentak.

"Awak ni nak belajar ke nak berangan hah?!! Kalau setakat nak berangan dalam kelas saya baik tak payah datang sekolah!! Membazir duit abang awak je!!" Bentak cikgu Arman pada Sufia membuatkan Sufia tersentap sekaligus tersentak dan seraya Sufia bangun dari duduknya.

"Maafkan saya cikgu... " ucap Sufia meminta maaf kepada cikgu dengan rasa serba salah.

Sufia rasa malu serta terkedu  menerpa apabila dia dimarahi oleh cikgu Arman di hadapan rakan-rakan sekelasnya.

"Pergi  keluar dari kelas saya dan berdiri di hadapan pintu sampai kelas saya habis!! Lepas tu awak jumpa saya semula dalam kelas ni!!" Titah cikgu Arman dan segera Sufia mengaturkan langkahnya di depan pintu kelas. Beberapa orang pelajar lain saling bisik membisik apabila melihat Sufia didenda oleh cikgu Arman.

------------------------------------------------------

KAUNTER TIKET BAS KE IPOH

Pada ketika itu, orang ramai beratur di kaunter tiket untuk mendapatkan tiket. Syed terpaksa beratur panjang di kaunter itu untuk mendapatkan tiket bas ke Ipoh. Mujurlah tiket bas masih lagi  ada.  Sementara Haqiem duduk menunggu alongnya membeli tiket di tempat menunggu.

Di tempat kaunter tiket bas, Syed membeli dua tiket bas untuk mereka ke Ipoh Perak, Darul Ridzuan. Sesudah Syed mendapatkan tiket bas ke Ipoh, Syed dan Haqiem terus menaiki bas yang membawa mereka ke Ipoh. Haqiem dan Syed mengendong beg galas mereka dan mencari tempat duduk di dalam bas. Mereka berdua duduk sama-sama apabila dapat tempat duduk kosong di bahagian paling depan.

Pemandu bas mula bertolak apabila penumpang sudah penuh di dalam bas itu. Haqiem yang duduk di tepi tingkap perhatikan pemandangan luar. Sejujurnya dia berasa berat mahu tinggalkan aciknya sendirian di KL ini. Terlalu bahaya untuk aciknya yang masih di bawah umur perlu ada orang dewasa yang menjagakan dia.

"Aku rasa berat nak tinggalkan acik sendiri dekat KL ni," ujar Haqiem memecahkan kesunyian di antara mereka berdua. Pada ketika itu, bas sudah mula bertolak menuju ke Ipoh.

"Pandai-pandai lah acik uruskan diri dia. Dia dah baligh, bukannya budak kecil lagi.  "

"Terlalu bahaya lah along dia tinggal sorang-sorang kat rumah tu. KL ni macam macam aku dengar.  Kalau jadi apa-apa pada acik macam mana? Dia tu perempuan! Dia sakit ke tak de siapa yang jaga. Acik bawah umur lagi Long.  " Kata Haqiem diselubungi rasa gusar dari tadi. Dia asyik fikir bukan-bukan terhadap Sufia dan firasatnya sering tidak enak.

"Mulut tu jangan celupar Ngah! Kita sama-sama doa semoga acik sentiasa di bawah lindungan Tuhan. " kata Syed sedikit tinggi suaranya menegur Haqiem.

Haqiem menumpahkan pandangannya ke luar tingkap semula sambil dalam hatinya berdoa agar aciknya sentiasa di bawah lindungan Allah.

"Ya Allah, kau lindungilah adik aku dari segala bahaya. " doa Haqiem dalam hatinya.

------------------------------------------------------

Sewaktu pelajar lain sedang berehat di kantin, Sufia dipanggil semula masuk ke dalam kelasnya. Sufia menghampiri cikgu Arman dengan rasa takut.

"Hari ni awak tak payah rehat. "

Seraya Sufia pandang cikgunya. Bila Sufia pandang cikgunya begitu, Arman mula rasa sangsi dengan anak muridnya itu.
"Kenapa pandang saya macam nak telan je?" Soal cikgu Arman
Seraya Sufia alih pandangan ke tempat lain.
"Pergi ambil buku dan pen awak"

Sufia  buat apa yang dititahkan oleh cikgu Arman. Kemudian Sufia kembali ke meja guru cikgu Arman dengan buku latihan serta sebatang pen biru.

Cikgu Arman minta buku dan sebatang pen milik Sufia kemudian cikgu Arman tulis sesuatu di atas kertas buku tersebut. Sufia hanya perhatikan apa yang cikgu Arman tulis pada kertas buku latihan berwarna coklat itu.

'Saya janji tak akan berangan lagi dalam kelas'

Cikgu Arman menyerahkan semula pen dan buku tersebut pada Sufia
"Saya nak awak salin balik apa yang saya tulis ni sampai habis. Saya nak tengok buku ni penuh dengan tulisan ini! Tak ada satu pun saya tak nak tengok kosong!! Faham?!!"

"F-faham cikgu. " tutur Sufia. Dari tadi dia tahan air matanya dari terjatuh. Terdapat genang pada tubir matanya.

Waktu itu, kelas 4 inovatif kosong tiada pelajar hanya ada Sufia dan juga cikgu Arman sahaja di dalam kelas tersebut. Pada ketika itu, semua pelajar sedang berehat di kantin.

"Besok pagi saya nak tengok buku ni wajib hantar dekat saya. Jumpa saya di bilik guru. "

Cikgu Arman beredar dari kelas tersebut. Sufia memutuskan dia ingin pergi ke kantin dengan membawa  buku latihan berserta dengan pen birunya.

-----------------------------------------------

Cikgu Arman yang ingin balik ke bilik guru bertembung dengan cikgu Zuraida yang kebetulan pula lalu di situ. Mereka bersapa dan jalan sama-sama ke arah bilik guru di tingkat atas.

"Macam mana dengan kelas cikgu hari ni? Ok?"

"Alhamdulillah... cuma tula ada seorang pelajar saya ni. "

"Kenapa dengan dia? Siapa?"

"Sufia...,"

"Sufia? Kenapa dengan dia? Setahu saya dia seorang pelajar yang prestasi cemerlang dan terbaik dalam sekolah ni. Bagaimana pula?" bukan setakat cikgu Zuraida saja yang tahu Sufia seorang murid yang cemerlang dalam sekolah itu, malahan semua guru sekolah itu tahu.

"Haih tula cikgu. Sejak baru-baru ni ibu bapa Sufia meninggal dunia, prestasi pelajaran dia makin merosot. " kata cikgu Arman yang tahu serba sedikit  tentang Sufia.

"Cubalah tanya apa masalah dia. " ujar cikgu Zuraida.

"Saya nak pergi ke kantin sekejap. Jumpa lagi nanti. " ujar cikgu Arman yang mahu ke kantin untuk makan tengah hari.

-----------------------------------------------------

Sesampai sahaja Sufia di kantin sekolah, Sufia menyeluk poket baju kurung nya dan kemudian dia mengambil wang bernilai satu ringgit untuk membeli mee goreng kerana ia berasa sangat lapar. Sufia pun pergi beli mee goreng. Dia ambil mee goreng dan membayar kepada mak cik kantin tersebut dengan wang satu ringgit itu.

"Kamu ni reti kira ke tidak?" Tanya mak cik kantin itu hairan dengan Sufia.

Sufia kebingungan apabila mak cik kantin berkata begitu. Dia pelajar baru di sekolah itu, jadi dia tidak tahu harga makanan kantin di sekolah barunya itu.

"Harga mee goreng ni dua ringgit lima puluh sen. Duit yang kamu bagi ni seringgit. Mana cukup. " jelas mak cik kantin itu.

"Hutang dulu boleh tak mak cik? Saya lapar...  duit tak cukup nak beli. "

"Tak! Letak balik mee ni, kalau duit kamu dah cukup nak beli baru kamu datang balik. Maaflah ni bukan pajak gadai"

Sufia buat muka murung dan kemudian dia duduk di atas kerusi kayu kantin itu dengan tidak makan. Dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli makanan di kantin tersebut. Harga makanan di kantin sekolahnya mahal-mahal tidak sama seperti di sekolah lamanya dulu. Maklum sajalah, bila tinggal di Kuala Lumpur. Beginilah keadaannya.

Cikgu Arman yang baru tiba di kantin ternampak anak muridnya Sufia sedang sibuk  menulis. Dia dapat agak yang Sufia sedang buat tugasan yang diberikan olehnya. Cikgu Arman perhatikan  Sufia seperti sedang menahan lapar kerana Sufia asyik pegang perutnya.

Cikgu Arman datang dekat dengan Sufia seraya bertanya
"Kamu tak makan ke?"

Sufia yang sedang menulis di atas buku kertas pandang cikgunya kemudian dia tunduk ke bawah dan menggelengkan kepalanya menidakkan pertanyaan cikgunya itu.

Cikgu Arman memberi Sufia sekeping not berjumlah lima ringgit kepada Sufia namun Sufia enggan menerima wang pemberian dari cikgunya itu. Kerana Sufia teringat pesan arwah ibunya, jangan terima wang dari sesiapapun. Usahalah sendiri.

"Saya tak lapar. Terima kasih. " bohong Sufia yang sebenarnya memang benar-benar lapar. Perutnya berkeroncong hebat bagai nak rak. Itu salah satu punca juga kenapa Sufia tidak dapat menumpukan perhatian semasa cikgu Arman sedang mengajar di dalam kelas tadi.

"Ambil lah saya bagi ikhlas. Pergi beli makanan. Kerja yang saya bagi tadi buat dekat rumah.  " cikgu Arman paksa juga supaya Sufia terima wang pemberiannya. Cikgu Arman tahu Sufia pelajar yang kurang berkemampuan namun dari segi pelajaran, Sufialah yang jaguhnya.

Sufia ambil wang yang cikgu Arman hulurkan kepadanya dengan senyum yang terlakar di bibirnya serta perasaan yang gembira.

"Terima kasih cikgu. " ucap terima kasih Sufia kepada cikgunya kemudian Sufia pergi beli mee goreng dan air anggur.

------------------------------------------------------

Malam itu, Sufia gosok baju kurung sekolahnya dan susun buku. Sesudah itu, Sufia sambung kembali buat tugasan yang diberikan oleh cikgu Arman, hingga larut malam.

Sufia mengerling jam di dinding menunjukkan pukul tepat tiga pagi. Lagi dua jam Sufia harus berangkat ke sekolah.  Berkali-kali Sufia menguap dan menggosokkan matanya yang kuyu.  Sufia sanggup bersengkang mata untuk menghabiskan kerjanya kerana ia perlu dihantar kepada cikgu Arman besok pagi juga walaupun hampir Sufia terlelap namun dia tahan juga. Walaupun matanya amat mengantuk. Kerja yang cikgu Arman berikan kepadanya sudah hampir selesai.

"Along... angah... acik rindu. " kata Sufia sendiri yang sungguh merindui abang-abangnya yang sibuk mencari rezeki di kota lain sambil ia menggosokkan matanya yang kian mengantuk. Hanya setiap sebulan pada hujung minggu, Syed dan Haqiem pulang ke rumah itu. Sufia rasa sunyi duduk sendiri dalam rumahnya itu.

-----------------------------------------------------

"Agaknya macam mana dengan keadaan acik ye di sana?" Tanya Syed betapa gusar dia memikirkan keadaan aciknya pada Haqiem. Yang sesungguhnya dia di sini terlalu merindui aciknya di sana.

Waktu itu, mereka berdua baru sahaja selesai bekerja sebagai pelayan restoran  dan   selesai solat Isyak. Alhamdulillah, mereka dapat wang ringgit yang cukup memadai untuk mencari sesuap nasi.

"Entah. Harap-harap acik ok lah tu. " jawab Haqiem sambil mengikat tali kasut.

"Bila masa pula kau beli telefon ni?" Tanya Haqiem yang hairan terlihat Syed memegang bungkusan plastik yang mengandungi telefon bimbit biasa baru. Dia ada wang lebih ketika itu.

"Aku belikan untuk acik tadi. Supaya mudah kita nak contact dia nanti."  Syed fikirkan bila dia balik ke KL nanti dia hendak hadiahkan telefon bimbit tersebut kepada aciknya, Sufia nanti.

Hanya Sufia seorang saja yang tidak mempunyai telefon bimbit. Itu sebab Syed mahu hadiahkan kepada aciknya supaya mudah untuk mereka contact bila harus berjauhan. Tidaklah Syed berasa gusar selalu memikirkan tentang aciknya yang harus tinggal sendirian apabila mendengar suara aciknya di hujung corong telefon.

Syed dan Haqiem memutuskan supaya mereka berdua menginap di hotel bajet selama satu malam pada malam itu. Mereka berdua meniggalkan masjid dan pergi mencari hotel bajet berhampiran kerana hari sudah pun larut malam.

Tidak lama kemudian, mereka tiba di hotel bajet. Terus Syed dan Haqiem check in hotel.

DALAM BILIK HOTEL BAJET

"Huh! Leganya dapat baring..." kata Haqiem sambil menghempaskan badannya ke atas katil bujang. Haqiem rasa penat sangat kerana seharian suntuk mereka berdua berjalan mencari nafkah.

Manakala Syed pula terus terlelap apabila dia berbaring di atas katil bersebelahan dengan Haqiem. Hanya sekejap sahaja, Syed terlelap, dia mimpikan aciknya dalam keadaan sembilu dan terlalu sedih merinduinya.

Syed meracau-racau memanggil nama aciknya hingga Haqiem yang sedang sibuk bermain game di telefon pintarnya terkejut apabila mendengar suara alongnya meracau-racau memanggil nama acik.

"Along... along... bangun Long... kau mimpi ni. " Haqiem menggoncang kuat badan Syed hingga Syed terjaga dari mimpinya.

"Astaghfirullah... Ya Allah... " Syed beristighfar apabila dia terjaga dari mimpi.

Syed meraup wajahnya. Dia rasa tidak tenteram dengan mimpinya yang baru saja dialaminya sebentar tadi. Terasa seakan benar-benar nyata meskipun ianya cuma sebentar dan sekadar mainan tidur.

"Aku mimpikan acik. " jelas Syed pada Haqiem.

"Mimpi tu mainan tidur je Long. InshaAllah, acik tak apa-apa.  Aku tidur dulu. " Haqiem perlu tidur kerana keesokan harinya dia perlu bangun awal pagi. Kerana matanya begitu mengantuk.

------------------------------------------------------

Keesokan paginya, setelah Sufia membersihkan diri dan siapkan dirinya berpakaian seragam sekolah dengan rapi, Sufia berangkat ke sekolah. Sesampai saja Sufia di sekolah, Sufia mempercepatkan langkah ke bilik guru di tingkat atas untuk menghantarkan tugasan kepada cukgu Arman.

Sufia tercari-cari meja cikgu Arman kemudian dia ternampak cikgu Arman yang sepertinya baru sahaja tiba di tempatnya. Sufia pun mendapatkan cikgu Arman.

"Assalamualaikum Selamat pagi cikgu. Ni kerja yang cikgu bagi pada saya semalam. Saya dah siap. " kata Sufia dengan nada yang hormat pada cikgunya itu.

"Wa alaikumsalam. Hmm..." cikgu Arman ambil buku latihan berwarna coklat di tangan Sufia kemudian dia memeriksa samada betul atau tidak Sufia sudah siap. Cikgu Arman tersenyum apabila Sufia sudah siap apa yang disuruhnya. Memang cekap.

"Bagus. Saya denda kamu begini sebagai satu pengajaran supaya ia lekat di otak kamu. Bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Faham?"

"Faham cikgu. Saya minta maaf atas kesilapan saya. Saya tahu saya bersalah. " kata Sufia meminta maaf kepada cikgu Arman. Dan mengakui kesalahannya.

"Cikgu maafkan kamu. Cikgu tahu kamu ada masalah. Tapi jangan disebabkan masalah yang rumit kamu rasa jatuh. Kamu kena teruskan hidup" Hujah cikgu Arman memberi kata semangat kepada Sufia. Dia memaafkan kesalahan Sufia kerana ia tidak mahu lama-lama marah Sufia.

"Masa depan kamu cerah tahu tak Sufia. Rugi kalau kamu sia-siakan je peluang ni. Dan jangan terus tenggelam dalam kegelapan.   Kamu boleh melangkah lebih jauh lagi. Mana tahu, InshaAllah cikgu yakin kamu boleh sampai ke menara gading. " kata cikgu Arman lagi.

"Baik cikgu, saya minta diri dulu. " Sufia ingin beredar dari situ. Cikgu Arman pandang Sufia hingga Sufia hilang dari pandangan matanya.

****

Ketika Sufia sedang berehat di dalam bilik tidurnya, Sufia langsung tidak sedar yang rumahnya dipecah masuk pencuri. Pencuri itu mahu merompak barang berharga dalam rumah Sufia. Perlahan pencuri itu menyeludup masuk ke dalam bilik Sufia hingga pencuri itu temui Sufia yang terbaring lemah di atas katil.

Seraya pencuri itu menghunuskan parang tajam tepat ke tengkuk leher Sufia membuatkan Sufia yang tidak terdaya itu takut. Bila-bila masa saja pencuri itu akan kelar leher Sufia jika dia bertindak agresif. Tidak semena-mena Sufia mati di situ jika dia melawan.  Tetapi pencuri itu tahu yang Sufia tidak mampu untuk melawan mereka kerana pada ketika itu, badan Sufia sangat lemah.

"Bagi aku duit!!! Mana?!!" Gesa pencuri itu kepada Sufia yang semakin takut.

Dengan tangannya yang terketar-ketar, Sufia menunjukkan ke arah almari yang terdapat barang berharga di situ. Pencuri yang lain menggeledah almari baju Sufia dan ambil wang serta rantai emas peninggalan arwah ibunya.

Sebelum perompak itu meninggalkan rumah Sufia,  pencuri itu melekatkan pita pelekat pada bibir Sufia dan mengikatkan pergelangan tangan Sufia hingga simpul mati agar sufia tidak dapat lepaskan diri. Sufia menangis begitu deras air matanya. Dirinya diselubungi rasa sungguh takut dan teramat sangat lemah.

Apabila pencuri itu berpuas hati dengan apa yang mereka dapat, mereka terus berambus dari rumah Sufia. Habis rumah Sufia berselerakan di ruang tamu srta bilik tidurnya habis digeledah perompak itu.

--------

Pada malam itu, Tasya pergi ke rumah kawan baiknya, Sufia bersama dengan cikgu Arman. Cikgu Arman ingin mengetahui sendiri apa sebabnya anak muridnya itu tidak hadir ke sekolah sudah dua hari.

"assalamualaikum Fia, aku datang ni. Cikgu Arman pun datang nak jenguk kau. " laung  Tasya.

Bila Sufia tidak sahut panggilannya, Tasya terus masuk  ke dalam rumah Sufia dengan mudah kerana tidak berkunci.

"La ... tak kunci rumah? Buatnya perompak pecah masuk. Kan bahaya tu. " omel cikgu Arman kerana Sufia tidak menjaga rumahnya dan keselamatan diri.

Tasya dan juga cikgu Arman tercari-cari kelibat Sufia. Mereka terlihat rumah Sufia berselerak sepertinya digeledah.

hingga Tasya yang menemui Sufia terbaring lemah di atas katil dalam bilik tidur Sufia dalam keadaan Sufia berikat di atas katil Terus Tasya masuk ke dalam bilik tidur Sufia apabila dari muka pintu Tasya terlihat Sufia terbaring lemah. Diikuti dengan cikgu Arman. Mereka sungguh terkejut apabila melihat Sufia dalam keadaan berikat.

"Astaghfirullah Fia!!!" Seraya Tasya cuba meleraikan ikatan tali yang diikat di pergelangan tangan Sufia manakala cikgu Arman menyentap pita pelekat yang bertampal pada bibir Sufia.
Tasya sukar untuk meleraikan tali ikatan yang diikat pada pergelangan tangan Sufia kerana ia terlalu ikat simpul mati. Cikgu Arman mengeluarkan pisau kecil yang sentiasa disimpan di dalam kocek seluarnya kemudian dia meleraikan tali ikatan itu dengan mudah. Tangan Sufia sudah bebas.

Cikgu Arman bertindak menghubungi ambulans.

Tasya pula cuba menenangkan diri Sufia yang dalam keadaan trauma yang teramat sangat. Tasya sedih melihat kawan baiknya ditimpa musibah. 

-------------------

Di hospital dalam WAD Sufia, Tasya cuba menghubungi nombor telefon abang-abang Sufia, Syed dan Haqiem untuk memaklumkan kepada mereka berdua. Akhirnya Tasya dapat menelefon angah Sufia, Haqiem. Segera Tasya beritahunya. 

Cikgu Arman yang melihat Sufia berbaring lemah berasa sungguh simpati dengan apa yang berlaku pada  Sufia. Baru kali ini cikgu Arman melihat sendiri keadaan anak muridnya yang sebenar. Sebelum ini, dia cuma dengar cakap orang tentang Sufia.

----------------

Haqiem dan Syed ingin pulang  KL apabila mendapat tahu berita buruk dari Tasya, kawan baik Sufia. Mereka berdua terpaksa balik ke KL sekarang juga sewaktu sedang bekerja.

Haqiem dan Syed tidak fikir apa dah waktu mereka dalam perjalanan pulang ke KL. Yang hanya difikirkan oleh mereka berdua bagaimana keadaan aciknya itu.

Beberapa jam perjalanan akhirnya mereka tiba di KL dan terus Haqiem dan Syed menaiki teksi untuk langsung ke hospital. Langsung mereka tidak peduli penat lelah.

Sesampai saja Syed dan Haqiem di hospital, mereka terus menaiki lif dan tekan butang ke tingkat empat.

Seraya Syed mendapatkan acik nya yang sudah berbaring lemah. Ada paket air yang bergantung.

"Acik... acik bangun acik... " kedua tangan Syed pegang dan menggoncang tubuh lemah aciknya Sufia mengharapkan agar Sufia dengar dan tahu kepulangannya di situ. Namun Sufia tidur kerana tadi dia diberi suntikan cecair vaksin supaya Sufia dapat berehat secukupnya.

Tidak pernah Syed melihat tubuh aciknya lemah sebegitu rupa.

"Sabar. Biarkan dia berehat. " cikgu Arman cuba menenteramkan raga Syed.

Sufia tersedar dari  tidurnya apabila dia terdengar seakan suara along di sampingnya. Mata Sufia yang mamai seketika sudah jelas nampak kepulangan along di dekatnya. Seraya Sufia yang lemah itu cuba kuat dan menyambar serta  mendakap erat tubuh alongnya yang duduk di sisinya itu.

Bercucuran air mata di antara mereka. 

"Sabar ya acik. Along akan pastikan... orang yang buat acik macam ni, akan kena balasan setimpal. Lagi bagus, humban dia dalam neraka. " kata Syed menahan sabar.

Jika diikutkan hati yang panas ini, dia mahu sahaja cari orang yang menganiayai adik perempuannya itu hingga Sufia derita, sampai ke lubang cacing sekarang juga!

Sufia menangis teresak dalam dakapan alongnya itu. Meskipun dia diselaputi rasa trauma yang sangat takut, namun sesungguhnya, bila dia di dalam dakapan hangat alongnya itu, Sufia berasa sungguh nyaman.

"Along dengan angah, jangan tinggalkan acik lagi. " tutur kata Sufia berserta sendu yang tidak dapat dibendung lagi.

Haqiem pula cuba pujuk Sufia yang menangis teresak supaya ia bertenang.

"Tak sayang. Along takkan tinggalkan acik sendiri lagi. Along akan sentiasa ada di sisi acik. " kata Syed kemudian dia kucup anak rambut Sufia dengan penuh kasih sayang. Tidak diduga langsung oleh Syed yang adik perempuannya itu dianiaya sebegitu rupa.

---------

Nampaknya Syed dan Haqiem terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk bekerja di Melaka. Mereka harus teruskan kerja di Kuala Lumpur juga. Dengan keadaan Sufia yang tidak boleh tinggal berseorangan, Syed harus berusaha mencari kerja di sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience