Kehidupan seharian tiga beradik itu sangatlah padat. Sufia harus ke sekolah manakala Syed sibuk berniaga di gerai burgernya di bandaraya Kuala Lumpur. Dan Haqiem pula, sibuk bekerja di bengkel. Haqiem berusaha bersungguh dan berdikari sendiri untuk cari wang lebih untuk membantu alongnya membiayai kos sara hidup mereka tiga beradik.
Pada suatu hari, gerai burger Syed dan rakan baiknya ditimpa masalah. Ada yang iri hati dengan mereka berdua kerana gerai burger Syed dan Megat sering menjadi tumpuan pelanggan.
Apabila Syed dan Megat baru sahaja tiba dan mereka ingin membuka gerai burgernya, terlihat gerai burgernya sudah terbakar. Waktu itu Syed dan Megat sangatlah cemas dan bergegas cuba memadamkan kebakaran di gerai burgernya nasib baik mereka boleh kawal api yang marak. Tak perlu panggil bomba untuk padamkan api. Habis gerai burger mereka rentung dijilat api.
Syed terduduk kesal manakala Megat berang.
"Ini mesti ada yang iri hati dengan kita Syed!!" Kata Megat dengan penuh rasa marah.
"Aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi. " kata Syed mengeluh berat. Kemudian dia ingin pulang ke rumah tiada malas nak fikirkan tentang perkara itu lagi. Rasa sudah patah semangat.
Tidak lama kemudian, Syed tiba di rumah sebelum pukul sebelas malam. Biasanya selepas pukul sebelas dia akan balik ke rumah, namun tetapi kali ini sebelum pukul sebelas dia sudah balik. Ia menimbulkan rasa sangsi kepada adik-adiknya, Haqiem dan Sufia yang sedang sama-sama menonton televisyen drama Melayu bersiri TV3.
"Awalnya along balik?" Tanya Sufia melihat alongnya sudah pulang pada jam sepuluh lima belas minit. Syed duduk bersama dengan mereka berdua di sofa ruang tamu itu penuh dengan rasa kusut.
Sufia dan Haqiem jelas nampak sepertinya along ada masalah. Mereka boleh baca fikiran Syed.
"Kau ada masalah ke Long?" Tanya Haqiem pula.
Syed hanya diam membisu ketika dua beradik itu bertanya kepadanya. Kemudian baru dia jawab pertanyaan adik-adiknya itu.
"Gerai burger aku dengan Megat kena bakar. " jelas Syed mendatar. Tiada senyuman langsung nampak di bibirnya.
"Hah?! Ya Allah siapa yang kejam sangat tu?" Sufia terperanjat apabila mendengar alongnya berkata begitu serentak dengan Haqiem.
Syed beredar dari situ dan kemudian dia masuk ke dalam bilik tidur mahu merehatkan diri yang terlalu kepenatan.
"Kesian along. Siapalah yang tergamak buat along macam ni?" Omel Sufia yang kasihan melihat alongnya ditimpa masalah.
"Adalah tu yang iri hati dengan along." Kata Haqiem pula.
"Ni ... kau tak tidur ke? Besok nak sekolah kan?" Tanya Haqiem kerana jam sekarang menunjukkan pukul sepuluh tiga puluh malam.
"Yelah. Selamat malam. " Sufia pula beredar dari situ dan ingin tidur kerana besok pagi dia perlu ke sekolah.
Ketika Sufia di sekolah, Syed dan Haqiem membincangkan sesuatu di rumah berkenaan dengan sara hidup mereka sampaikan hari ini, Syed meminta supaya Haqiem tidak pergi ke bengkel hari ini. Nampaknya serius benar Syed membincangkan isu ini.
"Aku cadangkan nak merantau ke Melaka untuk dapatkan nafkah yang lebih baik. Kau ikut aku. " kata Syed kerana dia tahu di situ banyak kerja kosong yang mudah untuk didapati. Gerai burgernya dibakar, susah untuk Syed mahu mencari nafkah lagi. Kemudian dia mahu Haqiem ikutinya mencari nafkah sekali.
"Habis, acik macam mana? Dia sekolah lagi kan? Takkan kita nak tinggalkan dia sorang kat sini? Agak-agaklah Long. " Tanya Haqiem yang tidak berapa setuju dengan cadangan Syed.
"Dia boleh berdikari sendiri, lagi pun ada mak su kat sini yang boleh tolong tengok-tengokkan acik. Janganlah risau sangat. "
"Mak su bukan selalu ada di Malaysia ni. Dia kan selalu ikut suami dia merantau ke negara orang. " terang Haqiem.
Dia memutuskan supaya cari kerja lain. Dan bila Syed sudah dapat nafkah yang secukupnya, Syed ingin membina semula gerai burgernya yang habis rentung dijilat api dengan mencari rezeki lain dulu.
------------------------------------------------
Apabila dia mengetahui yang abang-abangnya itu mahu merantau ke kota untuk mencari nafkah, Sufia berasa sangat sedih kerana ia perlu berjauhan dengan angah dan alongnya itu. Sudahlah dia baru saja kehilangan ibu bapanya beberapa minggu lalu. Kali ini pula, Sufia harus berjauhan dengan mereka.
"Jaga diri baik-baik ye acik. Along tak lama. " nasihat Syed pada aciknya Sufia. Sufia mendakap erat tubuh badan alongnya sepertinya dia enggan mahu melepaskan pelukan hangat itu. Haqiem pula mengusap rambut Sufia.
"Jangan terlalu lama dekat sana. Nanti acik rindu. " kata Sufia sedih apabila angah dan alongnya mahu pergi meninggalkannya buat sementara waktu.
"Tak acik. Sekejap je. "
Teksi yang akan dinaiki oleh Syed dan Haqiem sudah menunggu mereka berdua. Mereka berdua harus bertolak sekarang. Sufia melepaskan pelukan dengan rasa berat. Air mata mengalir di pipinya. Syed mengesat air mata aciknya. Tidak mahu melihat Sufia sedih dan menangis.
"Jangan nangis. Tak cantik acik along ni". Kata Syed mengusik aciknya membuatkan Sufia tertawa kecil.
"Kami pergi dulu ya acik. Jaga diri baik-baik. " kata Haqiem dan mereka berdua, Syed dan Haqiem mahu bertolak ke destinasi.
Saat Haqiem ingin masuk ke dalam perut teksi, Haqiem sempat berpaling ke arah aciknya yang berwajah sunggul. Rasa berat hati dan sedih bila saat ini dia harus berjauhan dengan aciknya.
Menitis air mata Sufia yang mengalir di pipinya satu persatu bagaikan bening embun pagi yang menitik apabila teksi yang dinaiki oleh angah dan alongnya sudah pergi meninggalkan perkarangan rumahnya.
-----------------------------------------
Sebelum kelas bermula, cikgu Arman selaku guru kelas 4 inovatif mengambil kedatangan pelajar. Setiap seorang demi seorang cikgu Arman sebut nama untuk memeriksa kehadiran setiap pelajarnya. Bila cikgu Arman panggil nama Sufia, kelihatan Sufia tiada di dalam kelas. Tempat duduk Sufia kosong.
"Ada sesiapa tahu kenapa Sufia tak datang ke sekolah hari ni?" Tanya cikgu Arman kepada semua pelajarnya. Jarang sekali Sufia tidak hadir ke sekolah. Kecuali ada sebab tertentu. Sudah dua hari Sufia tidak hadir ke sekolah tanpa ada surat MC dari doktor. Jika besok Sufia tidak datang ke sekolah juga, dia akan dikenakan surat amaran.
Semua pelajar tidak menjawab pertanyaan cikgu Arman kerana mereka tidak tahu langsung tentang Sufia.
"Tasya, kamu tahu kan rumah Sufia di mana?" Tanya cikgu Arman pada Tasya, kawan baik Sufia.
"Tahu cikgu. "
"Rehat nanti jumpa saya di bilik guru. "
"Baik cikgu. "
-----------------------------------------------
Sufia menangis senyap kerana ia tidak terdaya hendak bangun. Dia hanya mampu terbaring di atas katil selama dua hari ini langsung tidak makan. Sudahlah dia ada gastrik. Kepalanya terasa sangat sakit tak boleh bangkit seperti badannya dihempap batu besar. Sudah dua hari dia tak makan. Badannya terasa sangat lesu dan lemah. Selalunya jika dia sakit, ada along dan angahnya yang menjaganya dengan baik, namun tetapi kali ini, tiada siapa yang boleh menjaganya.
--------------------------------------------
Akhirnya beberapa jam perjalanan, sudah pun sampai ke destinasi yang dituju Syed dan Haqiem, mereka memutuskan untuk makan tengah hari di restoran. Mereka berdua singgah di restoran yang menjual beraneka lauk pauk.
Haqiem dan Syed ambil tempat duduk setelah mengambil sepinggan nasi serta lauk ayam. Manakala Haqiem mengambil lauk ikan masak lemak cili api.
Syed membaca doa sebelum makan. Namun Syed yang ingin menyuapkan nasi ke dalam mulutnya, terjeda apabila dia teringatkan akan yang aciknya cukup suka makan ayam.
Haqiem pula tidak selera mahu makan. Haqiem menolak pinggan ke depan sikit. Tak jadi pula mahu makan apabila dia teringatkan aciknya yang tinggal sendiri di Kuala Lumpur.
"Aku rasa tak sedap hati dengan acik. Jomlah kita balik KL balik Long. "
"Buang tebiat ke apa? Kita kena cari nafkah batin untuk acik dan juga untuk kita Ngah. Janganlah mudah mengalah. " kata Syed sambil melahap nasi.
Haqiem menghembuskan nafas berat. Dia makan dengan tidak selera memikirkan keadaan aciknya.
[BERSAMBUNG]
Share this novel