CHAPTER 6

Drama Completed 1523

Akhirnya Sufia termakan juga pujukkan alongnya malam kelmarin supaya Sufia turut serta mereka bercamping dan menginap di sebuah Villa yang jauh dari orang. Wany, Haqiem dan Syed memilih Villa yang jauh dari orang adalah kerana mereka mahu spend time bersama pada usia remaja ini. Lagipun tidaklah Sufia berasa tidak enjoy bila berseronok dengan orang ramai- ramai.

"K gang! Remember jangan terlalu ingka bila masuk ke hutan ataupun menginap di Villa park nanti. Jangan cakap abang tak payung ek!" Kata Syed bergurau serta pesan kepada Haqiem, Sufia dan Wany. Sebelum memulakan perjalanan dari KL ke Port Dikson.
"Yes I am! "

??????

Akhirnya perjalanan yang memakan masa berjam-jam tiba juga di lokasi yang dituju. Naik kerutu punggung Syed akibat duduk terlalu lama.

Syed menekan pedal minyak secara mengejut membuatkan Haqiem dan Sufia terkejut dan serta merta mereka berdua bangun dari tidur tanpa perlu dikejut. Terdengar suara rengekkan Sufia kerana tidurnya yang lena terganggu. Semua orang tidur kecuali Syed kerana kini giliran ia perlu memandu setelah Haqiem memandu. Mereka menukar giliran ketika berhenti di R&R supaya tidak keletihan ketika memandu.

"Bangun bangun!! Dah sampai Villa ni!! "

Sufia sambil lewa masuk ke dalam Villa tidak tolong angkat beg dan bagasi bahkan bagasinya sendiri dibiarkan orang lain yang mengangkatnya.

"Ewah, Ewah, melenggang je acik ni... Bukan nak angkat beg dia. " Rungut Haqiem.

"Beralah la sikit Ngah kita laki laki patut angkat semua ni" Syed Beralah.

"Ahhaa. Alang alang menyeluk pekasam, tolong angkat beg2 Wany sekali ye.. Terima kasih abang-abang sekalian. " Wany juga serupa dengan Sufia.

"Ekeleh.. Bukan main lagi.. " Rungut Haqiem lagi.

"Dah, dah.. Angkat jela.. Dapat pahala tolong depa. " inilah peluang two men menunjukkan kesadoan mereka mengangkat beberapa beg dan bagasi.

Pada malam itu, mereka tidak mencadangkan mahu lakukan sebarang aktiviti advance. Mereka cuma mengadakan aktiviti memanaskan badan di hadapan unggun api di padang Villa yang cukup luas itu.

Sebentar tadi, Syed pergi mengutip batang kayu api di hutan yang terdapat di belakang Villa sebelum ia memulakan aktiviti unggun api selepas solat isyak ditunaikan.

Aktiviti unggun api

Haqiem, Sufia, Syed dan Wany berkumpul di hadapan unggun api yang mula membara bagi bertujuan menghangatkan badan ditiup angin malam kira-kira satu bulatan.

Sufia dan Wany ada menyediakan kudapan dan Haqiem dan Syed pula buat BBQ chicken ??. Mereka berempat menikmati itu.

"Apa kata tengah kita berkumpul macam ni kan, kita luahkan segala yang terpendam di benak hati kita. Ya Wany tahu, tak semua masalah yang kita nak kongsikan tapi cukup sekadar bagi jiwa kita tenang. " Wany suka memberi cadangan yang menarik perhatian.

"Aku setuju. " Haqiem menyetujui cadangan Wany.

"I think aku yang paling tua kat sini biar aku yang mula dulu. " Syed selaku orang dewasa lingkungan 30an menawarkan diri memulakannya terlebih dahulu.

Bila tiba giliran Sufia untuk meluahkan perasaannya, Sufia diam.

"Maaf. Saya masuk tidur dulu" Sufia beredar dari situ dan masuk ke dalam kamar tidur Villa itu. Dia enggan mahu meluahkan perasaannya pada sesiapapun buat masa kini.

"Wany pun nak masuk tidur dulu ye". Wany juga mahu beredar dan kini hanya tinggal lelaki, Haqiem dan Syed berdua dihadapan unggun api.

"Aku rasa acik ada pendam sesuatu la kpd kita." Syak Haqiem buat andaian.

Tiba-tiba bunyi satu das tembakkan dilepaskan ke udara membuatkan Haqiem dan Syed yang sedang berborak tentang Sufia tersentak.

"Apa ni along? Kata tempat ni selamat?" Haqiem mula rasa gusar apatahlagi Syed.

"Bukan, ada orang buru binatang kot. " Syed pun rasakan apa yang Haqiem rasakan saat ini namun dia perlu sedapkan hati agar keadaan tidak terlalu kalut.

"Masuklah" Haqiem menggesa Syed supaya lebih selamat masuk ke dalam Villa.

Dalam Villa ??

"Kenapa korang gusar je? " Soal Wany ketika ia bertembung dengan Syed dan Haqiem di ruang tamu.

"Kau tak dengar apa yang aku dengar tadi? " masakan Wany tak dengar bunyi das tembakkan dilepaskan ke udara. Bunyinnya amat kuat. Silap-silap gegar Villa dibuatnya.

"Bunyi org tembak? Aku pun dengar...terkejut aku. " Wany turut dengar.

"Org buru binatang tu.. " kata Wany lagi

"Aku rasa baik kita tidur setempat jangan berasingan dan duduk dalam berkumpulan" Cadang Haqiem.

"Hmm.. Aku kejutkan Fia. Dia dah tidur tu. "

"Tak pe biar aku angkat dia. Susah pula acik nak tidur bila dia dah jaga nanti. " Tidak sampai hati Syed mahu membangunkan Sufia yang kepenatan sudah tidur nyenyak.

"Okay. " Wany akur lalu dia mahu bentangkan tilam di ruang tamu.

?? ??

Haqiem dan Syed tidur di atas sofa manakala Sufia dan Wany tidur bersama di atas lantai bertilam. Haqiem masih bersengkang mata bermain game di iPhone nya sedangkan semua org sudah tidur. Itu memang sudah menjadi kebiasaan Haqiem bermain game di iPhone sebelum tidur hingga lewat malam.

Akhirnya Haqiem terlelap dengan iPhone nya terletak di atas dadanya.
Sejurus selepas itu, Sufia terjaga dari lenanya kerana ia terasa mahu buang air kecil. Sufia terlihat Haqiem dan Syed tidur di atas sofa manakala Wany tidur di sebelahnya.

'Bagaimana pula aku boleh tidur di ruang tamu ini sedangkan tadi aku tidur di dalam kamar? ' hati Sufia tertanya.

Sufia berasa sangat tidak tahan mahu buang air kecil dia pun segera ke bilik air. Namun, hajatnya itu terbantut dek kerana bola mata Sufia tertangkap satu kelibat yang berlegar di luar tingkap buat Sufia rasa ingin tahu.

Sufia pun mengekori kelibat itu hingga dia tidak sedar yang dia telah jauh menyusuri hutan dan tinggalkan Villa itu.

??????

Haqiem tersedar dari tidurnya apabila deringan iPhone berbunyi menandakan notification income bertalu. Dia mengeliat semahunya sungguh enak sekali bila ia dapat mengeliat. Jam dikerling pada skrin iPhone menunjukkan pukul 4:15 pagi.

Saat Haqiem berpaling pada Wany, terlihat Sufia sudah tiada di situ. Rasa bimbang Haqiem terbit di dadalagi.

"Acik? "

Sudah puas Haqiem mencari kelibat Sufia di sekitar kawasan Villa itu Namun tidak berjaya ditemukan juga. Haqiem segera kejutkan Syed.

"Along!! Bangun cepat!! Acik hilang along!! " Haqiem menggoncang badan Syed hingga Syed jaga dari tidurnya yang lena.

"Apahalnya ni?!! "

"Acik hilang!! "

Syed menggosok matanya yang mamai. Dia pandang tempat Sufia tidur. Benar kata Haqiem.

"Kau dah cari acik me belum?!! "

"Dah!! Semua tempat tapi tak jumpa juga. "

Mendengar penjelasan Haqiem, Syed mencapai kaca matanya lalu dipakai kemudian dia mencuci muka dulu sebelum mencari kelibat Sufia.

??????

Tubuh mungil gadis yang tidak sedarkan diri itu diheret hingga di tepi dinding kemudian seorang nenek tua mengikat pergelangan tangan Sufia menggunakan tali berwarna hijau pekat hingga simpul mati dan pergelangan kaki gadis, itu juga dia ikat supaya gadis itu tidak dapat larikan dirinya.

Sehelai kain putih bersih dicapai nenek tua itu lalu ia mengikat sehelai kain putih itu pada bibir Sufia agar Sufia tidak boleh teriak bila dia sedarkan diri nanti.

"Sayang cucu nenek. Jangan lari lagi ye. " ucap Nenek tua itu dan mengusap rambut Sufia yang tidak sedarkan diri itu.

P. O. V AUTHOR

Ketika Sufia sedang mengekori kelibat nenek tua yang mahu masuk ke dalam sebuah rumah yang usang tiba-tiba Sufia terjerit kuat dan dia pengsan akibat terlalu takut apabila dia ternampak satu kelibat yang cukup menggerunkan diri Sufia.

Nenek tua yang mahu masuk ke dalam rumah usangnya seraya betpaling ke belakang bila ia terdengar suara anak gadis teriak. Cari punya cari, nenek tua itu terjumpa Sufia yang pengsan di semak samun.

End P. O. V Author

"Emmpphh.. " Sufia mendesah sebaik dia sedarkan diri dari pengsan. Dan dia dapati tangan dan kakinya berikat. Dia syak yang dia diculik! Sufia meronta.

"Dah sedar cucu nenek? Tu la lain Kali jangan merayau dalam hutan ni...bahaya tahu tak? Nenek terpaksa ikat kamu takut kamu keluar lagi. Degil lagi kan cakap nenek.."

'Nenek? Bila masa warga emas ini nenek aku? Bukan ke datuk dan nenek aku sudah meninggal? Siapa pula dia ni' hati Sufia bermonolog.

Pergelangan tangan dan kakinya berikat menyebabkan batasan Sufia sukar bergerak. Dia mahu memprotes dan bertanya namun tersekat kerana mulutnya diikat dengan sehelai kain putih bersih.

Kain putih yang diikat pada bibir Sufia disingkapkan ke bawah kerana nenek tua itu mahu beri Sufia makan nasi goreng. Namun Sufia enggan makan.

"Nenek ni siapa? Kenapa nenek culik saya? " soal Sufia sedikit garang.

"Kamu cucu nenek la sayang, dah lupa nenek? "

'Cucu? '

Dan nenek tua itu memegang wajah Sufia yang banyak parut akibat disimbah asid dulu. Sufia, rasa tidak selesa.

"Saya nak balik la nek! Mesti abang saya risaukan saya tu!! Tolonglah lepaskan saya nek!! " Rayu Sufia simpati sambil meronta.

"Tak boleh sayang, kamu mesti tinggal dengan nenek disini. " Ucap nenek tua itu lalu dia mengikat kembali bibir Sufia dengan kain putih agar Sufia senyap.

"Emmmmpphhh!!! "

"Tidur ye sayang. Sayang cucu nenek. " Ucap nenek tua, itu lalu mengucup dahi Sufia.

Beberapa ketika kemudian, seorang lelaki lingkungan 20an memasuki rumah usang nenek tua itu. Lelaki itu memakai jaket dan bertopi serba hitam serta berkacamata bulat shock apabila melihat seorang gadis berikat terdapat di dalam rumah nenek tua itu.

"Zoey? Balik ni ada apa? "

Lelaki yang bernama Zoey itu tidak menjawab pertanyaan org tua itu.

"Ibu culik anak siapa ni hah? Kalau polis dapat tangkap masuk penjara ibu nanti. " mata Zoey liar memerhati Sufia yang tertidur dalam berikat.

"Dia cucu ibu la Zoey, anak kau sendiri takkan kau tak tahu? Anak kamu ni degil cakap ibu, ibu terpaksa hukum dia begini sbgai pengajaran. "

Zoey mengerutkan dahinya. Bila masa pula gadis itu anak kandungnya. Ibunya itu terlalu merindukan cucunya yang sudah meninggal dunia beberapa minggu lalu kerana sakit kanser... hinggakan sanggup culik anak org dijadikan sbgai cucunya.

[BERSAMBUNG]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience