Lapan bulan kemudian
Perut Hanis semakin membesar. Hari ini sudah masuk sembilan bulan usia kandungan perut Hanis. Malam itu, Hanis dikejarkan ke hospital kerana terasa seperti mahu bersalin.
Alhamdulillah... Hanis selamat melahirkan bayi. Jantina bayi tersebut adalah lelaki. Haqiem sungguh gembira kerana kini ia bergelar bapa. Syed dan Sufia lekas sama pergi ke hospital untuk melihat anak buah baru mereka.
DALAM WAD HOSPITAL
Begitu comel anak Haqiem dan Hanis. Syed juga tumpang gembira kerana ia peroleh anak buah yang sungguh comel.
"Subahanallah comelnya anak paksu ni... macam muka paksu dia," kata Syed perasan.
"Eh! Asal muka kau pula. Aku la. Aku ni bapa dia." Haqiem berbalah.
"Habis saya ni ibu dia?" Hanis pula mencelah.
"Apa nama anak kamu berdua? Dah bagi?"
"Aku dah plaining awal lagi. "
"Wah! Teruja sangat kau ye..."
"Mohd Irfan Haris bin Haqiem," kata Haqiem mengumumkan nama anak tunggal pertama mereka berdua. Hanis tersenyum.
"Irfan Haris... nak panggil dia Ifan ke Haris?" Tanya Syed.
"Haris... glamor sikit," ujar Hanis
"Haris...,"
Sufia pula hanya duduk di sofa ward Hanis. Sufia memandang mereka dengan pandangan yang sedih dan mendung. Dia terkilan dengan masa lalu ketika mana ibu bapanya melahirkannya sewaktu usianya masih kecil. Dia dimanjakan dengan penuh kasih sayang. Namun bila Allah menjemput ibu dan ayahnya, hati Sufia remuk malah sudah pun hancur berkecai. Tanpa disedari Sufia mengalirkan air matanya. Rasa sebak tiba-tiba.
"Acik. Kenapa duduk je situ? Tak seronok ke dapat anak buah baru?" Soal Syed bila melihat Sufia hanya duduk diam di sudut sofa. Jauh di sudut hati Sufia dia rasa dirinya di selisih bila Haqiem sudah dikurniakan cahaya mata yang pertama. Syed perasan ada air mata mengalir di pipi Sufia. Segera Sufia seka air matanya.
"Marilah acik, Haris panggil maksu dia ni. " Hanis memanggil Sufia.
"Acik nak pergi tandas sekejap," ujar Sufia minta izin lalu berlalu dari situ.
Haqiem dan Syed saling berpandangan sesama sendiri. Terkilan dengan sikap Sufia yang sejak tadi bermurung muka. Tidak riang seperti selalu.
"Sayang lapar tak? Nak abang belikan something?" Tanya Haqiem pada isterinya.
"Saya nak makan bihun sup boleh?"
"Boleh. Tunggu kejap ya. Abang belikan. "
Haqiem dan Syed sama-sama pergi ke kafeteria hospital itu. Mereka berbincang tentang sikap Sufia tadi sambil dalam perjalanan kembali ke wad Hanis sesudah membeli sebungkus bihun sup.
"Aku makin pelik tengok acik. Kejap gembira kejap sedih. Aku pun tak tahu apa yang boleh bahagiakan acik," tutur Haqiem.
"Acik masih lagi dalam kesedihan Qiem, putus tunang dengan Hafeez. Banyak orang yang dia rindu tu. Banyak hati yang acik perlu jaga sampaikan hatinya sendiri tak terjaga. " ujar Haqiem.
"...Aku cadangkan nak jodohkan acik dengan Zoey. Sebab aku pasti yang Zoey mampu merawat perasaan acik. Lagi pun dia dah tolong kita, bantu acik,"
"Tapi mereka berdua saling mencintai ke? Aku tak pernah pun tengok mereka berdua keluar dating. Jumpa pun sekadar luangkan masa"
"Tak semestinya kalau cinta keluar berdua. Bercinta selepas nikah. Dah biasa kau dengar kan kalimat tu,"
-SKIP-
Sejak kebelakangan ini, Sufia kerap pengsan. Syed bimbang dengan Sufia. Dan Sufia juga kerap dimasukkan ke dalam wad hospital. Setelah dibuat diagnosa dengan teliti, Sufia disahkan positif menghidap kanser lekumia..
Syed ingin berbincang dgn doktor tentang hal ini. Dia pergi berjumpa dengan DR. Irwan sendiri, yakni doktor pakar
"Leukemia kronik: penghasilan banyak sel darah dewasa yang tak normal. Biasanya mengambil masa beberapa bulan hingga tahun. Biasanya terjadi pada orang tua, tapi tidak mustahil pada orang muda. Selalunya dipantau untuk suatu tempoh tertentu sebelum dirawat (biasanya dengan kemoterapi dsb) untuk keberkesanan rawatan yang maksimum. Lihat komplikasi dalam leukemia kronik."
Doktor mengesahkan bahawa Sufia mengidap sakit kanser. Menurut doktor peluang untuk dia hidup sangatlah singkat. Hanya sepuluh bulan tempoh yang Sufia ada untuk hidup di muka bumi ini. Jika Sufia mahu sembuh dari sakit kanser, Sufia harus jalani rawatan kemoterapi ikut jadual yang ditetapkan oleh doktor. Nasihat doktor, keluarga Sufia harus tabah bila Sufia harus jalani rawatan kemoterapi. Apatah lagi Sufia. Harus lebih kuatkan semangat.
"Acik nak mati angah! Buat apa hidup lagi?!!"
"Acik... doktor tu bukan tuhan. Yang hanya tahu hanyalah Allah. Acik janganlah kata begini. Bawa mengucap. Tarik balik kata acik tadi,"
Haqiem peluk cium Sufia dengan penuh kasih sayang. Sufia menangis dalam dakapan hangat angahnya itu.
Mulai dari hari ini, Sufia harus jalani rawatan kemoterapi mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor. Syed mengesetkan alarm di telefon pintarnya supaya dia tidak lupa hari rawatan kemoterapi Sufia. Maksu Neldy juga sentiasa mengingatkan Sufia bila hari kemoterapi Sufia tiba.
Hari demi hari Sufia jalani rawatan kemoterapi bagi membunuh sel-sel
Kanser. Haqiem yang temankan Sufia jalani rawatan kemo tak sanggup dengar Sufia menjerit dalam bilik rawatan itu.
"S-sakit angah. K-kenapa doktor tu kejam buat acik sakit." tutur Sufia dengan air matanya berlinangan.
"Shhh.. jangan cakap macam tu. Doktor tu cuma nak rawat acik bagi acik cepat sembuh... acik nak cepat sembuh kan? " ucap lalu soal Haqiem. Haqiem rasa mahu menangis melihat Sufia kian melemah. Namun dia tahan saja air matanya dari keluar. Dia harus kuat depan adiknya yang nampak lemah.
Sufia berasa gembira kerana hari tu abang long bermalam di Villa. Tidaklah dia berasa bosan. Lepas mandi bersihkan diri, Sufia duduk di hadapan cermin. Sejurus selepas itu, Syed memasuki ke dalam bilik tidur Sufia, dan berdiri di sebelah Sufia. Haih gembira pula Syed lihat Sufia hati ini.
"Gembira semacam je acik ni... dah kenapa? Hmm?" Syed ingin tahu apakah yang menyebabkan adik bongsunya itu gembira tersenyum.
"Mestila. Sebab abang long ada. Kalau angah ada sekali lagi acik gembira... along... tolong sikatkan rambut acik boleh?" Tiba-tiba pula Sufia mahu bermanja dengan Syed. Syed hairan namun dia tidak kisah jika Sufia nak bermanja dengannya.
Lagi pula sudah lama rasanya tak berbelai manja dengan si manja aciknya itu.
Syed mengambil sikat rambut di tangan Sufia lalu Syed menyikatkan rambut panjang Sufia. Namun, rambut hitam panjang Sufia banyak gugur terselit di sikat. Syed terpilu melihat rambut panjang Sufia banyak gugur bila terus disikat. Mungkin kerana effek kemoterapi tersebut.
Tidak tahu mengapa malam itu, Haqiem dengan isterinya serta Syed berkumpul di Villa. Sufia berasa pelik melihat itu. Maksu Neldy turut ada. Meriah suasana dapur Villa. Maksu Neldy masak menu kegemaran Sufia semua terhidang di atas meja. Sufia dijemput oleh Syed turun makan malam.
Bila Sufia ke dapur untuk makan, terlihat menu kegemarannya sudah terhidang di atas meja. Sufia duduk dengan penuh tanda tanya.
"Mesti acik suka lauk ayam istimewa maksu buatkan untuk acik,"
Sesudah lauk dihidangkan, Syed baca doa sebelum makan. Dan mereka semua mula menikmati hidangan makan malam namun Sufia tidak berusik lauk yang dihidangkan kepadanya.
"Chik, kenapa tak luak makanan tu? Favorite acik tu kan?" Tanya Syed yang hairan sambil melahap nasi.
Sufia hanya tenung lauk itu. Rasa nafsu makan hilang semenjak dari tadi. Walaupun lauk kegemarannya telah terhidang di atas meja. Meskipun perutnya kini berasa sangat lapar.
Tiba-tiba Sufia agresif menepis pinggan yang berisikan nasi. Sufia tidak suka sekiranya dia dipaksa untuk makan. Semua terpaku dengan tindakan Sufia yang kurang sopan. Syed yang duduk di sebelah Sufia seraya bangun dari duduknya.
"Acik tak nak makan!! Tak faham bahasa kamu semua hah? Bodo ke!"
Semua yang ada di meja makan terkejut dengan tindakan Sufia. Terpanar juga.
Tiba-tiba Syed seraya bertindak lempang pipi kanan Sufia buat Sufia automatik terpaling kepalanya. Rasa kebas dan pedih yang dirasakan Sufia. Malu menebal juga ada. Syed rasa biadab benar perbuatan dan tingkah laku Sufia yang hilang hormat di hadapan orang yang lebih tua daripadanya.
Sufia seraya ingin meninggalkan dapur dan tangis yang tak dapat dibendung namun seraya Syed menarik pergelangan tangan Sufia kemudian Syed mengheret Sufia hingga ke bilik tidurnya. Sejak kebelakangan ini, Sufia sering emosi. Emosinya kadang-kadang tidak stabil. Kedengaran Syed menghentam Sufia boleh dengar dari bawah besitan dan suara Sufia meraung kesakitan.
"Along kalau sekali dapat hentam acik... koma dibuatnya budak tu...," ujar Haqiem kepada semua yang ada di meja makan dengan perasaan sungguh bimbang jika Syed menghentam teruk Sufia kemudian dia bergegas ke bilik tidur Sufia.
"Along kenapa kau pukul acik? Jangan lah ambil hati dengan kata acik tadi. Dia teremosi sebab effek kemo along. Kau kena faham situasi acik sekarang...along!!! Bukak pintu ni!!! " jelas Haqiem terlolong. Dia lebih memahami dan sekaligus cuba buat Syed faham situasi yang Sufia alami. Pintu bilik tidur Sufia diketuk bertalu-talu penuh dengan rasa kebimbangan. Persefahaman antara Syed dan Sufia kadang terhakis.
Lelah nafas Syed setelah sebatan demi sebatan di libas pada tubuh gadis itu. Terseksa raga Sufia. Terasa sakit sangat mencengkam juga jiwanya.
"Aku tak kira lah kau sakit ke nak mampus ke kau kena hormat pada orang lebih tua daripada kau faham tak? Jangan biadap sangat!! Aku tak pernah ajak kau kurang ajar dengan orang tua kan!?? Hah!??"
Tidak sedar Syed yang kata-katanya tadi telah mengguris perasaan dan hati Sufia hingga ia terluka. Pedih!
Haqiem yang berada di balik pintu terpanar dengan apa yang dikatakan oleh Syed. Tidak sangka along marahkan Sufia hingga dikatakan sebegitu rupa.
Setelah Haqiem berada di dalam bilik tidurnya, Sufia bertindak dia mahu keluar dari Villa itu secara senyap-senyap.
Haqiem perasan yang Sufia keluar dari Villa tersebut dari Maksu Neldy yang menelefonnya memaklumkan bahawa dia ternampak kelibat Sufia pergi entah ke mana. Haqiem cemas apabila mendengar berita tersebut. Namun Haqiem tahu Sufia pergi ke mana sekiranya Sufia dalam kesedihan mahupun kekecewaan.
Bergegas Haqiem mengambil kunci kereta dan meluncur laju pemanduan Haqiem ke arah yang dituju. Hanya perlu memakan masa yang singkat, Haqiem tiba di lokasi yang dituju. Memang tepat sekali jangkaannya.
TANAH PERKUBURAN ISLAM
Sufia duduk di tepian pusara arwah ibu dan ayahnya yang dikebumikan satu liang lahad dengan air matanya mengalir deras. Sufia menangis, meratapi hati yang telah dilukai. Tangan Sufia memegang permukaan pusara itu dengan perasaan yang sedih.
"Ibu ayah, semua orang tak sayangkan acik lagi. Acik nak ikut ibu dan ayah... mesti kat sana ada orang sayangkan acik kan? Bangun la acik rindu ibu dan ayah, " Sufia mengadu kepada arwah ibu dan ayahnya dan berharap agar suatu hari kelak, mereka akan ditemukan lagi di syurga Allah.
Langkah Haqiem terjeda buat seketika apabila dia ternampak Sufia duduk di tepian pusara. Haqiem pilu mendengar kata Sufia sebentar tadi. Kemudian dia berlari mendapatkan Sufia.
"Acik, mari kita balik ye?" Haqiem pujuk Sufia supaya pulang ke rumah.
"Tak nak!! Acik nak duduk di sini! Ibu dan ayah tunggu acik..." ucap Sufia dengan kesenduan.
"Esok acik kena kemo. Malam ni acik kena cukup tidur rehat. " Haqiem beri peringatan. Tegas sikit suara Haqiem.
"Tak!!" Sufia tetap enggan ikut kata angahnya itu.
Pujukan demi pujukan, akhirnya Haqiem berhasil melembutkan hati Sufia. Dan sebelum Haqiem bawa Sufia pulang ke Villa, mereka berdua sempat menyedekahkan Al-Fatihah buat kedua orang tuanya di tepian pusara agar mereka tenang di sana.
Di keheningan malam dibadai dengan kesepian, Sufia dihurung kemurungan. Sesungguhnya, andai waktu dulu bisa diputarkan kembali, takkan disiakan kenangan manis yg terlukis begitu indah. Sufia tertidur dengan kesedihan. Tanpa Sufia sedari, Syed perhatikan tingkah Sufia yg sedang meratapi hatinya yg dilukai. Syed perasan akan itu. Terbit rasa sesal di dasar hatinya.
??
Keesokan paginya, hari ini Sufia harus jalani rawatan kemo. Namun Sufia tidak mahu pergi buat rawatan kemoterapi. Entah kenapa. Mungkin sebab ia takut dan mungkin juga Sufia menaruh harapan yang dia tidak mahu buat rawatan kemoterapi dan sudah mulai pasrah mahu teruskan hidup. Penat. Sakit. Setiap kali selepas Sufia buat rawatan kemoterapi, Sufia berasa tersangatlah letih dan lesu sehinggakan dia mabuk tidur.
"Mana acik ni? Tak bangun lagi ke?" Soal Syed sendiri lalu pergi ke bilik tidur Sufia di tingkat atas.
Sufia tidur sangat nyenyak dan berbaring dalam keadaan posisi menirap. Syed mengusap lembut ubun kepala Sufia kemudian dia mengejutkan Sufia hingga Sufia terjaga dari tidurnya yang lena. Sufia bangkit dari baringnyq dan duduk bersila. Kemudian Sufia gosok-gosok matanya yang kabur.
"Ibu? Ayah?" seru Sufia. Pandangan mata Sufia seakan nampak kelibat arwah ibu dan ayahnya di belakang Syed. Syed terpanar dengan Sufia yang menuding jari ke arah belakangnya. Bila ditoleh, tiada apa-apa pun. Dahi Syed berkerut. Firasatnya malam tadi mungkin Sufia bermimpikan arwah ibu dan ayah.
"Siap cepat ye. Kita pergi ke hospital," Syed mengubah topik.
Baru Sufia perasan yang along berada di sampingnya. Sufia terus tarik muka. Kecil hati dengan Syed yang menghentamnya teruk malam semalam. Atau lebih tepatnya merajuk.
"Along minta maaf sebab semalam pukul acik. Ye...along sedar tak sepatutnya along pukul acik," Syed cuba memujuk dan mengambil hati Sufia kembali.
Wajah Sufia memaparkan kemendungan penuh kepiluan. Syed dapat baca dari air muka Sufia yang berubah bila diajak ke hospital.
"Acik takut la. Hari ni kita tak payah pergi ye?" Perlahan nada suara Sufia rayu tidak mahu pergi ke hospital.
"Mana boleh macam tu acik. Acik kena pergi ke hospital. Acik nak sembuh kan? Ok... along minta maaf pasal semalam. Dah... pergi mandi. Along tunggu di bawah,"
Seraya Sufia menyambar tubuh Syed kemudian dia mendakap erat tubuh sasa itu. Syed terkesima dengan tindakan Sufia. Sufia peluk Syed dengan penuh rasa sesal. Dia tahu selama ini dia banyak sakitkan hati alongnya itu. Sufia takut sekiranya selepas jalani rawatan kemoterapi, dia tidak akan dapat lihat bumi ini lagi. Dia tidak mahu pergi jumpa Tuhan dengan keadaan yang berlumuran dosa.
"Acik minta maaf sebab acik tahu along banyak kecewa dengan sikap acik. " ucap Sufia dengan bergenang air matanya rasa ingin menangis.
Sebak di dada Syed mendengar kata Sufia. Syed membalas pelukan Sufia dengan lebih erat.
"Dah.. siap lekas. Nanti lambat pula buat rawatan kemo,"
Sufia tunduk dengan wajah yang mendung. Tubuh gadis itu kian menampakkan kekurusan. Seperti tidak bermaya. Kemudian Sufia mencapai tuala dan pergi ke bilik air.
Dalam perjalanan ke hospital, Haqiem menelefon Syed kerana hari ini dia teringat Sufia harus jalani rawatan kemo pada pukul 9:00am nanti.
"Hari ini acik kemo kan?"
"Ha ye... kenapa?"
"Aku datang sana sekejap. Bagi semangat dekat acik,"
"Ok... aku tunggu. "
"Ok assalamualaikum. "
"Waalaikumsalam"
Sufia ditempatkan di dalam wad hospital sebelum memulakan rawatan kemoterapi. Haqiem sempat juga jenguk keadaan Sufia sebelum buat rawatan kemo. Wajah Sufia murung namun bila Haqiem menyakat Sufia, Sufia tergelak.
Haqiem kuat menyakat Sufia hinggakan Sufia gelak bahak bahak. Haqiem terhibur melihat Sufia ketawa riang. Kalau boleh, dia mahu gantikan tempat Sufia. Biarlah dia yang mengalami sakit kanser ini. Jalani kemoterapi.
"Nursufia Qistina Raisha... Kita mulakan rawatan kemoterapi sekarang," jururawat masuk ke wad Sufia dengan membawa kerusi roda untuk bawa Sufia ke unit rawatan kemoterapi. Syed bantu Sufia duduk di atas kerusi roda.
"Adik abang kuat kan..., "
Sufia hanya mempamerkan senyum simpul mati pada Syed sebelum dia dibawa ke unit rawatan chemotherapy treatments.
Haqiem nampak wajah sunggul Sufia ketika Sufia dibawa ke unit rawatan kemoterapi. Sebak dadanya, luluh hatinya.
***
"Macam mana boleh koma pula Long? Tadi elok je aku bergurau dengan acik. Now tiba-tiba pula koma. " ujar Haqiem terkilan dan tidak percaya kerana terasa pagi tadi baru saja terasa ia bergurau senda dengan Sufia.
"Tadi kan acik kemo. Lepas acik kemo terus dia tak sedarkan diri. Dia tengah tenat sekarang. Doktor transfer acik ke ward ICU," ujar Syed dengan suaranya pilu dan sayu.
"Allahuakbar..." Haqiem pilu. Luluh hatinya mendengar berita tidak baik.
Syed terkilan dengan malam semalam, yang dia menghentam Sufia. Tidak sepatutnya berlaku. Dia cuba menepis amarah yang membara bila dia sakit hati. Dan dia mahu berubah tidak mahu jadi seorang panas baran.
? [BERSAMBUNG ??]
Typing Saturday, October 20
????2433 word's
Share this novel