CHAPTER 3

Drama Completed 1523

-SKIP-

Masa lalu sudah pun berlalu. Dan sekarang, Sufia sudah berumur 19 tahun manakala Haqim 23 dan Syed berumur 30 tahun. Masing-masing masih remaja dan berdarah muda lagi.

Di dalam sebuah kamar rahsia seorang gadis yang bertempat di penjuru tingkat bawah itu terdapat banyak topeng-topeng berwarna keemasan digantung rapi pada setiap dinding kamarnya itu. Topeng itu pula, pelbagai jenis bentuk reaksi muka.

Gadis itu menjadi rambang mata mahu memilih topeng untuk dipakainya hari ini. Dia pakai topeng itu ikut moodnya. Jika hari ini moodnya hepi, maka dia akan pakai topeng bereaksi gembira.

'Aahaa..yang nilah' getus Sufia gembira. Tidak tahu mengapanya hari ini gembiranya tidak terkata.

Saat Sufia sudah keluar dari kamarnya itu, dia bertembung dengan angahnya, Haqiem di ruang tamu.

"Ha acik, nak pergi mana ni? Siap dgn jaket bagai?" Soal Haqiem yang terlihat Sufia mahu keluar. Jarang benar Haqiem melihat adik perempuannya itu mahu keluar saja-saja untuk suka-suka. Entah mengapa pula hari ini tiba-tiba gadis itu mahu keluar.

Sufia menepuk dahinya kerna baru saat ini dia teringat akan sesuatu perkara yang mahu disampaikannya pada Syed dan Haqiem sewaktu makan malam semalam. Gara-gara dirinya terlalu cepat letih dan mengantuk, dia langsung alpa mahu memberitahu.

"Aduh..acik lupa nak bagitahu yang acik dah dapat kerja. " Maklum Sufia dengan gembira.

Mulut Haqiem terlopong lalu berkata dan sungguh dia tidak percaya.

"betul ke ni acik? Boleh ke kau kerja..berhadapan dengan org bagai? Dengan keadaan kau macam ni..angah tak jaminlah keselamatan kau. Nampak gayanya angah kena pasang pegawal peribadi lah buat acik. "

"Heish angah ni.. tak perlulah sampai mcm tu. Dekat-dekat sini je. "

"Acik kerja apa?"

"Mama Wany, semalam masa acik lepak dgn Wany, dia tawar acik satu pekerjaan paking2 kerepek dekat kedai kerepek dia depan masjid tu. Dia nak pakai org katanya. "

"Ya allah acik.. aku gembira tau tengok kau hepi macam ni. Boleh hadap dunia luar. " Ucap Haqiem turut sama gembira.

"Terima kasih angah. Tolong beritahu abang long ye. Achik kena gerak ni takut lewat first day work. " Sufia menyalami tangan Haqiem sebelum ia beredar dari rumah itu.

Haqiem mengusap kepala adiknya itu dengan penuh rasa kasih "kerja leklok tau. " Pesannya pada Sufia.

"Ok angah ?? . Acik pegi dulu ya. " Ucap Sufia memakai topeng dan beredar dari sini.

"Hati-hati di jalan acik.."

***

Tempat kerja baru Sufia itu tidak jauh dari rumahnya. Dia hanya perlu berjalan kaki untuk menuju ke situ dan dia perlu melalui lorong belakang untuk tiba di kedai kerepek Mak Wan milik ibu Wany berhadapan dengan masjid. Sufia melangkah dengan tabah dan semangat.

Namun tiba-tiba tiga orang lelaki datang dekat dengan Sufia di lorong itu lalu mereka mengepung laluan Sufia. Sufia terperangkap.

"Kau nak apa hah?" Soal Sufia garang Nada suaranya kurang jelas di balik topeng itu namun boleh didengari.

"Hai cik gadis manis. Wahh dia pakai topeng arr..dah macam Encik Mimpi lah pula kan weii..hahaha.." Kata lelaki itu mengejek dan mengganggu Sufia lalu ia pegang-pegang Sufia membuatkan Sufia rasa tidak nyaman.

"Pergila!! Aku jerit karang!!" Sufia jerit lantang.

"Uishh takutnye I..hahaha.. aku pantangla tgk org pakai topeng ni mesti cantik kan??" Lelaki itu mahu membuka topeng yang dipakai Sufia namun segera Sufia menepis tangan lelaki itu.

"Ganas.. ni yg aku suka ni..hahaha"

"Korang ni tak habis-habis nak ganggu org ni apahal hah? Baik korg belah sebelum aku belasah kamu semua. " Tiba-tiba ada seorg lelaki datang menyelamatkan Sufia yang memerlukan bantuan.

Seraya Sufia berlindung di belakang lelaki yang melindunginya dengan rasa takut.

"Ekeleh mamat ni tiba2 muncul jadi hero pulak..kau ingatkan ni drama ke!"

Tanpa perlu berkata, lelaki yang menyelamatkan Sufia itu mula membelasah ketiga-tiga lelaki yang mengganggu Sufia. Mereka pun mula takut dengan lelaki yang menyelamatkan Sufia kerna sakit amat bila lelaki yg menyelamatkan Sufia itu
kemudian mereka lintang pukang meninggalkan kawasan itu sebelum lelaki itu membelasah mereka dengan lebih teruk.

Lelaki itu berpaling ke belakang pada Sufia.

"Awak ok?" Soal lelaki itu bimbang dan memastikan Sufia tidak apa-apa.

Tanpa pedulikan lelaki itu, Sufia seraya pergi dari situ. Sebenarnya Sufia mahu mengucapkan terima kasih pada lelaki yg menolongnya tadi namun akibat dirinya terlalu takut dan terkejut, Sufia terus lari meninggalkan lelaki itu. Lelaki itu tidak sempat mahu bertanyakan pada Sufia. Dia meraup anak rambutnya.

[BERSAMBUNG]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience