-FINALLY -
Satu das tembakkan dilepaskan ke udara bila mana Hafeez dipalaukan. Hafeez menggila di hadapan Villa Sufia dan Syed. Syed dan Hanis tidak tenteram apabila Hafeez mula bertindak menggila. Apatahlagi Sufia. Bimbang saja akan ada berlaku pertumpahan darah di Villa itu. Syed mahu pergi berhadapan dengan Hafeez meskipun dia tahu nyawanya akan melayang sekiranya dia menindas dn bertarung dengan Hafeez. Hafeez mempunyai senjata api sedangkan dia bertangan kosong. Tidak mempunyai sebarang senjata.
"Long, bahayalah. Biarkan je org gila tu. " kak ngah, yakni Hanis menghalang Syed.
"Biarkan? Nanti tah apa jadi keluarga kita. Langkah mayat aku dulu sebelum dia berani sentuh acik lagi. " ujar Syed berang.
"Along... " Syed tidak pedulikan panggilan Sufia malah dia terus memajukan dirinya. Bukan sengaja tempah maut namun demi melindungi Sufia dn keselamatan keluarga allahyarham Abdul Rahman dn allahyarhammah Asiah Zaidah.
Sufia ditembusi rasa resah.
Sementara Syed berhadapan dengan Hafeez, Hanis menghubungi polis.
"Kau nak apa lagi hah?! Tak cukup ke buat adik aku derita! Terseksa kerana cinta dusta kau Feez!! " tengking Syed sehingga terkeluar anak tekaknya.
"Aku bermimpi sesuatu yg buruk berkaitan Fia!! Lebih baik aku lindungi dia sebelum mimpi ngeri aku benar-benar ternyata !!" terang Hafeez tinggi suara. Dia terlalu percayakan mimpi ngeri yg dimimpinya malam tadi ianya berkaitan Sufia.
"Apa aku peduli!! Kau bertuhankan mimpi kau sampaikan sifat kau jatuhnya hukum syirik!. Aku ni along dia! Aku punya tanggungjawab lindungi dia!"
Hafeez melepaskan pula tumpukan ke pipi kiri Syed membuat Syed tertoleh ke tepi. Jika diikutkan hati iblisnya suatu ketika dahulu, sudah lama Hafeez dibunuhnya.
Seketika kemudian, sirens polis kedengaran di sekitar Villa terlihat sebuah kereta polis tiba di hadapan Villa Sufia dan Syed. tanpa diberi sebarang arahan, seorang anggota pegawai polis terus menggari tangan Hafeez dengan kasar.
"Kau tunggu sial!! Aku takkan lepaskan Fia!! " ugut Hafez kemudian Hafeez diheret masuk ke dalam perut kereta pegawai polis. Syed perhatikan kereta polis yg meninggalkan perkarangan Villa hingga hilang dari pandangannya.
Sejurus selepas itu, Sufia dan Hanis mendapatkan Syed setelah keadaan yg kalut tadi reda. Terlihat tepi bibir Syed sedikit luka.
"Ya Allah along luka ni.. Mari acik tuamkan luka along. "
***
Kesihatan Sufia kembali merosot semenjak kebelakangan ini. Selepas Sufia buat medical check up, sakit kanser barah otak, Sufia kelihatan tidak begitu memberansangkan mahu memulih. Justeru itu, Syed mengawal ketat pemakanan Sufia dan Syed sudah siap aturkan jadual menu yg Sufia harus ikut.
Rambut Sufia sudah mulai mahu membotak. Sufia harus memakai scarf ataupun rambut palsu untuk menutupkan kepalanya yg semakin membotak. Simtom kesan barah otak makin ketara.
***
"Aaaa sa-sakit!!!" Jerit Sufia kesakitan saat pak sunya menghentam teruk tubuh badan di bahagian belakang badannya di besit dengan tali pinggang. Beserta air mata yang bercucuran di pipinya. Sufia yang tidak larat itu seperti kehilangan nyawa. Tersangatlah lemah. Dia cuba untuk kuat.
"Perangai macam haram jadah!!! Dasar anak tak sedar diri!! Pergi mampus lah kau!!!" Hambar pak sunya dengan sakit hati kerana Sufia bersikap biadap dengannya. Pak sunya tidak tahu dan mengerti, bahawa Sufia bersikap begitu semenjak kebelakangan ini adalah kerana efek kemoterapi. Kadangkala Sufia sendiri tidak sedar apa yang telah diperkatakannya.
"Abang cukup!! Tak baik seksa anak yatim Bang!!" Neldy cuba redakan suaminya.
"Berambus kau dari rumah aku!!!" Hisyam, pak su Sufia mengheret Sufia yang lelah pula ke muka pintu ruang tamu dengan kasar.
"A-ampunkan acik pak su," rayu Sufia dengan nada simpati. Rayuan Sufia sama sekali tidak dipedulikan. Bahkan dia terus mengheret Sufia. Sedangkan dia tahu bahawa menyeksa anak yatim adalah satu dosa yang besar dan sangat di murka Allah.
Sufia diusir dari rumah Neldy kerana Hisyam, suami kepada Neldy tidak suka dengan sikap biadab Sufia padanya. Sufia berasa serba salah atas kesilapannya yang tidak disedari.
Neldy bertindak menelefon Syed untuk memberitahu kepadanya. Neldy berasa tidak sedap hati terhadap Sufia.
"Assalamualaikum along"
"Waalaikumsalam mak su, ada apa call along ni?"
"Acik... along tolong carikan acik. Mak su risau sangat. "
"Kenapa dengan acik mak su?"
"Begini... tadi pak su kamu pukul teruk adik kamu sebab acik melawan cakap pak su kamu. Pak su kamu pun bengang dia pukul teruk acik. "
"Allahuakbar... takpe along pergi carikan acik. "
"Tolong ye along, acik tengah demam panas tu. Mak su risau kalau acik pengsan ke ape ke... " ujar Neldy penuh rasa kebimbangan terhadap anak saudaranya itu. Takut kalau-kalau berlaku apa apa yang buruk terhadap Sufia.
Tanpa arah tuju Sufia ingin pergi. Tidak perlu lagi berasa sangsi, Sufia pergi ke pusara arwah ibu dan ayahnya. Syed tahu tempat adiknya jikalau Sufia menghilangkan diri dan sedang kecewa dengan sakit hati.
Sedang Syed mengendalikan kereta Honda nya di serata bandar KL sambil matanya tercari-cari kelibat Sufia, tiba-tiba mata Syed tertangkap kelibat aciknya yang sedang duduk berteduh di perhentian bas dengan keadaan yang basah kuyup.
Dengan segera Syed memberhentikan keretanya di tepian jalan dan keluar dari kenderaan kemudian dia mendapatkan Sufia yang sudah tersandar lemah di tiang perhentian bas itu.
"Ya Allah acik... kenapa ni? Mari kita balik..." Soal Syed yang terlihat raut wajah Sufia sudah pucat lesi seakan-akan sesak nafas. Pernafasan Sufia terasa berat dan tidak bagus saat itu kerana dirinya basah lencun kesejukan. Kemudian Syed papah adiknya itu dan segera bawa Sufia masuk ke dalam perut keretanya.
DALAM PERJALANAN PULANG KE VILLA...
"Acik tak tahu kenapa acik banyak sakitkan hati orang. " kata Sufia dengan menggigil kesejukan. Sufia meraup mukanya yang dibasahi air hujan. Walaupun dia diberi pakai baju sejuk milik along nya oleh Syed, namun seluruh badan Sufia tetap rasa kesejukan dihembus angin malam.
Syed yang sedang mengendalikan keretanya menutupkan penghawa dingin yang berpasang kerana ia tahu waktu itu Sufia tidak boleh terlalu kesejukan.
"Tak acik... semua orang faham keadaan acik sekarang. " ujar Syed.
"Acik rasa bersalah sebab acik banyak sakitkan hati orang. Acik tak nak mati dalam keadaan berlumuran dosa. " ucap Sufia yang seakan tahu apa yang menimpa pada dirinya kelak nanti.
"Jangan cakap macam tu acik. InshaAllah acik akan sembuh seperti sediakala. " walaupun Syed tahu harapan untuk aciknya hidup amatlah tipis, namun dia cuba meyakinkan aciknya bahawa Tuhan lebih berkuasa menentukan segalanya. Kadang kuasa Yang Maha Esa berlaku dengan ajaibnya tanpa kita sedari.
Waktu itu, hujan lebat turun membasahi bumi. Ia menyukarkan Syed untuk mengendalikan keretanya dalam keadaan yang gelap. Namun Syed pandu kereta dengan berhati-hati supaya tidak berlaku kemalangan jalan raya.
***
Semenjak kebelakangan ini, perangai Sufia pelik. Sufia begitu manja dengan alongnya Syed hingga menimbulkan rasa sangsi dengan Sufia. Mahu bermanja dengan angahnya, angahnya sibuk dengan rumahtangganya pula.
Pada tengah hari itu, sedang mak su Neldy sibuk masak di dapur, Sufia yang menuruni tangga tiba-tiba pitam. Mak su Neldy yang perasan Sufia sudah terlentang tidak sedarkan diri di atas lantai, cemas dan cuba menyedarkan diri Sufia yang terkulai layu. Segera Sufia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sufia terpaksa bermalam di WAD hospital kerana antibodi Sufia amatlah lemah. Sufia diberi alat bantuan pernafasan di hidungnya. Mata Sufia ketika itu amatlah kuyu.
Haqiem serta isterinya datang berkunjung ke WAD rawatan Sufia apabila mereka mendapati bahawa Sufia harus dikejarkan ke hospital dan terpaksa ditahan di WAD. Tidak tahu berapa lama Sufia harus berkampung di situ.
Haqiem sayu hati apabila melihat keadaan adiknya yang kian melemah. Haqiem duduk di sebelah kiri Sufia kemudian dia meraih tangan adiknya itu.
"Acik... acik kena kuat tau... tak boleh lemah macam ni... hmm? Adik angah kuat kan?" Kata Haqiem pada adiknya. Sufia yang Haqiem kenal dari dulu hingga kini bukanlah seorang gadis yang lemah bahkan Sufia seorang gadis yang kuat semangat orangnya.
Mata Sufia yang bersepara sedar itu pandang tepat pada wajah Haqiem dengan pandangan mata yang kosong.
***
Bila sekali Sufia jatuh sakit harus ulang alik ke hospital, dirinya sangat lemah hingga merisaukan ahli keluarganya. Namun apabila Sufia sudah sihat dan ceria serta cergas sedikit, Sufia bersifat keriangan. Si manja Syed dan Haqiem sudah kembali bersinar.
Pada petang itu, Sufia dan Syed berbaju kasual sama warna merah sedondon bermain badminton di taman rekreasi berdekatan dengan taman perumahan mereka. Ditemani dengan Neldy. Neldy tersenyum dan tertawa melihat gelagat lucu dua beradik itu sedang bermain badminton bersama. Sungguh lucu. Kedengaran suara Sufia asyik ketawa dari tadi. Comel sungguh bila Syed perhatikan aciknya itu ketawa. Entah apalah yang mencuit hatinya. Mungkin kerana Syed pintar membuat jenaka. Neldy mengeluarkan iPhone nya kemudian Neldy merakam video dua beradik itu sedang bermain badminton.
"Huh! Penatnya... " berlari anak Sufia diiringi dengan alongnya, Syed menuju ke arah mak su mereka berdua yang menunggu mereka makan bersama setelah penat bermain badminton.
"Penat dah?" Tanya mak su Neldy pada Sufia dan Syed. Sufia hanya mengangguk sambil meneguk air dengan rakus. Sementara Syed berdiri mencekak pinggangnya sambil mengambil nafas.
Tiba-tiba biji mata Syed tertangkap satu kelibat seseorang yang cukup dikenali. Syed terlopong melihat Hafeez yang turut sama sedang berjoging di situ. Seraya Syed datang dekat sisi aciknya lalu menutup mata Sufia dengan telapak tangannya tidak membenarkan Sufia ternampak Hafeez. Kemudian Syed mendorong tubuh Sufia ke tempat letak kereta. Seperti penjahat menculik mangsanya.
"Apa ni along?!! Acik tak nampaklah!!" Pandangan mata Sufia kelam dan tidak nampak namun dia dapat merasakan dirinya didorong oleh alongnya Syed.
Syed terus sumbat Sufia masuk ke dalam perut keretanya yang berpakir di tepian jalan bagaikan menyumbat kain dalam mesen basuh.
Neldy juga pelik melihat Syed kelam kabut buat adiknya begitu. Dia ikut sahaja Syed masuk ke dalam kereta diikuti dengan Sufia.
"La... dah nak balik ke Long? Acik tak puas nak main badminton lagi. " ujar dan soal Sufia yang pelik dengan perangai pelik alongnya itu.
Syed tidak menjawab pertanyaan Sufia malahan Syed terus masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi meninggalkan taman rekreasi itu. Dia tidak mahu sekiranya Sufia ternampak Hafeez nanti dia akan tertekan.
Apa yang melucukan hati Sufia, ternyata alongnya itu mahu membawanya makan di gerai sate kajang kerana Syed memakirkan keretanya di perkarangan gerai sate kajang itu.
"Hah? La... rupanya ada udang di sebalik batu. " ujar Neldy siap ada peribahasa lagi.
Syed, Sufia dan Neldy turun dari kereta dan mereka bertiga mengambil tempat duduk di dalam gerai sate kajang itu.
"Patutlah beria heret acik rupanya along nak makan sate je? Kenapa tak cakap je tadi? tak perlulah sampai heret acik bagai. Rimas tahu tak!" ujar Sufia pula seakan merajuk dengan tindakan alongnya itu tadi.
Sebenarnya yang Sufia tidak tahu, Syed cuma nak halang Sufia daripada ternampak kelibat Hafeez di taman rekreasi itu. Namun apa yang lebih tepatnya, perutnya terasa amat lapar. Syed mengidam nak makan sate kajang. Begitu juga dengan Sufia.
"Takpe hari ni, along belanja makan sate... makanlah banyak mana pun nak." kata Syed.
Sufia dan Neldy teruja bila dengar saja Syed berkata begitu. Rezeki terpijak hari ini.
Sesudah sate yang dipesan tiba, Syed, Sufia dan Neldy menikmati hidangan sate dengan penuh berselera sekali. Dengar kata, gerai sate kajang ini menjadi tumpuan orang ramai. Memang benar kata orang, sedap betul sate ini dimakan bersama dengan kuah kacang. Serta minuman coconut shake. Memang begitu memikat selera. Sementara itu, Syed mengeluarkan iPhone nya dan dia ingin berswafoto bersama dengan aciknya dan juga mak sunya sebagai kenangan manis yang akan diabadikan dalam memori indah.
Kemudian, Syed kongsikan gambar swafoto mereka dengan Haqiem dihantar melalui aplikasi WhatsApp dengan kapsyen...
Sate kajang hari ni... ??
Typing...
Wah! Korang makan sate tak ajak aku eh?! Kejam ko Long!!??
Meh le aku lanje.
Aku sibuk.
Kau sibuk kau punya hal! ??
***
Malam ini, seperti biasa setiap hujung minggu mak su Neldy akan berkunjung ke Villa yang kini didiami oleh Sufia dn Syed. Dan, sudah semestinya Neldy masak lauk istimewa kegemaran Sufia. Sufia cukup suka makan masakkan mak su nya.
"Mak su, acik nak tambah lagi... " Sufia menghulurkan pinggan yg sudah licin dn mahu tambah lagi nasi putih. Berselera benar gadis itu menikmati hidangan makan malam.
"Degil along cakap kan!? " Syed menghalang Neldy yg ingin mencedokkan nasi untuk Sufia.
"Biarla acik tu nak tambah lagi. Mak su sengaja masak lebih lauk ayam masak merah ni untuk fia. "
"Ala, mak su masak sedap la sama macam arwah ibu masak. Acik suka..." ujar Sufia pilu.
"Tak dgar ke doktor cakap? Kesihatan acik makin merosot! " tegas Syed. Bukan apa, Syed tidak mahu kehilangan Sufia sepertimana dia kehilangan kedua ibu bapanya yg begitu dia sayangi. Cukuplah hampir saja Syed kehilangan adik bongsunya itu.
Wajah Sufia memperlihatkan kemendungan. Sejujurnya Syed sayu melihat kebangkitan nafsu makan Sufia semenjak kebelakangan ini bukan main berselera jika mak su Neldy masakkan untuknya. Bimbang saja kesihatan gadis itu bertambah merosot. Sufia akan memberontak sekiranya Syed menghalang apa yg gadis itu suka.
Sufia mencuci tangan kemudian bangun dari duduknya lalu berlalu ke kamar tidurnya tidak mahu makan lagi kerna Sufia akur atas arahan keras alongnya itu. Neldy hanya terdiam.
(Kamar tidur Sufia)
Sufia duduk di tepi balkoni kamarnya sambil bermain dengan kucing kesayangannya, Melly. Kini Sufia hanya berkawan dengan dua haiwan peliharaaan kesayangannya. Sufia sudah tidak mempunyai sahabat lagi kerna Wany sudah berhijrah ke luar negara. Wany mencapai impiannya di Amman Jordan.
Rindunya pada Wany juga membuak-buak. Sufia mengambil sebatang pen dan buku diarinya kemudian Sufia tulis surat buat Wany, sang sahabat sejati yg tidak mungkin dijumpai lagi. Sufia meluahkan segala yg terpendam di dalam benak hatinya. Tidak lupa juga buat orang yg sungguh dia sayangi dan cintai.
Sesudah itu, Sufia terkilan kenapa abang longnya menghalangnya mahu makan banyak-banyak.
"Kenapa along marah kite ye Melly. Along dah tak sayangkan kite ke? " soal Sufia kepda Meow, seekor kucing yg pendapat Sufia lebih memahami segala luahan perasaannya berbanding manusia.
"Aku maafkan kau Hafeez. Aku bukan benci kau cuma aku kecewa. Kecewa kerana kau menyakiti aku. " sufia berbicara sendirian sambil itu dia ampunkan kesalahan semua org yg pernah sakiti perasaannya. Dia sungguh yakin bahawa Allah mengujinya begini telah menjanjikan yang terindah buat dirinya suatu hari kelak.
Sufia ingin cuba habiskan sisa-sisa hidupnya di dunia ini dengan menghabiskan masanya untuk kucingnya itu. Mahu bermanja dengan keluarganya, masing-masing sibuk dengan kerja. Dia tahu hayat hidupnya tidak lama lagi.
Meow menyendeng-nyendeng di kaki Sufia membuatkan Sufia terasa geli dengan bulu kucing itu.
"Kenapa ni Melly manja semacam je dengan kite... Hmm?"
Meow...
Meow..
Meow mengiau ngiau dengan Sufia. Walaupun Sufia tak dapat memahami bahasa kucing seperti Nabi Sulaiman yang boleh mengerti bahasa haiwan, namun sesungguhnya, Sufia tahu yg Meow setia mendengar luahannya. Itu sebab Sufia lebih suka berkawan dengan Meow. Meow yg dekat dgn Sufia menatap muka lesu Sufia kemudian mata Meow perlahan berkedip. Meow berbaring dekat Sufia.
?
Tanpa disedari Sufia, alongnya Syed sudah berada di gerbang pintu. Sejujurnya Syed berasa sesal menebal di tembok hatinya kerna dia sering bersifat dingin hati dan panas baran terhadap Sufia selama ini. Dia tak mampu kawal amarahnya bila adik bongsunya itu buat silap. Syed beredar dari situ setelah pastikan Sufia tidak apa-apa.
Sufia mencapai iPhone nya kemudian dia mahu menghubungi angahnya, Haqiem. Namun bila Haqiem menjawab panggilan telefon Sufia, Sufia hanya senyap tidak bersuara. Haqiem panggil banyak kali nama Sufia namun reaksi yg sama diperdengarkan. Sufia tutup mulutnya agar Haqiem tidak terdengar sendunya. Haqiem mematikan panggilan telefon Sufia apabila Sufia tidak bersuara. Bercucuran airmata Sufia tidak mampu terungkap kata.
"Kite penatlah Melly, " sufia mengadu pada kucing kesayangannya. Tidak tahu mengapanya pada ketika itu badannya terasa sangat letih dan lesu. Dia perlu tidur. Lalu Sufia membaringkan dirinya di atas lantai kayu LAMINA ZALEDO. Berbantalkan lengan tangannya dan bertemankan Melly. Tidaklah hatinya berasa sepi meratapi kerinduan yang tidak dapat dibendung.
"Kalau kita dapat petik bintang tu kan Melly, alangkah indahnya dunia. Satu, acik petik untuk Melly, along dan angah. Tak lupa juga untuk ibu dan ayah, " Sufia mula berangan-angan terlalu jauh. Hingga dia terlelap tanpa sedari.
Jam 3:00 pagi. Sufia terjaga dari tidurnya yg lena kerana terasa perutnya sangat lapar. Berkeroncong hebat bunyinya padahal dia sudah makan sebelum tidur. Sufia pun mengaturkan langkahnya pergi ke dapur.
Kelihatan ada sangai bertutup di atas meja makan bila Sufia tiba di dapur. Ini bererti, masih ada lagi lauk tadi tidak habis disimpan bawah sangai. Sufia membuka kemudian mengalihkan sangai dn dia cepat cedok nasi serta lauk ayam masak merah. Sufia duduk. Dia baca doa sebelum makan kemudian, dia melahap nasi berlauk ayam masak merah dengan lahap. Dalam keadaan gelap lampu tidak berpasang.
Sufia yang sedang enak melahap nasi tersentak tiba-tiba lampu putih berpasang. Terlihat alongnya sudah tercegat di hadapannya. Seraya Syed pergi ke arah Sufia kemudian Syed mencengkam kasar lengan baju Sufia. Sufia mengaduh kesakitan.
"Kau tak faham bahasa ke acik?!! Aku kata jangan makan ayam tu!! Degil!! " tengking Syed dengan berwajah bengis. Marah benar Syed ketika itu kerna Sufia mengingkari larangan kerasnya. Syed menepis pinggan yg Sufia tengah makan nasi jatuh ke bawah hingga pecah berkecai pinggan kaca itu. Sufia mula takut dengan Syed, kemudian Sufia basuh tangan nya Dan segera naik anak tangga pergi ke kamar tidurnya.
"Allah..." syed meraup anak rambutnya. Syaitan mana tah yg menerjang dan menghasut dirinya supaya ia berbuat demikian.
Sufia yang berlari ke arah anak tangga tergopoh-gapah berlari menaiki tangga hingga ia masuk ke dalam bilik tidurnya. Sufia duduk di atas katil sambil memeluk lututnya. Dia berasa sangat takut dan berdosa ketika itu menerpa dirinya kerana alongnya memarahinya sebegitu rupa. Sufia membaringkan tubuhnya ke atas katil dan menangis semahunya. Hingga dia terlelap dalam kesedihan.
Syed ingin menjengah ke dalam bilik tidur Sufia kerana ia berasa amat sesal dan serba salah atas perbuatannya itu tadi terhadap aciknya. Syed terlihat Sufia sudah tidur dalam posisi lain. Syed membetulkan posisi baring Sufia dengan betul kemudian dia menyelimutkan tubuh aciknya agar tidak kesejukan. Syed melabuhkan punggungnya di sebelah kanan Sufia. Dia mengusap rambut panjang Sufia sambil ia perhatikan tenang raut wajah aciknya, Sufia yang lena tidur. Sedap matanya memandang tenang raut wajah gadis itu meskipun tidak cantik.
"Along minta maaf... along tak terniat pun nak berkasar dengan acik tadi. " ucap Syed meminta maaf kepada aciknya lalu dia mengucup lembut dahi Sufia yang sedang lena dibuai mimpi penuh dengan rasa kasih sayang buat seketika disaluti dengan rasa sesal.
________
"Allahuakbar. " Syed beristifar banyak banyak. Dia hanya terlelap sekejap kerana ia kepenatan bekerja namun dia telah dibuai satu mimpi berkait dengan Sufia. Bila difikirkan kembali, ada benar juga kata Hafeez tempoh lalu.
________
Keesokkan paginya Sufia harus pergi buat rawatan chemotherapy seperti biasa, Syed yang akan temankan Sufia dn menghantarkannya namun hari ini Syed tidak mahu temankan Sufia lagi dan biarkan mak su Neldy temankan Sufia pula. Syed seperti biasa buat kerjanya sebagai majikan di restoran miliknya. Dia mahu menyibukkan dirinya di restoran itu.
Sufia berasa muak mahu jalani kemoterapi lagi. Asyik-asyik benda yg sama dia harus buat. Sudahlah sakit, letih dan tidak sembuh-sembuh juga. Pada pagi itu, sebelum Sufia pergi ke hospital buat rawatan chemotherapy, Sufia sempat beri haiwan peliharaannya, kucing dn arnab makan. Seperti biasa waktu pagi Sufia akan menghidangkan semangkuk susu kpd Melly dan sebatang carrot buat Sizeny, arnabnya juga. Lagipula Melly, kucing betinanya bunting pada ketika itu. Sebelum dia sarapan pagi, Sufia akan pastikan kedua haiwan peliharaanya diberi makan terlebih dahulu.
"Makan sampai kenyang ye sayang". Kata Sufia kepada kucing dn arnab kesayangannya sambil membelai-belai kedua-duanya. Sufia tidak sabar-sabar mahu lihat, Melly melahirkan anak kucing yg pastinya comel.
Ruang Tamu
"Along, hari ni acik pergi kemo kan." Tanya Neldy sekaligus mengingatkan Syed.
"Ye mak su. Pukul 11:00 kejap lagi. Acik tak bangun lagi kot. Maksu tolong bawakan acik pergi kemo ye along sibuk sangat hari ni. " ujar Syed.
"Okay. " Neldy akur permintaan Syed.
Tidak tahu mengapa, Syed berasa tidak sedap hati saat ini. Seperti tidak mahu melepaskan Sufia juga ada.
Terlihat Sufia sudah bangun. Tidak perlu Neldy mengejut Sufia. Selalunya Sufia perlu dikejut namun hari ini Sufia bangun sendiri.
"Acik dah siap nak ke hospital? " Tanya Neldy pada Sufia yg sibuk membelai haiwan peliharaannya.
Sufia pandang ke arah Neldy "dah.. Boleh tak sebelum kita pergi hospital, acik nak jumpa angah. Lama tak jumpa angah. Mesti Haris dah besar kan mak su. "
"Oh ya. Acik jumpa ibu dan ayah malam tadi. Diaorg kirim salam Kat angah dn along. Mereka kata nak bawa acik pergi ke syurga ikut diaorg. Tak sabarnya acik. " sambung Sufia lagi dengan gembira hati diiringi dengan senyum manis kemudian dia masukkan Meow dan Sizeny ke dalam sangkar sebelum mahu keluar.
Neldy menghembus nafas berat. Rasa hiba di dadanya bila Sufia berkata begitu. Makin tidak enak firasat Neldy.
"Jom la mak su kita pergi jumpa angah. Acik nak bagitahu angah pasal tadi. " ajak Sufia.
"Angah sibuk sekarang. Nanti mak su call dia suruh dia datang ye.. Sekarang kita dh lambat acik." Neldy menarik tangan Sufia terus bawa Sufia masuk ke dalam keretanya. Tidak mahu membuang masa.
_________
Setibanya di pintu gerbang hospital, Sufia enggan mahu masuk ke dalam unit rawatan chemotherapy. Sufia pandang hospital itu dengan perasaan yg gerun menguasai dirinya.
"Knpa ni acik? Kita dh lewat ni.."
"T-takut. " kata Sufia sepatah. Badannya menggigil kelihatan.
"Inshaallah semuanya ok. Acik kena kuat.. Dah jom. "
Sebelum Sufia dimasukkan ke dalam, unit rawatan kemoterapi, Sufia nak sangat jumpa alongnya, Syed. Neldy mengatakan bahawa along terlalu sibuk menguruskan restorannya. Sufia meronta.
"Maksu... Along mana? Acik nak minta maaf dekat along sebab malam semalam along marah acik. Acik takut kalau along tak maafkan acik, nanti acik masuk neraka, tak dapat jumpa ibu dan ayah di syurga. Acik takut... mana along mak su!. Mak su..telefon la along.." Sufia gesa dn rayu pada mak su nya, Neldy supaya contact Syed. Dia mahu juga jumpa abang longnya sebelum dia buat rawatan chemotherapy. Neldy cuba menghubungi Syed namun gagal.
Nama Sufia dipanggil oleh nurse. Maknanya tiba masanya untuk Sufia buat rawatan chemotherapy. Sufia bermurung muka kerana dia tak sempat nak minta maaf dgn alongnya.
"A-along!! Acik nak along!! " Sufia enggan mahu ikuti nurse itu. Dia tetap mahu jumpa Syed.
Sufia dipaksa heret kasar ke bilik rawatan chemotherapy oleh beberapa orang jururawat lelaki dan perempuan. Neldy sebak melihat Sufia. Tidak lama kemudian, suara Sufia teriak kesakitan kedengaran. Neldy menangis tidak sanggup mendengar jeritan sakit Sufia.
Haqiem datang ke hospital setelah mendapat panggilan telefon dari mak su nya Neldy Haqiem terus mendapatkan mak sunya yg duduk menunggu di ruang menunggu.
"Acik macam mana mak su...kemo dia OK? " Tanya Haqiem.
Neldy menghembusksn nafas berat sebelum berkata
"Perangai acik pelik semacam semenjak kebelakangan ni. Tadi pun sama. Maksu rasa tak sedap hati. "
"Pelik macam mana mak su? "
"Tadi dia cakap kat maksu yg dia jumpa arwah ibu dan ayah malam semalam nak bawa dia ke syurga katanya. Then dia kata lagi dia nak jumpa kamu dengan anak kamu sebelum buat rawatan chemo. Maksu katala yg kamu sibuk kak ngah pula mengajar. Along juga dia nak jumpa sangat." jelas Neldy sedikit panjang.
"Angah pun rasa benda sama. Malam semalam dia ada call angah. Tapi senyap je.. "
"Maksu nak tanya, apa sbb yg along marahkan acik malam semalam? " soal Neldy.
"Angah mana tahu maksu. Angah bukan duduk sebumbung dgn along dn acik lagi. So angah tak tahula apa sebabnya. "
"Tak. Manalah tahu kalau-kalau acik ke along ada cerita pada kamu ke. "
Haqiem menggeleng kepalanya menidakkan Neldy. "Tak ade pun. Macam yg angah cakap la tadi, acik ada call angah tapi dia diam je. "
"Cepat panggilkan Dr. Zareena!!" Jururawat menggesa mana-mana pembantu jururawat Yang lain supaya panggilkan Dr. Zareena.
Tiba-tiba seorang jururawat lelaki keluar dari bilik rawatan chemotherapy Sufia, kemudian berlari pantas pergi ke tempat lain.
Haqiem dan Neldy yg sedang berbual terkejut melihat keadaan kabut yg datangnya dari bilik rawatan chemotherapy Sufia.
Beberapa saat kemudian, Dr Zareena diiringi nurse lelaki tadi bergegas ingin ke bilik rawatan chemotherapy.
"Dr. Aren, kenapa dengan acik saya? " soal Haqiem mulai tidak tenteram pada Dr. Zareena.
"Maaf saya perlu cepat. " Dr. Zareen sangat mengejar masa ketika itu.
Di dalam bilik rawatan chemotherapy Sufia, jururawat dan Dr. Zareena sangat kabut. Cuba berusaha menghidupkan detak jantung Sufia yang terhenti ketika rawatan chemotherapy dijalankan menggunakan satu alat yang berbentuk seperti seterika.
Haqiem yang berada di luar pintu bilik rawatan chemotherapy Sufia terjenguk-jenguk mengintai keadaan Sufia penuh rasa risau pabila melihat keadaan kabut itu. Diri Haqiem sangat tidak tenteram.
"Ya Allah kenapa dengan acik? " Tanya Haqiem.
"Doakan supaya acik selamat. " Saran Neldy.
"Maaf Nursufia Raisya Qistina terpaksa dipindahkan ke ICU. Jantung dia lemah dan dia kritikal. " jelas Dr. Zareena dengan wajah yang serius dan telus kerana pesakitnya semakin kritikal.
"Acik saya ada harapan untuk hidup kan dokter?" Soal Haqiem penuh dengan harapan dan bimbang jika berlaku sesuatu kepada Sufia.
"Itu saya tak pasti. Kita serah pada Allah. Banyakkan berdoa kepada Tuhan. Saya minta diri dulu. "
Haqiem pantas mengeluarkan iPhone di dalam kocek seluarnya sebaik Dr. Aren beredar dari situ kemudian Haqiem bertindak menghubungi alongnya Syed. Apa yang Haqiem rasakan saat ini, sungguh sebak di dada apabila mendengar penjelasan Dr Zareena sebentar tadi. Ada genang air mata di tubir matanya.
"Assalamualaikum along... kau kena datang ke hospital sekarang jugak! "
"Wa alaikumsalam... apahal lak? Apa yang tak kena?"
"Kau ikut jelah cakap aku... aku takut kau tak sempat nak jumpa acik je. Acik tengah tenat sekarang. Doktor pindahkan acik ke ICU baru sekejap tadi sebab Dr. Aren kata jantung acik lemah dan dia kritikal. Muka acik pucat sangat Long. " jelas Haqiem straight to the point tanpa perlu berdolak dalik. Sambil matanya mengerling ke arah acik nya yang semakin tidak berdaya. Dia sayang benar dengan aciknya. Jikalau boleh dia tidak mahu kehilangan aciknya di dalam hidupnya.
Syed yang di restoran meraup wajahnya dengan nafas yang berat dan wajahnya jelas menampakkan kekusutan. Kemudian Syed seraya mematikan talian telefon Haqiem. Syed bertindak ingin pergi ke hospital. Dengar saja Haqiem berkata begitu, rasa hiba menerpa di dadanya.
Semua saudara mara Sufia berkumpul di dalam ICU Sufia apabila mereka mendapati Sufia kritikal dan dipindahkan dari WAD biasa ke dalam ICU. Haqiem, Syed, mak su Neldy serta Hanis, isteri kepada Haqiem hanya mampu bertawakal serta panjatkan doa semoga Allah SWT menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh Sufia. Syed duduk di sebelah kiri Sufia sambil menggenggam erat tangan Sufia yang diinfius air. Ditatapnya raut wajah Sufia yang kian melemah itu. Walaupun raut wajah Syed mempamerkan wajah ketenangan, namun dalamannya hanya Tuhan saja yang tahu betapa resah jiwanya bila melihat aciknya dalam keadaan yang kian melemah itu. Waktu itu, Sufia tidak sedarkan diri dalam keadaan koma. Sufia dipasangkan alat pengesan nadi pada dadanya agar doktor mudah untuk mengesan denyutan jantung Sufia. Kasihan benar Syed, Haqiem, Neldy serta Hanis melihat keadaan gadis usia muda itu harus harungi keperitan hidup diusia muda ini. Entah sempat entah tidak gadis itu mahu merasa mendirikan rumahtangga. Ingin punya pengganti hati.
Dr. Zareena dibantu oleh beberapa orang jururawat turut berada di dalam ICU Sufia bagi memantaukan keadaan Sufia yang kritikal. Jururawat mencatatkan peningkatan degupan jantung Sufia.
"Along tak sanggup tengok acik lemah macam ni. Sedarlah acik... acik kuat kan? Hah?" Gesa Syed mengajak aciknya yang tidak sedarkan diri supaya berbicara dengannya.
"Sabar Long, insyaAllah acik selamat. " ucap Hanis meyakinkan Syed.
"Petang tu acik demam panas masa mak su jaga acik. Tak sangka pula acik pitam. Risau mak su. "
"Perkara itu biasa yang akan dialami oleh pesakit. Dia akan mengalami demam panas bila antibodi dia lemah". Terang Dr. Zareena dengan telus.
"Tadi saya tanya dia sebelum Sufia jalani rawatan kemoterapi, dia ok ke tidak, dia kata dia ok. Jadi, kami teruskan lah rawatan kemoterapi. " jelas Dr. Zareena lagi
"Petang semalam acik demam panas doktor. Allahuakbar... " jelas Neldy pula
Skrin alat pengesan nadi berbunyi bip' panjang dan memaparkan garisan mendatar pada skrin tersebut. Dr. Zareena dan yang lain lekas cuba untuk menghidupkan semula degupan jantung Sufia yang berhenti berdegup namun hasilnya, mereka cuma gagal. Ternyata Tuhan lebih berkuasa.
Haqiem teriak cuba membangunkan aciknya yang telah dijemput ilahi
***
Sufia meninggal dunia ketika menjalani rawatan chemotherapy. Jenazah Sufia selamat dikebumikandan disemadikan di tanah perkuburan Islam dimana tempat arwah ibu dan ayahnya juga dikebumikan dulu.
"Aku berdosa Ngah! Acik sedang makan tengah malam... Aku punyalah mengamuk malam tu hanya disebabkan dia ingkar amaran aku. Aku rasa bersalah Ngah buat acik malam tu!! Acik bangunlah!! Along janji along takkan marah acik lagi asalkan acik bangun!! Tolonglah!! " Syed tidak dapat terima hakikat bahawa adik bongsunya, Sufia telah kembali kepada sang pencipta bersama kedua ibu bapanya.
"Sabar Long, biar acik pergi dengan tenang!! InshaAllah nanti kita sama-sama jumpa acik, ibu dan ayah di syuga kelak Long!! Kita yg masih hidup kena teruskan hidup. "
"Bertenanglah di sana acik, moga acik dapat kebahagiaan Yang lebih acik inginkan. Along dah ampunkan acik. Harap acik juga maafkan kesalahan along selama ini. " ucap Syed beserta sendu dan tangisan yg tak dapat dibendung kepada Sufia yng tak mungkin kembali lagi.
Usai jenazah Sufia disemadikan dengan selamat, di Villa pula Haqiem mengadakan majlis tahlil menjemput org masjid dan jiran berdekatan. Pemergian Sufia sungguh terkesan. Tambahan pula orang yg paling rapat dengan Sufia.
"Subahanallah, kucing acik beranak di malam arwah tuannya dikebumikan. Kalau acik nampak ni... Mesti dia teruja. " kata Haqiem sendiri kemudian, Haqiem memeriksa kucing belaan Sufia, Meow melahirkan anak kucing pada malam Sufia dikebumikan. Haqiem rasa hiba.
Inilah saat yang Sufia paling nantikan. Namun apakan daya jika tuhan telah berkehendak.
"Subahanallah comelnye anak kucing ni. Ni kucing acik kan kalau tak silap mak su, " Neldy memasuki kamar tidur Sufia kemudian menghampiri Haqiem diikuti Syed. Neldy suka lihat anak kucing yg memerap dengan ibu kucing, Melly.
Haqiem cuba untuk senyum manis " kalau acik nampak ni.. Seronok dia. " ujar Haqiem sebenarnya masih berduka.
Sebenarnya, Syed merasakan sikap pelik adik perempuannya sebelum pemergian arwah. Ternyata itu petanda.
"Menyesal aku marah acik malam semalam. Tak sangka acik pergi dulu sebelum aku. Tak sabar sangat nak jumpa ibu dan ayah" ujar Syed sesali dengan perbuatanya terhadap Sufia.
"Allah lebih sayangkan acik Long. Allah juga dah siapkan tempat yang indah demi membalas keperitan hidupnya dan Allah dah jodohkan dia dengan putera di sana. InshaAllah." jelas Haqiem mententeramkan raga Syed.
Mereka hanya mampu berdoa supaya Tuhan tabahkan hati melalui detik-detik keperitan, kesedihan dan kepedihan ini.
Kebahagian di bumi hanyalah persinggahan sementara bahkan yg berkekalan abadi di syurga Allah kelak. Jika ditagihkan cinta dari insan yg pernah dustakan kita, dan mana-mana manusia yg lain, sama sekali dia kembali melainkan dia insafi atas perbuatannya mengkhianati cinta sempurna. Moga kita semua bakal dipertemukan lagi di atas sana.
[TAMAT ?]
Share this novel