Sedang Sufia sibuk memasak di dapur, Sufia seakan terpanar ketika radio yang didengarinya kini DJ radio memutarkan lagu yang dinyanyikan oleh Naim Daniel berjudul Sempurna. Tidak tahu mengapanya Sufia begitu sungguh tertarik dengan setiap bait lirik kata lagu tersebut.
Sufia menghampiri radionya yang diletakkan di tepi peti ais dan khusyuk mendengarnya.
'Kau sering saja menukar warna-warna. Tidakkah kau tahu ia sempurna. Biar biar biar biarkan saja tak bererti apa-apa tiap satu kata mereka. Biar biar biar biarkan saja dengar hatimu bicara percaya dikau menuju sempurna. '
Dia sering menganggap dirinya tidak sempurna hanya kerana dirinya dicemuh oleh rakan-rakan bahkan orang sekeliling memandangnya seolah-olah memandang hina seperti sampah yang terbuang begitu sahaja.
P. O. V AUTHOR
Waktu Sufia ingin bersiar-siar di mana saja yang Sufia ingin pergi di sekitar Kuala Lumpur, Sufia diganggu oleh budak-budak yang melepak membazir waktu di kaki lima kedai yang masih belum dibuka. Mereka bergaul tanpa mengira batasan lelaki dan wanita.
"Aipp. Hehew" Salah seorang dari budak-budak lelaki dan perempuan yang melepak menyekat laluan Sufia.
Sufia mula rasa terancam. 'Salahkah aku berketerampilan sebegini rupa? Apakah setiap orang yang bertopeng seperti aku layak dilayan seperti ini?' Batinnya mula berbicara.
"Wow! Asal kau pakai topeng ah?" Wanita itu pula mendekati Sufia
"Ijam, pegang perempuan ni jap. "
Lelaki yang bernama Ijam tu pun lakukan apa yang diperintahkan perempuan itu. Sufia ingin larikan diri namun dia terperangkap. Terdengar suara rayuan Sufia namun mereka tidak mengendahkannya. Tangan Sufia dipegang kuat Dan badannya turut dikunci oleh lelaki yg bernama Ijam itu.
Wanita itu membuka topeng putih yang dipakai pada muka Sufia.
"Hahaha.. Weii! Jijik siak muka dia macam sampah.. Eww.. "
"hah? Eyee.. Hidup lagi org macm dia ni? Patutnya dah lupus"
Mereka menghina Sufia membuatkan Sufia rasa sangat down.
Dengan pergerakkan Sufia yang sukar itu, Sufia bertindak menggigit tangan lelaki yang mengunci badannya. Serta merta Sufia rampas topeng putihnya yang dipegang perempuan itu dan melarikan dirinya sepantas mungkin.
Dunia luar yang aktif terlalu bahaya dengan keadaan dirinya serba kekurangan sekarang.
Semenjak dari hari itu, Sufia asyik dan sering mengurungkan dirinya di dalam kamar tidurnya. Ia tidak mahu lagi bertemu mahupun bersua muka dengan sesiapapun manusia di muka bumi ini. Dia lebih rela hidup bersendirian dan tidak mahu diganggu. Dan dia lebih suka berkawan dengan haiwan yang tidak berakal seperti manusia. Tiap hari Sufia ditemani oleh haiwan peliharaannya iaitu seekor arnab yang diberi nama Neck. Arnab itu adalah hadiah yang diberi oleh abangnya, Syed. Oleh kerana gerai burger Syed dan rakan kongsinya itu maju, Syed menghadiahkan seekor arnab yang putih dan comel kepada Sufia supaya Sufia tidak rasa kesendirian kehilangan teman sebagai tanda kasih sayangnya pada adik bongsunya itu.
Tiap-tiap waktu, Syed akan menjenguk adiknya yang berkurung sentiasa di dalam kamar tidur di penjuru tingkat atas. Bagi memastikan bahwa adiknya, Sufia cukup makan serta keselesaan dan kesihatan supaya ia tidak terjejas, dan keselamatan adik perempuannya. Bahkan takkan ia abaikan ketagihan kasih Sufia padanya.
Namun, pada malam itu Syed yang tidak boleh lelap berasa tidak sedap hati terhadap Sufia. Hatinya tergerak mahu menjengah ke dalam kamar tidur Sufia di tengah-tengah malam itu juga.
Daun pintu kamar tidur Sufia dikuak sesampainya Syed di hadapan kamar tidur Sufia. Dia menjengahkan kepalanya ke dalam kemudian ia melangkah. Dia tersentak kerana Sufia masih lagi belum tidur sedangkan jam menunjukkan tepat pukul 3:00am. Dia boleh nampak gerak-geri Sufia yang berbaring di dalam samar-samar cahaya lampu luar itu.
Suiz lampu dipetik dan serta merta terang benderang kamar tidur Sufia yang gelap.
"Allahuakbar.. Adik.. "
Syed memantaskan langkahnya kerna ia terperanjat melihat darah mengalir melalui lubang hidung Sufia jelas kelihatan. Habis bantal tidur Sufia yg asalnya berwarna putih terkena darah merah.
Tisu di dalam kotak diambil beberapa helai dan segera Syed mengelapkan dan berusaha menghentikan darah yang mengalir melalui lubang hidung Sufia. Dia berasa sangat gusar dan bimbang.
Kedengaran suara Sufia merengek ketika Syed sedang mengelap darah kerana Sufia tidak berasa selesa.
"Alhamdulillah. " Syed mengucapkan rasa syukur kerana darah yang mengalir pada lubang hidung Sufia berhenti ketika ia menyumbatkan dua helai tisu di lubang hidung Sufia.
Saat Syed ingin beredar dari situ, seraya Sufia meraih pergelangan tangan Syed dan serta merta langkahnya terhenti memalingkan dirinya pada Sufia semula.
"J-jangan tin-tinggalkan acik. " Tutur Sufia dengan wajahnya yang memandang Syed dengan mendung. Sayu sungguh Syed melihat adiknya itu. Rasa kasihan pada gadis itu terbit di dasar hatinya.
Sufia enggan melepaskan tangan Syed kerna ia bimbang akan kehilangan abangnya yang tersayang. Jadi, pada malam itu, Syed harus menemani Sufia di sisinya hingga Sufia terlelap.
"Ya Allah, tabahkanlah jiwa adikku sepertimana sekental jiwa Siti Khadijah dalam mengharungi setiap dugaan dari-Mu. " Doa Syed dalam hati sambil mengusap lembut anak rambut Sufia. Wajah gadis itu ditenung sedalamnya. Biarpun wajah gadis itu sudah hodoh, tidak selayaknya dia dipandang hina. Seharusnya kasih sayang dicurahkan kepadanya agar gadis itu hidup dengan rasa penuh bahagia serta gembira seperti orang lain dan bukan dibelenggu oleh cemuhan orang sekeliling.
Sejak Hafeez mendustainya pintu hati Sufia tertutup buat insan yg bergelar lelaki. Tidak ada lagi rasa cinta tiba di jiwa tatkala dirinya sering dibuai janji manis Hafeez padanya suatu ketika dulu.
Biarkan memori yang lalu berlalu pergi seiring dengan waktu. Hidupkanlah diriku dengan dunia baru. Itulah harapan Sufia. Justeru itu dia ingin melangkah ke dunia baru. Bukan asyik tenggelam dalam dunia kelam. Membuatkan hidupnya terus jadi malap.
END P. O. V AUTHOR
Melihat kehadiran seorang perempuan lingkungan usia 20 an ke rumah itu, Syed tertanya siapakah perempuan itu? Sebelum ini tidak pernah sekali pun dia datang ke rumah ini.
"Maaf saya tidak terima kunjungan sales girls di rumah saya ni. " Ucap Syed yang fikirkan wanita itu jurujual yang ingin jual barang lalu Syed ingin masuk namun perempuan itu menghentikan langkah Syed. Dia acuh tidak acuh mahu menghentikan langkahnya.
"Saya bukan jurujual. Saya teman wanita Haqiem. Haqiem ada? "
Syed agak terkejut bila dengar pengakuan yang baru saja keluar dari mulut wanita itu. Teman wanita?
"Sejak bila kau jadi kekasih adik aku? Kau buktikan sekarang yang kau kekasih adik aku! Kau cuma nak ambil kesempatan kan? " Syed mula syak wasangka bukan-bukan yang asing bagi Syed terhadap wanita itu.
"Apa yang kecoh-kecoh ni abang?". Haqiem keluar dari dalam rumah bila terdengar suara alongnya seperti marahkan seseorang.
"Hanis? Sayang buat apa datang rumah I? " Soal Haqiem memandang wanita yang dia anggap kekasih pula.
"Saja I datang nak jumpa U Haqiem. Mama I ada kirimkan bekal untuk U." Kata Hanis.
"Jemputlah masuk Nis, " Haqiem mempelawa wanita itu masuk. Hanis sudi terima ajakkan Haqiem. Mungkin dengan peluang ini dia boleh kenal rapat lebih lagi dengan Haqiem.
Hanis dijemput duduk di ruang tamu. Lalu Hanis menyerahkan satu beg kertas yang di dalamnya ada bekalan makanan buat Haqiem. Haqiem mengucapkan terima kasih kepada Hanis.
"Haqiem, boleh I tumpang toilet U? "
"Boleh. U pergi dekat tingkat atas ye. Yang bawah ni rosak sedang diperbaiki. "
"Thanks Qiem, "
Hanis pun mengaturkan langkahnya pergi ke toilet yang dimaksudkan Haqiem. Namun, tibanya Hanis di tingkat atas, telinga Hanis tertangkap satu suara dari arah kamar penjuru yakni kamar tidur Sufia. Suara itu meremangkan bulu roma Hanis.
Perlahan-lahan Hanis menjejak suara Sufia bercakap. Hanis terkejut apabila ia terpandang muka hodoh Sufia sedang bermain dengan seekor arnab di atas katil.
"Omg eee siapa budak ni hah? Muka hodoh lepas tu cakap sorang-sorang dengan binatang pula. Eishh.. Gila agaknya. Mcm mana orang hodoh gila ni boleh sesat dekat rumah boyfriend I ni? " Hanis bermonolog sendirian sambil kepalanya mengintai kamar tidur Sufia yang terbuka pintunya tanpa Sufia sedari.
Tanpa Hanis sedari, Syed sudah berdiri di belakang Hanis. Syed mula panas hati apabila orang luar stalking adik perempuannya.
"HOI!! Kau buat apa hah depan bilik adik aku ni?!! " Syed menyergah Hanis dengan dingin membuatkan Hanis yang sedang mengintai Sufia di balik daun pintu itu terperanjat. Berdegup laju jantung Hanis akibat ia terperanjat dengan sergahan Syed.
Hanis gagap mahu menuturkan katanya ketika ia perlu berhadapan dengan Syed.
"Saya nak pergi toilet. "
"Toilet bukan dekat sini!! Dekat hujung sana tu!! " bentak Syed membuatkan Hanis tersentak hinjut bahu bahkan Sufia yang di dalam kamar sedang bermain dengan arnab peliharaannya pun turut tersentak mendengar bentakkan Syed.
Syed cukup pantang apabila orang luar datang ke rumahnya bertujuan untuk stalking Sufia. Jika tersalah langkah sesiapa org luar yang melanggar perintahnya maka Syed akan berang sebegitu rupa.
Dengan langkah yang laju, Hanis mengaturkan langkahnya menuju ke toilet.
Sufia yang terkedu dengan along menjengahkan kepalanya untuk melihat apa yang berlaku di depan kamar tidurnya itu namun lantas Syed menutupkan pintu kamar tidur Sufia supaya Hanis tidak dapat stalking nya.
'Heish garangnya abang Haqiem ni.. Macam mana nak buat abang ipar ni? '
[BERSAMBUNG]
Share this novel