Nada deringan iPhone Hanis bordering menandakan ada income. Segera Hanis swipe skrin si pemanggil yang menghubunginya ketika itu.
On call ??
"Hello. "
"Nis, kau dekat mana?"
"Aku dekat cafe Starbucks coffee. Oh ya kau nak tahu tak aku jumpa Haqiem semalam. Pastu ada pulak gadis hodoh sesat di rumah boyfriend I tu. Punyalah I caci dia dalam hati, rupanya gadis hodoh tu bakal adik ipar I. Eww"
"You mean, perempuan tu adik Haqiem?"
"Yah. "
"Bagi I alamat rumah bakal suami U? "
"No! What are you doing? "
"Bagi jela! " gesa Isma namun dalam masa yang sama Isma seakan terfikir tentang gadis yang dimaksudkan Hanis tadi.
"Come on la Isma, taste U gadis hodoh tu? OMG"
"Adala I nak buat. Bagi je I alamat rumah Haqiem, " Pinta Isma sekali lagi selagi Hanis tak bagi-bagi alamat rumah Haqiem. Hanis tertanya apakah yang nak dilakukan Isma kepada Sufia.
"OK. I send you alamat rumah Qiem melalui WhatsaApp. "
"Alright. Thanks baby. "
End Call ??
***
"Hi along. Bagi Wany benjo tiga. Burgers ayam satu. "
"Ha Wany. Okay silakan duduk dulu ye. "
Wany duduk di kerusi plastik yang dia sediakan Syed kemudian Wany bersembang dengan Syed sementara menunggu benjo dan burgernya sedang dalam pembikinan.
"La habis, Fia memang tak nak teruskan kerja di kedai mama Wany la ni? " Soal Wany pada Syed. Ketika itu Wany bertanyakan Syed bagaimana keadaan Sufia sekarang dan mengapa ia tidak datang kerja sudah berhari-hari. Syed pun menjelaskannya apa yang berlaku pada Sufia.
"Ye Wany, sejak adik aku kena kacau dengan budak kaki lepak dekat lorong kedai kau dia langsung nekad tak nak hadap dunia luar lagi. Dia dah macam dulu balik. Aku pun naik risau terhadap adik aku tu. Sampai bila nak macam ni..." Ucap Syed.
"Nak buat macam mana kan dah takdir Allah. Berat dugaan yang Fia lalui. Ha.. Wany ada satu cadangan.." Ucap Wany juga terkesan apa yang menimpa sahabat karibnya itu.
"Itula. Sekarang ni dia tak nak orang lain dengan dia. Dia nak along dengan Haqiem je dekat dengan samping dia. Tambahan pula dia tengah rindu. Tak tahulah dia rindu arwah ibu ayah ke atau mamat tak guna tu. Cadangan apa Wany?"
"?? Apa kata kita berempat pergi bercamping dekat hutan. Supaya dengan cara ini Fia boleh rehatkan minda dia dengan menikmati alam semulajadi ciptaan Tuhan yang Maha Esa. " Wany memberi cadangan.
"Hmm bagus juga idea kau tu. Aku setuju. Balik nanti aku bincang dengan adik-adik aku. Tapi dengan keadaan Fia sekarang ni dia susah nak keluar mcm ni. " Syed acuh tak acuh menyetujui cadangan Wany.
"Ala takpe. Along cuba je pujuk Fia. Mana tahu dia nak ke. Cuma kita berempat je. "
***
"Aduh bosannya duduk dalam bilik. Baik aku duduk luar sekejap. " Sufia memutuskan untuk keluar dari dalam kamar tidurnya setelah berhari-hari ia berkurung dalam kamarnya itu sudah bagaikan princess snow white.
Sufia melangkah keluar di laman rumahnya setelah ia memakai topeng putih miliknya kemudian ia menghirup udara segar di luar. 'Subahanallah' Sufia memuja nama Allah tatkala dirinya menghirup udara segar di luar dan dia turut memanjatkan rasa syukur ke hadrat illahi kerana ia masih lagi diberi peluang untuk hidup di muka bumi Allah SWT.
Sekiranya along dan angahnya ada di rumah ketika ini, sudah pasti mereka berdua tidak izinkan Sufia keluar dari rumah itu sesuka hatinya tanpa ada pengawasan Syed ataupun Haqiem.
Sudah macam kanak-kanak kecil pula harus dikawal orang dewasa bila mahu keluar rumah.
"Macam aku pernah nampak. "
Tanpa Sufia sedari ada orang lelaki sedang mengintipnya dengan jarak dekat dengan Sufia namun ia bersembunyi di balik dedaun hijau yang ada di situ agar Sufia tidak perasan.
Dari gaya Sufia, dia sungguh tertarik dengan Sufia. Tidak tahu mengapanya. Mungkin kerna gadis itu bertopeng menjadi citarasa nya ataupun disebabkan perkara lain. Dia begitu obses mahu mendekati dan mengenali dengan lebih lanjut.
"Karang aku main masuk je rumah dia tak pasal-pasal aku kena sumbat dalam jeal. " Isma dalam kekeliruan. Dia bingung samada mahu bersua muka dengan gadis itu secara langsung ataupun melihat gadis itu hanya dari jarak jauh dan dapat melihat bayangannya sahaja.
Isma mendapat akal bagaimana mahu mendekati gadis misteri itu. Dia tersenyum bangga. Kemudian Isma pergi ke rumah Sufia. Ketika itu Sufia sedang asik menikmati keindahan luar.
"Hi assalamualaikum Nursufia Qistina Raisha, " Isma dengan keterampilan penuh yakin mendekati Sufia walaupun dia hanya di luar pagar dan Sufia di dalam.
Sufia terkejut dengan kehadiran Isma di rumahnya. Dan apa yang lebih memeranjatkan Sufia adalah, bagaimana lelaki itu bisa mengetahui namanya. Mungkin kerna ia pernah jadi artis dulu. Namun mana mungkin kerna namanya sudah pupus dan tidak dikenali masyarakat lagi. Apatahlagi penampilan dirinya. Sudah lenyap ditelan zaman.
"Fia kenal kan Hanis? Bakal kakak ipar U?" Soal Isma.
"Ye. Semalam dia ada datang sini. Ada apa ya? Encik ni siapa? " Sufia pula bertanya.
"Saya adik dia dan yang selamatkan awak masa awak kena kacau hari tu. Remember that?" Isma mengaku supaya Sufia kenal dengannya.
Sufia cuba untuk mengingati. Yah! Sufia ingat, lelaki inilah yang menyelamatkannya ketika ia diganggu budak lorong ketika ia diganggu. Dia tidak sempat nak ucapkan terima kasih kepada, lelaki itu.
"Thanks sebab awak tolong saya hari itu. Dan maaf saya tak sempat nak ucapkan terima kasih pada awak. "
"It's okay Fia, perkara kecik je tu. "
Ketika itu Haqiem sudah pulang dari kerja dengan menaiki GRAB car ke rumahnya. Haqiem ternampak adiknya, Sufia sedang berbual dengan seorang lelaki yang semacam. Haqiem kenal tak kenal.
Seraya Haqiem mendapatkan mereka berdua lalu Haqiem memarahi lelaki itu dengan bengangnya.
"Kau siapa hah ganggu adik aku?!! Tak habis-habis buat adik aku down!! " Bentak Haqiem yang sangkakan Isma mahu mengapa-apakan adiknya, Sufia. Sedangkan Haqiem tidak tahu bahawa Isma itu adalah bakal abang iparnya sendiri.
"Aaa.. "
"Pergi kau dari sini sebelum aku report polis!!!" Haqiem menghalau Isma pergi dari situ lalu seraya Haqiem menarik pergelangan tangan Sufia masuk ke dalam rumah.
"Angah sakitlah! " rengek Sufia cuba melepaskan pergelangan tangannya yang dicengkam Haqiem. Sufia menyentap tangannya.
"Berapa kali angah dah pesan hah jangan keluar dari rumah tanpa pengawasan angah ataupun along! Kalau budak laki tadi nak culik acik macam mana?!"
"Bosanla asyik dok je dalam bilik tu, nak jugak keluar. " jawab Sufia mendengus.
"Menjawab!! Kalau ia pun tunggu la aku atau along balik!! Kau ni acik, buat aku luruh jantung tadi! " Haqiem terlalu bimbangkan keselamatan adiknya itu sampaikan Sufia dimarahinya bila Sufia tak dengar kata.
Pertengkaran dua beradik itu boleh dengar sampai ke laman rumah. Syed yang baru pulang terdengar suara Sufia dan Haqiem berdebat kasar. Seraya Syed melangkah masuk ke ruang tamu.
"Eh!! Eh!! Eh!! Apahal korang dua beradik ni?!! Bertengkar dah macam anjing dan kucing ni?!! Hah?!! " Syed meleraikan pertengkaran antara Sufia dan Haqiem.
Sufia hanya buat riak masam mencuka. Syed buat isyarat mengapa pada Haqiem. Haqiem memalaukan isyarat pertanyaan Syed. Masing-masing terdiam bila Syed mula naik angin.
"Dah dah.. Makan malam nanti aku nak bincangkan sesuatu kepada kamu berdua" Kata Syed kemudian ia menuju ke kamar tidurnya.
Tibanya waktu makan malam, Syed membincangkan perkara petang tadi.
"Wany pergi gerai Burger aku tadi, dia ajak kita semua bercuti. Menginap di Villa park dan malam kedua kita berempat bercamping dalam hutan. " Syed memulakan perbincangan.
Haqiem buat reaksi teruja dan exited. Malah Sufia pula tidak beri sebarang reaksi ke atas ajakan Syed.
"Kita berempat tu siapa? " Soal Haqiem sambil menikmati makan malam. Begitu juga dengan Sufia Namun Sufia hanya senyap.
"Aku kau acik dengan Wany jela. Lagipun kau cuti semester kan..." Jawab Syed.
"Yes!! Lama aku tak bercamping sejak masuk kolej ni" Ujar Haqiem gembira.
"Acik? "
Mulut Sufia terkumat kamit mahu berkata akhirnya Sufia tidak peduli mereka berdua dan selera makannya telah hilang.
"Biar aku pujuk acik. " Syed pula beredar dari situ dan pergi pujuk Sufia. Berjayakah dia?
[BERSAMBUNG]
Share this novel