CHAPTER 9

Drama Completed 1523

Haqiem :"hai lah acik, kenapa perlu membazir belikan hadiah mahal-mahal untuk angah ni. Simpan lah duit tu untuk masa depan acik."

Syed dan Haqiem terkilan sikit kenapa Sufia habiskan beribu ringgit semata-mata hendak hadiahkan dekat mereka.

Dan Haqiem sungguh  tak sangka Sufia hadiahkan dia barang yang dia teringin sangat nak miliki tapi tak mampu lagi nak beli.

Sufia:"simpan duit banyak-banyak sekalipun, kalau mati bukan boleh bawak masuk kubur pun kan?  Baik acik sedekah ke, bagi hadiah kat abang-abang tersayang acik ni. Umur acik tak panjang pun tak lama lagi Tuhan panggil jugak." (seakan tahu bila tiba ajalnya namun sesungguhnya, hanya Allah saja yang tahu bila perlu kita kembali padanya)

Sungguh Syed dan Haqiem terkesan dengan kata-kata Sufia. hanya mengingatkan tentang kematian. Semakin pasrah gadis itu mahu teruskan hidup. Namun sebagai seorang abang, Syed dan Haqiem perlu beri semangat agar Sufia teruskan hidup.

Malam itu, Syed memasuki bilik tidur Sufia. Bila Syed masuk, lihat Sufia berbaring mengiring di balkoni bilik di atas lantai tertidur bersama dengan kucing kesayangan nya. Syed menghampiri Sufia ingin angkat Sufia ke atas katil tapi Sufia terjaga.

Syed:"kenapa acik tidur bawah ni, sejuk."

Tak tahu mengapanya, Sufia rasa badan nya sangat letih kalahkan orang yang bekerja. Padahal dia bukan bekerja dan hanya duduk di rumah.

Syed :"terima kasih tau acik, bagi hadiah kat along tadi.  Sekarang sebagai tanda terima kasih , dengan izin Allah  along nak tunaikan permintaan acik. Mesti acik ada nak sangat sesuatu kan.. " (katanya sambil usap lembut rambut panjang Sufia)

Sufia:"satu je acik nak mintak."

Syed:"apa dia? Cakap aje."

Sufia tidak mahu minta banyak. Mahu terima pun rasa mahu tidak mahu.

Sufia:"tolong bawa acik jumpa ibu dengan ayah. Acik rindu sangat kat diaorg." (menangis)

Sungguh, Syed tak mampu nak tunaikan permintaan acik. Dia juga sama terlalu rindu kedua orang tuanya.

Syed:"Insyaallah acik, kita sekeluarga akan dipertemukan kembali dekat syurga Allah kelak." (menitis airmata)

Sekarang waktunya harus Sufia makan ubat. Sufia semakin muak hari-hari perlu makan ubat, tiap-tiap minggu kena buat rawatan kemoterapi. Tapi tak nampak pun kesembuhan. Syed bawakan sepiring ubat yang perlu Sufia makan dgn segelas air kosong ke laman rumah dimana Sufia sedang menikmati suasana malam.

Syed:"acik, makan ubat ni ye. Nak cepat sihat kan." (tatap mata adiknya yang kian kuyu dan nampak lemah benar tubuh Sufia)
Syed:"kenapa ni acik? Acik ok tak?"
Sufia: (sandar lemah pada bahu Syed yang duduk di sebelahnya) "letih lah along."
Syed teringatkan penjelasan doktor pakar menjelaskan simtom sakit kanser otak. Lekas dia bagi Sufia makan ubat sebelum jadi sesuatu yang tak diingini.
Syed :"makan ubat dulu ye, lepas tu acik pergi tidur. Tak elok kena angin sejuk ni."

* * * * * *

Haqiem :"hai lah acik, kenapa perlu membazir belikan hadiah mahal-mahal untuk angah ni. Simpan lah duit tu untuk masa depan acik."

Syed dan Haqiem terkilan sikit kenapa Sufia habiskan beribu ringgit semata-mata hendak hadiahkan dekat mereka.

Dan Haqiem tak sangka Sufia hadiahkan dia barang yang dia teringin sangat nak miliki.

Sufia:"simpan duit banyak-banyak sekalipun, kalau mati bukan boleh bawak masuk kubur pun. Baik acik sedekah ke, bagi hadiah kat abang-abang tersayang acik ni. Umur acik tak panjang pun tak lama lagi Tuhan panggil jugak." (seakan tahu bila tiba ajalnya namun sesungguhnya, hanya Allah saja yang tahu bila perlu kita kembali padanya)

Sungguh Syed dan Haqiem terkesan dengan kata-kata Sufia. hanya mengingatkan tentang kematian. Semakin pasrah gadis itu mahu teruskan hidup. Namun sebagai seorang abang, Syed dan Haqiem perlu beri semangat agar Sufia terus kuat.

* * * * * *

Syed:"Setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah ni akan mati angah, termasuk kau termasuk aku. Cuma kita tak tahu bila ajal kita. Jangan cakap macam tu. Aku pun sedih tak mahu kehilangan orang-orang yang aku sayang. Aku minta tolong sangat kau sebagai seorang abang kena beri kekuatan dan semangat kat acik. Kita sama-sama ikhtiar nak sembuhkan sakit acik."

Syed yang sudah selesai dengan restoran nya terus melawat adiknya yang terlantar sakit di katil hospital. Sebaik Syed memasuki kamar ward Sufia, terlihat Haqiem tertidur di tepi katil Sufia dan begitupun Sufia. Tersenyum sejenak sambil Syed menghampiri kanan katil Sufia.

"Qiem, bangun makan. Qiemm.. " perlahan Syed gerak Haqiem yang tertidur di tepi katil Sufia. Perlahan juga Haqiem bangun apabila Syed mengejutkan nya. Terlihat abangnya, Syed sudah ada di sini.

"Along, bila sampai? " tanya Haqiem
"Baru je. Tengok korg berdua dah tidur. " Jawab Syed sambil matanya lihat adik bongsunya, Sufia masih lagi pejam kan mata. Tidur dgn lena.
"Acik macam mana? Ok ke dia? " tanya Syed pada Haqiem.
"Macam tu juga dia Long, asyik ingat mati aje.. Sedih aku. Aku tak nak kehilangan acik, tapi acik beria-ia nak pergi jumpa Tuhan, jumpa ayah dgn ibu. " jelas Haqiem bermaksud dengan nada sedih.
"Efek kemo angah, kau sebagai abang kena bagi dia kekuatan dan semangat untuk teruskan hidup. Aku pun puas dah nak bagi acik gembira.. setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah ni akan mati angah, termasuk kau termasuk aku. Cuma kita tak tahu bila ajal kita. Jangan cakap macam tu. Aku pun sedih tak mahu kehilangan orang-orang yang aku sayang. Aku minta tolong sangat kau sebagai seorang abang kena beri kekuatan dan semangat kat acik. Kita sama-sama ikhtiar nak sembuhkan sakit acik."

" Syed mendorong Haqiem yang sebagai seorang abang supaya beri Sufia kekuatan dan semangat diri.
"Ni aku bawa nasi ayam untuk kau. Aku tahu kau mesti belum makan lagi kan. Pergi makan, biar aku pula yg jagakan acik." Syed hulurkan sebungkus nasi ayam yang dibungkuskan olehnya dari kedainya sendiri untuk Haqiem.
"Acik ni pun belum makan lagi, tengok tu makanan yang nurse tu hidang pun tak terusik juga." Beritahu Haqiem pada abangnya
"Tak apa, bila acik bangun nanti aku bagi dia makan. Kau pergi makan dulu. "

Haqiem pun pergi duduk di kerusi dalam ward Sufia juga dan makan di situ. Sekarang, giliran Syed yang harus jaga Sufia. Sedih hati Syed melihat keadaan adik bongsunya yang kian lemah tak bermaya, langsung tak ada kekuatan diri. Lena benar Syed lihat Sufia tidur. Raut tenang berpucat itu ditenungnya.

Syed terkejut melihat Sufia terjaga dengan mengejut. Nampak juga nafas Sufia seperti lemas dalam air. Sepertinya Sufia baru saja alami mimpi buruk.

Syed:"Acik, bangun dah? Makan ye, along suapkan."

"Tak, ibu dengan ayah. Diaorang datang tadi.."

Syed meraup wajahnya dan sudah banyak kali berkata pada Sufia. Tapi Sufia masih lagi tidak ingat dan dibuai kisah lama.

"Acik rehat banyak-banyak je ye. Nak keluar dari hospital cepat kan? Makan ni lepas tu makan ubat."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience