BAB 5

Drama Completed 1639

“kalau tuan badan ok. Aku ok je. Sebab aku tahu kau ni sesuai jadi laki orang. Aku perhati kau lama dah. Dari start kawan sampai sekarang aku selalu target kau jadi adik ipar aku. Kau nak ?”

Haznan bangun dari katil dan menuju ke bilik air. “haish! Jangan merepek lah. Pasal adik kau, kau jangan risau. Nanti aku ambilkan mak Jah kat kampong. Bolehlah dia temankan adik kau. Mak jah tu cuti lama sangat!”

Muhd ketawa. “Terima kasih Haznan.”

Haznan kembali keluar dari bilik air. “ Baru hari ni kau senyum.”

Muhd mengerut dahi. “Ah ?”

Sudah hampir 2 minggu Rosie dan Muhd tinggal di rumah Puan Samehah. Segalanya berjalan dengan lancar. Tidak ada sebarang masalah pon yang berlalu. Rosie menjalankan tugasnya seperti anak dara puan Samehah. Rosie banyak membantu Mak Jah dan Puan Samehah dalam segi mengemas rumah dan memasak. Puan Samehah sedikit seronok dengan kehadiran Rosie ke rumahnya. Puan Samehah berharap bahawa anaknya Haznan bakal berkahwin dengan perempuan seperti Rosie.

Muhd terus mengumpul duit untuk membayar sewa rumahnya. Haznan pernah menghulurkan duit untuk membayar sewa rumah tersebut tetapi Muhd berdegil tidak mahu menerimanya. Walaupon Puan Samehah seorang yang kaya raya dan mampu memberikan mereka pinjaman wang yang sangat besar tetapi Muhd tahu dia mungkin tidak mampu membayarnya. Oleh itu, Muhd lebih rela mencari wang tersebut dengan peluhnya sendiri. Sudah banyak permohonan perkerjaan yang diminta Cuma rezekinya masih belum tiba.

“Mama, buat apa ?” soal Rosie yang baru turun dari tangga dan terlihat tubuh Puan Samehah yang sedang membancuh susu. Kini, Rosie lebih terbuka untuk memanggil Puan Samehah ‘Mama’

“Mama, bancuh susu. Mama setiap malam kene minum susu sebab memang rutin mama dari kecil lagi.” Tangan Puan Samehah laju mengacau air di dalam gelas tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience