BAB 11

Drama Completed 1639

“ok!! Semua!!! Kita makan dulu ye. Mama dengan Rosie masak special untuk korang berdua. Jemput makan. Baca bismillah dulu. Haznan !” Puan Samehah memanggil Haznan untuk membaca doa. Haznan hanya mengangguk dan terus membaca doa.

Puan Samehah menghampiri Rosie yang kusyuk membasuh pinggan mangkuk di sinki. “Rosie …”

“ye mama ?”

“mama nak cakap sikit. Boleh ?” soal mama. Rosie sedikit aneh kerana suara mama lebih serious berbanding hari biasa.

Rosie mengangguk. “boleh. Mama nak cakap apa ?”

“mama sebenarnya nak minta Rosie satu perkara. Mama nak Rosie tolong mama.”

“tolong ? tolong apa mama ?” tanya Rosie yang ingin tahu. Tangan yang sudah selesai mencuci pinggan dilap pada kain diatas meja itu.

“mama nak Rosie kahwin dengan Haznan.”

Rosie seakan hampir terkena serangan jantung mendengar permintaan Puan Samehah. Jari jemari Rosie sudah mengeletar kerana terkejut dengan permintaan tersebut. Kenapa Puan Samehah mahu dia berkahwin dengan Haznan.

“mama minta tolong apa ni ? Rosie tak bolehlah.” Tolak Rosie dan terus melakukan tugasnya menyusun pinggan. Dia tidak mahu mendengar soalan itu. Perkahwinan terlalu cepat baginya. Dia masih berumur 20. Muda lagi! Dia perlu menjaga abangnya. Dia perlu mencapai cita-citanya.

“Mama tahu Rosie suka kan Haznan. Sudah sebulan Rosie dan Muhd duduk di rumah mama. Mama sedar akan perasaan Rosie terhadap Haznan. Mama pon mahukan Rosie jadi menantu mama. Mama seronok dapat tinggal dengan Rosie. Rosie dapat teman mama, berborak dengan mama. Ama sebenarnya tak nak Rosie tinggal dirumah sewa itu dengan Muhd. Mama dah anggap Rosie dengan Muhd macam anak mama. Mama fikir ini ajelah jalan yang sesuai untuk kukuhkan hubungan kita. Kahwin dengan Haznan.” Puan Samehah sudah lama sedar akan sikap Rosie bila berhadapan dengan Haznan dan dia juga sedar akan sikap Haznan bila berdepan dengan Rosie. Puan Samehah teringin benar ingin mempunyai menantu seperti Rosie. Baginya Rosie sudah mempunyai cirri-ciri menantu kesayangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience