BAB 3

Drama Completed 1639

“Makcik. Terima kasih ye. Bantu kami dua beradik dalam keadaan macam ni. Terima kasih sangat-sangat. Rosie janji lepas je abang dapat kerja dan kitorang dapat bayar duit sewa rumah. Rosie dan Abang Muhd akan keluar dari rumah ni. Rosie janji!” kata Rosie.

Tadi selepas pulang dari tanah perkuburan. Rosie dan Muhd ingin pulang ke rumah sewa tetapi mereka dikejutkan dengan barang-barang dan beg mereka sudah berada diluar rumah. Rosie dan Muhd ketika itu terlalu buntu dan terpaksa meminta bantuan Puan Samehah dan Haznan. Muhd sedikit terkejut dengan hutang sewa yang tidak dibayar oleh arwah kedua ibubapanya. Muhd dan Rosie sibuk belajar dan tidak tahu terhadap masalah kewangan arwah ibubapanya kerana ibu bapanya sentiasa berkata yang mereka mempunyai wang yang cukup.

“Rosie dengar sini. Mak cik tak kisah kalau Rosie dengan Muhd nak tinggal sini. Mak cik bosan dengan Haznan tu. Asyik berdua aje dengan dia. Ni dah ada Rosie, adalah jugak mak cik ni nak berteman. Mak cik tak kisah. Nak tinggal sini lama-lama pon tak pe. Rosie dengan Muhd tak payah terburu-buru. Okay? Ambillah sebanyak mana pon masa.” Puan Samehah tersenyum sambil mengusap pipi lembut milik Rosie.

Air mata Rosie mengalir lagi. “ Terima kasih mak cik.”

“bukan mak cik tapi mama. Okay ? Mama. From now Rosie boleh panggil mama, MAMA. Okay ?”

“ah ?” Rosie sedikit bingung. Mama ?

“dah. Pergi mandi, solat lepas tu turun. Kita makan malam.” ujar Puan Samehah dan terus menuruni tangga.

Rosie hanya diam membisu memandang belakang tubuh Puan Samehah. Matanya memandang ruang tingkat 3 banglo milik Puan Samehah.

“Haznan ! Weh dah tiga hari aku tinggal dekat rumah kau. Aku minta maaf, weh. Aku tengah usaha cari kerja tetap ni. Aku harap kau faham. Lagi beberapa hari, aku keluar. Kau jangan risau. Okay ?” Muhd menepuk bahu Haznan yang sedang leka bermain telefon bimbit.

Haznan memejam mata apabila mendengar maaf dari Muhd.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience