BAB 8

Drama Completed 1639

“Diorang semua kerja. Mak Jah ada dekat bawah. Tengah masakkan bubur untuk awak.”

“Auw!” Haznan terasa perit ditangannya apabila dia ingin menggerakkan tangan kanannya. Aduhai! Tangan kanan cedera nak buat kerja macam mana ni ?

“oh! Awak ingat tak apa yang jadi dekat tangan awak ni ? Nak saya cerita kan ?” soal Rosie ramah.

Haznan hanya memandang mata Rosie. Rosie faham maksud mata Haznan. Dia tahu Haznan masih bingung.

“semalam awak pengsan lepas tu tangan awak kene kaca so sebab tulah luka and awak demam panas teruk semalam. Kenapa tak bagi tahu, mama ? Kesian, mama. Pergi kerja dengan keadaan risaukan awak. Abang Muhd pon risaukan awak. Awak kalau dah sakit, bagi tahu. Jangan diam-diam. Nanti kalau lagi teruk kan dah cetuskan masalah.” Bebel Rosie sambil merendam tuala kecil disisi Haznan.

“Rosie nak bising sebelah saya ke ?” soal Haznan sedikit lemah.

“ah? Hehe. Sorry. Rosie turun dulu ye. Nanti Mak Jah bawakan bubur. Haznan makanlah.” Ujar Rosie sebelum mengangkat punggung. Tidak mahu dia ingin berdua-duaan sebegini kerana ada sesuatu perasaan yang aneh sedang bermain dihatinya. Seram pulak. Lebih baik dia berundur diri.

“Eh! Kejap. Mama ada arahkan awak jaga saya ?” soal Haznan.

Rosie mengangguk.

“habis tu, selesaikan lah. Japgi Mak Jah bawak bubur. Awak suapkan. Tangan kanan saya tak boleh pakai buat sementara. Boleh ?” Haznan memandang Rosie tanpa perasaan. Padahal dalam hati dok dup dap dup dap.

Haznan sedar akan perasaannya ini sejak bertemu pertama kali melihat Rosie sewaktu pengebumian arwah ibu dan ayahnya. Haznan tertarik dengan kecantikan semula jadi milik Rosie. Rambutnya lurus panjang paras siku. Dengan bibirnya yang berbentuk kemas dan bulu matanya yang lebat serta panjang. Haznan benar-benar jatuh cinta apabila melihat Rosie buat kali pertamanya. Hatinya seolah-olah telah dicuri tetapi tidak diberitahu pada Muhd.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience