BAB 6

Drama Completed 1639

“ooo.. kalau macam tu nanti setiap malam Rosie bancuhkan untuk mama. Okay ?”

Puan Samehah ketawa kecil. “ok! Mama tuntut~ Ehm. Kenapa Rosie turun ? Tak boleh tidur ?”

Rosie menggelengkan kepala dan tersenyum plastic. “Rosie teringatkan ayah dengan ibu.”

Puan Samehah memandang anak mata Rosie. Kini, air mata Rosie sudah bersinar-sinar tanda ingin ada air mata yang hendak mengalir turun. Puan Samehah memeluk tubuh Rosie. Rosie turut memeluk tubuh Puan Samehah. Dia rindukan kasih sayang seorang ibu. Dia rindukan belaian ibunya. Allah itu maha Adil. Allah tarik ibu, Allah berikan Mama. Alhamdulillah, masih ada orang yang baik untuk memberikan kasih sayang yang ikhlas sebegini rupa.

“Rosie sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak dekat ayah dengan ibu ye. Doakan mereka. Rosie kalau nak story apa-apa, Rosie datang dekat mama. Mama akan dengar semuanya. Okay ?” Puan Samehah melepaskan pelukan dan mengusap pipi Rosie.

Rosie mengangguk.

“Mama masuk tidur dulu ye. Mama mengantuk sangat. Esok pagi mama ada meeting. So jumpa subuh nanti ?” gurau Puan Samehah dan terus berlalu pergi.

Rosie tersenyum.

OHOK! OHOK!

Rosie terkejut dengan bunyi batuk yang sedang menghampiri dapur. Pintu peti ais ditutup dan terus mencapai gelas kaca di tepi sinki. Bunyi batuk itu tidak dipedulikan. Tekaknya yang kering ini lagi penting. Rosie terus meneguk air sejuk.

“tak tidur lagi ?” soal Haznan yang terjaga dari tidur kerana tekaknya teramat kering.

Rosie menggeleng. “ tak boleh tidur.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience