BAB 9

Drama Completed 1639

“err… awak kan ada tangan kiri ?” Rosie menunjuk tangan kiri milik Haznan.

“haih, awak ni. Kita kan tak elok makan dengan tangan kiri…” belum sempat Haznan menghabiskan ayatnya. Muncul Mak Jah yang membawa bubur untuk Haznan.

“Rosie. Ni Mak Jah dah siapkan bubur. Suapkan Haznan ye. Mak Jah nak kemaskan dapur kejap.” Rosie hanya menyambut dulang yang berisi bubur dan ais suam serta ubat demam untuk Haznan.

“baik. Mak Jah.”

“Terima kasih Mak Jah!” jerit Haznan.

Rosie menghampiri Haznan dan terus menjalankan tugasnya tanpa banyak bunyi. Dia malas hendak melayan bising. Cepat kerjanya dilakukan cepat siap kerjanya.

“Kenapa tutup langsir ? Kenapa buka lampu ?” tanya Haznan yang baru sedar dengan keadaan biliknya yang agakterang dengan lampu. Hari kan siang. Kenapa perlu tutup langsir dan buka lampu.

Rosie terus menyuap bubur kedalam mulut Haznan. “ dekat luar hujan. Kilat sambar penyambar.”

Rosie dan Haznan hanya diam membisu. Rosie hanya menyuap bubur untuk Haznan dan matanya hanya memandang bubur. Tidak sekali pon matanya memandang wajah Haznan ataupon mata Haznan. Dirinya sedikit aneh dengan perasaannya.

Sebaliknya pula berlaku pada Haznan, Haznan seakan-akan tidak boleh berhenti memerhatikan wajah Rosie. Seakan-akan ada aura yang menarik matanya untuk memandang Rosie. Rosie sedar akan mata yang memandang tetapi hairan kerana dirinya seakan-akan dipaku untuk keras duduk disitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience