BAB 10

Drama Completed 1639

Tiba-tiba, guruh yang kuat membuatkan Rosie terkejut dan bertindak terus mendekati Haznan. Haznan sedikit terkejut. Ha! Sudah apa aku nak buat ?

“errr….” Haznan sungguh gementar sebaik saja nafas Rosie dekat dengan lehernya. Tangannya hanya keras terpaku disisi. Dia tidak bergerak walau seinci pon.

Rosie yang dari tadi memejamkan matanya kerana takutkan guruh yang berdentum kuat itu kembali membuka matanya. Rosie terus menolak tubuh Haznan yang sedia tersandar dibahu katil dan terus mengangkat punggung beredar dari bilik itu. Sungguh dia terkejut saat dirinya sedar dia yang menghampiri tubuh Haznan dengan tidak sengaja. Mukanya merah menahan malu. Jantungnya tidak keruan kerana peristiwa tadi. Rosie risau kalau kejadian tadi diketahui mama dan Abang Muhd.

“hush! Bahaya betol!” ujar Haznan sebaik saja Rosie keluar dari bilik. Haznan menyilangkan kedua tangannya di dada. Tiba-tiba dirinya rasa macam telah dicabul oleh Rosie.

“siapa yang masak ?” soal Haznan sebaik saja turun dari tangga. Matanya tertarik dengan hidangan lauk kampong yang enak di atas meja makan. Matanya tiba-tiba terpandang kea rah Rosie yang sibuk menuang air ke dalam gelas. Jantung Haznan sedikit terkejut dan kembali melarikan anak matanya. Haznan terus mengambil tempat duduknya di meja makan.

“Rosie yang masak.” Balas Puan Samehah dan berlalu ke dapur.

Muhd turun dari tangga dan terus meluru ke sebelah tempat duduk Haznan. “adik aku memang hebat bab masak-memasak ni. Aku rasa adik aku ni dah boleh kahwin dah cuma calon suami sahaja yang belum ada lagi.”

Haznan tersengih memandang Muhd. “ aku ? boleh aku jadi calon suami adik kau ?”

Rosie menjeling kedua-dua jejaka itu. Korang sembang macam aku tak ada kat depan mata. Saja je nak sembang bagi aku dengar. “ehem-ehem.”

Muhd ketawa kecil sebaik saja mendengar Rosie berdehem.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience