BAB 14

Drama Completed 1639

Haznan meraup muka. “terperanjat abang tahu tak. Sakit kepala terhantuk kat lantai tadi. Semua sebab Rosie !”

“ah! Sorry. Rosie tak sengaja. Mana yang sakit ? Meh Rosie tengokkan.” Rosie menarik kepala Haznan dan cuba melihat mencari luka. Risau pulak dia.

Haznan tersengih dan dengan kegatalan yang sedia ada. Tubuh kecil Rosie dipeluk erat dan terus dikucup bibir Rosie. Rosie terkedu dengan tindakan Haznan. Jantungnya tidak berhenti-henti berdegup. Kucupan hangat itu membuatkan mukanya merah menahan malu.

“apa yang abang buat ni ?” soal Rosie.

“laaaaa.. kitakan dah kahwin. Tanya pulak. Faham-faham sendiri lah sayang oiii.” Jawab Haznan.

“ehm. Ehm. Rosie tak faham dan tak nak faham. Rosie nak mandi.” Rosie cepat-cepat meleraikan pelukan dan berlari ke tandas. Rosie takut dengan muka Haznan yang mempunyai maksud yang mendalam.

“tunggu!!! Kita mandi sama-samalah!” jerit Haznan dan berlari menerjah bilik air.

“Abang… Bila Rosie fikir-fikirkan balikkan. Ada hikmah rupanya, Allah tarik ibu dan ayah dari Mari dan Abang Muhd tapiiii…. Allah bagi Rosie suami yang sayangkan Rosie dan mama yang sayangkan Rosie. Allah tu Maha Adil kan abang ?” Rosie menggenggam erat jari jemari Haznan. Matanya hanya memandang kearah anak kecil yang sibuk bermain dengan air didalam kolam plastic.

“Betul. Allah tu memang Maha Adil dan hanya Dial ah yang Maha mengetahui dan merancang segala-galanya. Abang bersyukur sangat dapat jadikan Rosie sebagai isteri abang. Bersyukur sangat-sangat.” Haznan mengucup lembut dahi Rosie dan kembali memandang anak mata Rosie.

“Rosie … Abang cintakan Rosie.” Ucap Haznan perlahan.

Rosie tersenyum malu. “Rosie juga cintakan abang. Rosie nak ucapakan terima kasih banyak-banyak sebab sayangkan Rosie, bantu Rosie dengan Muhd. Terima kasih Abang kerana sudi hadir dalam hidup Rosie.”

“memang tanggungjawab abang sebagai seorang suami misali kan? Terima kasih juga pada Rosie kerana kurniakan cahaya mata untuk abang. Terima kasih Sayang.”

Haznan dan Rosie tersenyum mesra. Tiba-tiba… “ibu!!! Ayah!!!”

“iya sayang.” Jawab Rosie dan Haznan serentak. Kini Rosie dan Haznan hidup bahagia dengan anugerah dari Allah iaitu Danny Harrian bin Ahmad Haznan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience