BAB 1

Drama Completed 1639

Kejadian yang meragut 2 nyawa yang amat penting dalam hidup Rosie dan Muhd amat menyedihkan. Rosie adalah anak perempuan tunggal bagi sepasang suami isteri yang telah terkorban dalam kemalangan jalan raya. Sebegitu juga dengan, Muhd. Muhd adalah abang kepada Rosie.

Kini mereka sudah tidak mempunyai apa-apa. Arwah kedua ibu bapa mereka bukanlah orang yang berada. Mereka hanya hidup dengan apa yang diperlukan sahaja.

Keluarga mereka dahulu hidup dengan penuh kasih sayang daripada kedua ibu bapa mereka. Kini, kasih sayang itu tidak dapat dirasai lagi. Kasih sayang itu sudah kembali kepada yang maha Esa.

Muhd dan Rosie duduk ditepi kubur kedua ibu bapa mereka. Masing-masing merenung tanah merah tersebut dengan minda yang kosong dan hati yang sedang perit ditinggalkan orang yang disayangi. Mata Rosie tidak henti-henti mengalirkan air mata jernih. Air mata itu dibiarkan mengalir ke pipi dan jatuh ke tanah perkuburan itu. Kehilangan kedua ibubapanya adalah sesuatu perkara yang dia tidak pernah terfikir.

“ ibu… Ayah… Kenapa tinggal Rosie ? Kenapa tinggalkan abang? Ibu Ayah tahukan yang Rosie tak boleh hidup tanpa ayah dengan ibu. Rosie sayangkan ayah dan ibu. Kenapa tak bawa Rosie sekali ? Rosie tak sanggup ditinggalkan macam ni.. Ibu.. Ayahhhh.. bawalah Rosie sekali. Tolonglahhh Rosie merayu sangat-sangat. Bawaklah Rosie. Bawalah~” Rosie menyentuh lembut tanah merah itu.

Muhd hanya melihat adiknya dan menggenggam erat tangan adiknya. Tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang.

“Muhd, jom balik.” ujar Haznan.

Muhd mengangguk dan Haznan terus kembali ke keretanya.

“adik.. jom kita balik. Dah sejam kita kat sini. Jom.” Kata Muhd dengan suara yang sedikit serak kerana menahan rasa sedihnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience