BAB 2

Drama Completed 1639

“Abang.. adik nak duduk sini. Nak temankan ayah dengan ibu. Kesian ayah dengan ibu.. Abang..”

“Rosie. Tengok abang.” Muhd menarik dagu Rosie untuk mendongak memandangnya.

“Allah lebih sayangkan ayah dengan ibu. Allah juga sayangkan kita berdua sebab itu Allah bagi ujian macam ni supaya kita sentiasa ingatkan dia.Mungkin Allah tarik ibu dan ayah tapi suatu hari nanti mungkin ada hikmahnya. Rosie tahukan semua yang hidup perlu teruskan hidup. Rosie tahu kan ?”

Rosie mengangguk lemah mendengar kata-kata abangnya. Air matanya masih mengalir.

“ Abang pon sedih dengan kehilangan ayan dan ibu tetapi dengan adanya Rosie disisi abang. Abang masih ada orang yang sayangi abang. Abang janji takkan tinggalkan Rosie. Okay sayang ? Rosie sayangkan ibu dan ayah kan ? Kita balik. Mandi, solat dan berdoa banyak-banyak untuk ibu dan ayah. Okay ? Jom.” Pujuk Muhd dengan penuh kasih sayang. Mari seorang yang beruntung kerana mempunyai abang yang sangat bertanggungjawab dan menyayanginya.

Rosie mengangkat punggung dan terus memeluk tubuh abangnya. Mereka berdua berjalan dengan air mata yang tidak henti dari mengalir dan pergi meninggalkan tanah perkuburan itu. Haznan hanya memandang tubuh kedua-dua beradik itu didalam kereta.

“Rosie.” panggil puan Samehah.

Rosie menoleh. “ye, mak cik.”

Puan Samehah tersenyum. “ Rosie gunakan bilik ni ye. Ini bilik kakak Haznan waktu sebelum kahwin. Sekarang dia dah kahwin so Rosie boleh gunakan. Abang Muhd akan tidur dalam bilik Haznan. Okay ?”

Rosie mengangguk. “terima kasih Mak cik.”

“sama-sama” baru sahaja Puan Samehah ingin melangkah pergi. Rosie sempat meraih tangan Puan Samehah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience