BAB 12

Drama Completed 1639

“Mama… kalau Rosie sukakan Haznan pon. Belum tentu Haznan sukakan Rosie. Rosie tak boleh kahwinlah mama. Rosie nak jaga Abang Muhd. Rosie nak kejar cita-cita Rosie. Banyak benda yang Rosie perlu lakukan. Ini terlalu awal lah bagi Rosie. Rosie baru sahaja kehilangan ibu dan ayah. Rosie tak boleh mama. Rosie tak boleh.” Kata Rosie dengan matanya memandang sayu kedalam mata Puan Samehah. Ini bukan waktu yang sesuai. Bukan.

Puan Samehah mengeluh. Air matanya mula hendak mengalir. Puan Samehah terus memeluk tubuh Rosie. “ tak mengapa.”

“Abang izinkan Rosie berkahwin dengan Haznan. Haznan memang dah lama sukakan Rosie. Rosie jangan risaukan abang. Abang dah besar. Dah pandai jaga diri dah. Pasal kahwin Rosie kahwinlah hujung tahun ni. Pasal cita-cita Rosie, Rosie tak perlu risau. Haznan dan Rosie boleh kejar cita-cita bersama-sama. Abang izinkan. Abang kalau boleh memang dan Rosie berkahwin dengan Haznan. Abang nak ada orang yang akan jaga Rosie. Abang bukan selamanya ada disisi Rosie. Suatu hari nanti Abang pon perlu kahwin Rosie pon perlu kahwin. Rosie kahwin dengan Haznan. Abang tahu Rosie juga sukakan Haznan ” ujar Muhd yang muncul dipintu dapur.

Puan Samehah mengleraikan pelukan dan hanya memerhatikan Muhd. Sedih hatinya melihat seorang abang yang sangat bertanggungjawab ke atas adiknya. Sangat sukar Muhd untuk melepaskan adiknya kepada orang lain walaupon Haznan ada lah seorang manusia yang paling dia percaya.

Rosie terkejut dengan kata-kata abangnya. Rosie menghampiri Muhd dan terus memeluk abangnya. “terima kasih. Abang.”

“Aaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Rosie sekuat hati.

Kedebuk! Terjatuh tubuh Haznan yang sedang lena dibuai mimpi ke lantai. Kepala yang sedikit sakit terhantuk dilantai, digosok perlahan.Apa kena pulak dengan bini aku ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience