BAB 11

Romance Completed 7379

Lalu kini dan di saat inilah aku sedang duduk-duduk seperti si dungu di kawasan terminal bas Batu Pahat bagai menanti buah yang tidak gugur. Aminah sibuk membaca komik. Jam aku lirik. 2.42 petang. Ini sudah lebih. Aku sampai pun awal 10 minit. Hari Ahad beginilah sibuknya di sini. Mata aku mencari kelibat Abon dalam keramaian orang. Satu-satu muka aku pandang. Akhirnya, jumpa.

“Maaf lambat.”, dia sudah berdiri terpacak di hadapan aku dan Aminah.

“Em. Ada apa?”, mata aku sengaja aku pandang ke arah lain.

“Ingat kau tak datang.”, Aminah duduk semula menyambung bacaan.

“Mandat nenek. Sorang?”, dia angguk.

“Budak lelaki mana ada keluarga nak teman. Sendirian berhad je semua.”, beg galasnya ditarik-tarik talinya.

“Bas kau pukul berapa?”, aku begitu mengharapkan kecanggungan ini beraknir.

“3.00 macam tulah. Maaf aku lambat, kalau tak boleh cerita banyak.”, aku senyum tidak ikhlas.

“Err…Ji.”, aku tundukkan kepala.

“Dulu kau kata aku tak boleh jumpa kau lagi. Lepas Usu meninggal. Apa maksud kau?”, kaki aku kuis-kuis, tarik nafas.

“Itu ….itu eh…em…kau kan sekolah asrama. Macam mana nak jumpa aku. Ha tulah…tu…maksud aku.”, Abon ketawa perlahan.

Kawasan yang kami sedang berdiri ini berdekatan dengan premis perniagaan. Lantas, sinaran mentari tidak akan diteduhkan oleh bumbung yang gelap di dalam terminal. Memang sengaja, kami(aku dan Aminah) memilih kawasan ini. Seram di kawasan yang agak gelap dan kotor itu. Peluh akibat panas dan penuh yang bernama peluh dingin mula menompok pada muka. Aku biarkan.

Aku lihat Abon tidak kurang berpeluh. Lehernya sahaja sudah basah lembap sampai ke kolar. Tidak semena-mena, beg plastik pada tangan kanan yang disorokkan di belakang badan diunjuk kepada aku. Aku kerut dahi. Bungkusan plastik aku pandang tidak berkelip. Sambil memandang wajahnya, aku angkat kening beberapa kali.

“Hadiah.”, itu sahaja ayat yang keluar dari mulutnya.

“Sebab?”, peluh semakin banyak menompok.

Kedengaran suara konduktor bas memanggil penumpang bas naik ketika itu. Abon menoleh dan aku tahu panggilan itu turut ditujukan kepadanya. Itulah bas yang dia naiki.

“Sebab….”, beberapa orang berdekatan tempat aku berdiri ini mula menuju ke arah bas.

“Sampai aku jadi lelaki yang layak. Sampai hari tu, kau kena tunggu aku.”, bungkusan itu ditolak mengena rapat ke tubuh aku.

Itulah sahaja ayatnya. Ayat yang dia ingin ucapkan sebelum dia sekali lagi pergi. Aku pandang lagi belakang badannya yang semakin mengecil dan menjauh. Ya, itulah imej yang aku lihat bertahun dahulu. Imej budak lelaki dengan unifom sekolah berjalan pergi meninggalkan aku. Dan kini, imej itu berulang tayang dalam fikiran.

Bezanya, bertahun dahulu perasaannya sakit dan pedih. Kini, perasaannya halus, hangat dan membingungkan. Bungkusan aku pandang dan intai isinya. Selendang. Aminah sudah berada di sisi aku. Apabila aku pandang wajahnya, dia senyum.

“Dia sayangkan kau. Dia sukakan kau. Dia cintakan kau.”, kata-kata Aminah berlalu seiring dengan bunyi enjin bas menderam meninggalkan perkarangan terminal bas.

“Huh…tunggu dia?”, aku menunggu balasan kata Aminah.

“Sebelum sampai masa tu, kau kena siapkan diri kau juga. Berubah. Berubah jadi lebih baik. Untuk kau, untuk dia, untuk korang berdua.”

Aku tahu kini. Aku faham. Dan aku berharap kami akan sama-sama belajar. Sementara dunia kecil kami tertinggal di belakang, dan menjadi sejarah. Itulah dua orang kanak-kanak dengan uniform sekolah menunggang dan membonceng basikal di sepanjang jalan tanah merah beteng sungai. Apabila tengahari menjelang, bau hanyir sungai menyucuk hidung.

Mereka itu bernama Jiji dan Abon. Dan kini, kisah hidup Nur Azima dan Badiuzzaman baru hendak bermula sedang Jiji dan Abon semakin pergi, jauh namun tinggal tetap dalam sudut hati yang paling dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience