BAB 10

Romance Completed 7379

Jam pada dashboard menunjuk angka 10.46 malam. Selepas ke klinik, Abon singgah di warung berdekatan jambatan Batu Pahat. Suasana malam berdekatan dengan Putra Specialist Hospital ini agak mendamaikan. Selama ini tidak pula aku perasan.

“Nama ayah aku. Aku tinggal pakai je. Bukan kereta mahal pun.”, dia gelak kecil.

“Kau banyak berubah. Ada apa-apa yang aku tak tau ke?”

“Kenapa? Bukannya kau dah tau.”, aku toleh Abon di sebelah kanan sekilas.

“Tak faham.”, aku kerut dahi, kaki kanan aku luruskan.

“Usu.”, mata aku berkedip sekali.

“Tak ingat? Aku, kau, Usu. Petang tu.”, aku mula faham.

“Kenapa? Aku dah buat salah ke?”, aku tunduk, bila Abon bertanya.

“Tak…”, suara aku hampir tidak terkeluar, Abon sabar menunggu.

“Kau…aku…kita lain. Semua ni perkara biasa. Takkan kau nak tanya lagi?”, aku tidak pandang wajahnya.

“Kau…”, Abon bersuara dan aku memintas.

“Hantar aku balik.”, jalan sudah menerus ke arah Parit Raja, jam menginjak angka 11 malam. Nenek masih lena tidur.

“Suka aku?”, aku diam, kaku, kemudian berpura-pura ketawa perlahan.

“Tak lawaklah.”, dia serius.

“Ok.”, dan selepas itu suasana terus sunyi dan bungkam.

Kereta bergerak perlahan pulang ke arah Sri Gading. Apabila melalui kawasan ‘bunga sakura’, aku teringat Usu. Aku pandang ke kiri dan tidak menoleh hadapan lagi. Aku perasan kelajuan kereta menurun, dan Abon memilih lorong kiri. Waktu itu, lebih banyak bunga yang jatuh dan berterbangan apabila disambar tujahan angin kenderaan. Aku tidak tahu mengatasi masalah ini. Aku dan Abon.

Kami sama-sama tidak tahu. Usu tidak pernah mengajar aku dahulu tentang perasaan antara lelaki dan perempuan. Aku kenal perasaan ini. Tetapi, aku dapat rasakan perasaan ini salah dizahirkan dengan sewenang-wenangnya. Abon dan aku masing-masing punya maruah. Dan kereta terus meluncur tenang.

Hari ini, Abon akan pulang ke USM. Pagi-pagi lagi dia sudah terpacak di hadapan rumah nenek. Aku mengintai dari cermin. Nenek sedang bercakap di halaman rumah dengannya. Kata-kata mereka tidak pula aku dengar dengan jelas. Bunyi rancangan televisyen mengganggu. Handak diperlahankan, aku takut Abon perasan kehadiran aku di dalam rumah itu.

“Yelah. Nanti nenek cakap.”, aku cuba picing telinga lagi.

“Saya…maaf susahkan nenek.”, suara lelaki.

“Alah orang muda punya hal. Taulah nenek…”, kemudian Abon memberi salam.

Aku terduduk di sofa. Suara nenek mengejutkan aku.

“Kalau kau keluar tadi kan senang. Terhendap-hendap macam pencuri.”, pedas ayatnya.

“Jiji belum mandi.”, aku sengih.

“Ai dulu masa kecil tak pula kau segan kentut depan dia. Datang bulan pun dia yang menegur.”, muka aku panas.

“Jiji nak mandi.”, aku bangun berdiri.

“Dia pesan datang bus stand pukul 2.30 nanti.”, aku terbantut melangkah.

Kata-kata nenek aku hempas pulas cuba cernakan. Aku-pergi-bus-stand. Spontan badan berpusing 90 darjah. Aku tarik nafas.

“Sebab?”, nenek membetulkan simpulan kain batik pada pinggang.

“Ajak si Aminah. Jangan pergi sendiri. Hilang entah ke mana kan.”, aku telan liur dan dalam kepala aku bermain ayat: tiada kompromi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience