BAB 7

Romance Completed 7379

~Imbas kembali~

Pengebumian telah sempurna. Usu. Usu telah pergi. Emak di sebelah aku matanya masih merah, tapi tidak semerah pagi tadi. Usu pergi setelah beberapa jam terlantar koma dihospital. Kak Huda cedera parah begitu juga dengan ramai lagi anak muda yang akan ke universiti dalam bas itu.

Keempat-empat sahabat aku ada turut sama hadir. Nur Aminah masih menangis dan mengongoi pada bahu ibunya. Abah berdiri di hujung kubur Usu. Wajahnya sayu. Abon, Azad, dan Jamil bertiga berada beberapa tapak daripada aku. Abon memandang aku.

Mereka bertiga masing-masing meminta kebenaran keluar dengan alasan kecemasan keluarga dari warden asrama. Azad dan Jamil diterima masuk ke MRSM Muar. Abon tercampak jauh ke Ipoh, Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Enam bulan sudah masing-masing bergelar murid sekolah menengah dan belajar di tingkatan satu.

Di rumah, aku duduk di bilik Usu. Gambar Ferdinand Marcos di depan meja belajar Usu aku pandang. Cita-cita Usu berkubur.

“Siapa ni Su?”, aku menunjuk gambar pada dinding.

“Marcos.”, Usu sedang memutar screwdriver membetulkan walkman.

“Macam bagus je…”, aku menjawab malas.

“Dia pelajar hebat, banduan, peguam, dan pencetus revolusi.”, Usu bercakap sambil mengangkat kepala mendongak siling.

“Banduan?”, aku terkejut.

“Bela diri sendiri dalam mahkamah. Dia dan hanya dia dalam sejarah ni.”

“Nak jadi macam dia?”, gambar bersaiz poster itu aku sentuh.

“Yelah. Usu nak jadi lawyer. Macam dia…hebat kan…”, dan Usu gelak.

Itu dahulu. Kini bilik ini sunyi. Penghuninya telah hilang. Namun hilangnya Usu dengan membawa seorang pengganti. Abon. Dia datang petang itu dengan basikal. Hanya dia seorang dengan pakaian sekolah. Dia duduk di pintu masuk beranda. Rambutnya hitam dan kemas. Kemejanya bersih bergosok. Abon sudah membesar. Membesar menjadi seorang lelaki di asrama.

“Hai.”, aku pandang wajahnya dengan perasaan kosong.

“Nak balik asrama?”, dia angguk.

“Aku tak boleh keluar lama.”, ada sebuah kereta melintas jalan berturap hadapan rumah.

“Siapa hantar kau?”

“Bapak aku.”, wajahnya sedikit suram.

“Seronok kat sana?”, semut yang hinggap pada kaki aku buang.

“Emm..”, dia angguk lagi.

“Bon…”, kepalanya dipanggung.

“Kau sayang Usu tak?”, dia kelu.

“Sayang.”, perlahan sahaja jawapannya.

“Kalau kau sayang Usu…”, aku tenung wajahnya dalam-dalam.

“Apa?”

“Kau jangan cakap dengan aku lagi.”, Abon terkedu.

Aku menunggu beberapa saat lagi kalau-kalau Abon mahu membalas. Dia tetap senyap dan wajahnya ditekur menghadap lantai. Aku bangun perlahan dari kerusi. Kaki hampir memijak tangga pertama rumah.

“Aku…”, aku terdiam.

“Baru balik dari Cameron Highland. Rombongan sekolah.”, aku pusing badan menghadapnya.

“Nah.”, sesuatu dikeluarkan dari poket seluar dan diletakkan dilantai.

“Aku balik dulu.”, dan Abon betul-betul pergi.

Aku pandang pelekat magnet yang berbalut plastik dan tubuh pemberinya yang semakin mengecil dan hilang di persimpangan jalan. Hati aku rasa sakit. Aneh dan pedih. Itulah kali terakhir aku bertemu Abon. Satu-satunya kenangan secara visual yang aku masih ingat padanya ialah bentuk belakang tubuh badannya yang berjalan pergi. Aku tidak pernah lupa….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience