BAB 10

Drama Completed 348

Lemah. Itulah kondisi Alesandra ketika itu. Hanya bisikan kekuatan daripada
Elysian yang sedikit sebanyak memangkin semangatnya untuk teruskan
langkah menuju ke dalam kereta.

Dengan had laju 97 kmj, Elysian memandu menuju ke arah hospital yang
berdekatan. Seketika memandu, Elysian sempat menoleh ke tepi melihat
keadaan Alesandra . Matanya terpejam dengan sungguh kuat. Elysian tahu, rasa tikaman itu sangat pedih.

Lampu isyarat terakhir sebelum memasuki KPJ Metropolitan. Lampu merah
memaksa Elysian untuk menghentikan kenderaan. Brek tangan ditarik.

“ Huh” Elysian berasa lega kerana hampir tiba di hospital. Memandang ke
sisi, air mata Elysian seakan-akan tidak mampu untuk berhenti.

“ Alesandra …Saya minta maaf. Saya tak dapat pertahankan awak tadi…Huh…”
ujar Busyra.

Mata Alesandra yang tadinya terpejam, diusahakannya untuk buka. Wajahnya =
cukup menjelaskan lemahnya badan Alesandra ketika itu. Bibirnya mula
memucat. Dahinya dibasahi keringat. Perlahan-lahan, Alesandra mendapatkan
tangan Busyra.

“ Busyra, tidak…Bukan salah awak. Inikan takdir Allah. *Rancangan Allah
itu indah* kan…Ahhh…In Shaa Allah, saya kuat. Bidadari dunia kena
kuatkan?...” ujar Alesandra sepatah demi sepatah.

Puan Izzah, bonda kepada Alesandra tiba seketika setelah dikhabarkan
keadaan Alesandra . Sebaik tiba di hospital, Alesandra terus dimasukkan ke
ruang kecemasan. Elysian yang melihat kejadian yang menimpa rakannya itu
lantas menceritakan segalanya kepada Puan Izzah. Jelas kelihatan riak
geram pada wajah bondanya terhadap lelaki bernama Farid. Puan Izzah
mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di atas kemalangan yang
menimpa puterinya itu. Apa-apapun, mereka ingin memastikan keadaan
Alesandra benar-benar selamat dan stabil.

Sudah hampir 4 jam Alesandra dimasukkan di ruang kecemasan.
Melihatkan jam menunjukkan 7.30 petang, Elysian menuju ke surau untuk
tunaikan solat Maghrib.

Dalam sujudnya, hanya mengharapkan pertolongan daripada
Rabbul Izzati. Elysian tidak henti-henti menitiskan air mata. Air mata
pengharapan dan penghambaan kepadaNya.

“ Ya Rabb…dia, Alesandra Wardina binti Khairuddin. Dia ialah
hambaMu yang masih dahagakan ilmu. Masih mendambakan redhaMu. Masih
mentah melihat indahnya agamaMu. Maka, Engkau berikanlah dia kesempatan
untuk meneruskan kehidupannya di muka bumi ini sebagai bidadari dunia
yang sentiasa didambakan oleh setiap insan bergelar wanita. Sekiranya
aku tukarannya, aku bersedia untuk berganti tempat dengannya.
Sesungguhnya, Engkau telah merancang yang terbaik untuk kami. Aku
serahkan segalanya kepadaMu. Ya Rabbal a’lamin…” Bingkisan doa itu
dilafazkan dalam hati Elysian dengan penuh pengharapan kepadaNya.
Tangisannya menjadi saksi betapa kasihnya dia kepada sahabatnya itu.

“Kenapa ni, mak cik? Ada apa-apa perkembangan Alesandra ?” Elysian yang baru
tiba dari surau menjadi tertanya-tanya. Dia melihat keadaan bonda kepada
Alesandra bagaikan putus harapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience