BAB 1

Drama Completed 348

“ Andai tangan ini dapat mencapai pelangi di langit. Andai diriku dapat
terbang ke angkasa. Pasti aku akan melakar namamu di sana. Dengan itu,
seluruh dunia tahu betapa bahagianya imanku kerana memiliki saudara
sepertimu,”*

*

Alesandra menamatkan coretan diarinya. Lalu, kalam berwarna
merah jambu itu ditutup rapi. Sejenak, dia merenung ke arah langit yang
membiru dihiasi kapas-kapas awan. Tersenyum gadis itu dek teringat kisah
lampau persahabatannya yang masih harum di benak hatinya. Sehinggakan
tanpa sedar, air mata mula bergenang di kelopak matanya.

Remaja. Itulah zaman yang dilalui oleh Alesandra ketika dia asyik bermain
cinta bersulam nafsu. *Hidupnya ketika itu seakan-akan tidak
bertuhan.* Siang dan malam hanya memikirkan dia yang bernama kekasih
hati, Farid. 3 tahun menjalin hubungan cinta tanpa memikirkan halal dan
haram menjadikan Alesandra buta untuk melihat jalan kebenaran.

“ Hmm…Nak balik dah? Relaxlah…Baru 12.00 malam.
Nanti I hantar youbalik. Ok?...” jawab Farid dalam keadaan separuh
mabuk.

Alesandra dan Farid sering bertandang ke pusat hiburan setiap
kali malam minggu. Bonda kepada Alesandra , Puan Izzah sudah berkali-kali
menegur malah mendenda anak gadisnya dek perbuatan liar Alesandra . Namun,
sedikitpun tindakan bondanya itu tidak terkesan kepada perangai Alesandra .
Alesandra yang merupakan anak tunggal yang sudah ketiadaan bapa ini
bukannya anak yang nakal pada mulanya. Dia sangat sopan, baik budi pekerti.

Namun, setelah bapanya meninggal dunia, gadis 19 tahun itu
seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan sehingga hampir hilang
kewarasan akal disebabkan oleh tragedi yang menimpa bapanya. Kehadiran
Farid dalam hidupnya seakan-akan mengembalikan keceriaan hidup Alesandra .
Perkenalannya dengan Farid bukan sahaja menyemai rasa cinta dalam
hatinya, sekaligus mengubah gaya hidup Alesandra .

“ Sudahlah tu. Dah berapa banyak botol you minum ha! Stop
it…Jom balik!!!” tegas Alesandra kepada Farid yang asyik menikmati minuman
haram itu dalam keadaan mabuk.

“ Ish…You ni, dari tadi nak balik. Esok cuti kan….Tak
payah bising-bisinglah. I nak bagi you minum, you tak nak. Lebih
baik you diam…” jawab Farid sambil menunjuk-nunjuk gelas minuman
alkohol itu kepada Alesandra .

Memang Alesandra hanya menurut Farid ke mana sahaja dia pergi.
Namun, prinsip Alesandra begitu kuat iaitu dia tidak akan sesekali minum
sebarang minuman di pusat hiburan.

Alesandra bengang dengan jawapan daripada Farid. Dia tahu,
Farid sudah mabuk sepenuhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience