BAB 4

Drama Completed 348

Dia berasa malu melihatkan cara pemakaian Elysian yang sungguh sopan dan
menenangkan. Sedangkan dirinya, bak kata orang kain tak cukup benang.

“Busyra, macam mana awak boleh tahu saya ada dekat situ?”
soal Alesandra .

Dengan senyuman, Elysian menjawab.

“ Sebenarnya, saya baru pindah dekat kawasan ni. Abang saya
dapat kerja dekat sini. Saya anak yatim, tak ada mak dan ayah. Sebab tu,
saya ikut saja abang. Malam tadi, abang saya tak sihat. Saya keluarlah
nak cari ubat dekat mana-mana farmasi. Maklumlah, orang baru lagi dekat
kawasan ni. Dalam perjalanan balik, saya tersesat sampailah dekat
tempat awak tu…” jelas Busyra.

“ Nasib baik awak ada…Kalau tak…Hmm, tak tahulah saya,”

“ Bukan!!! Bukan nasib baik. *Alhamdulillah*. Allah yang
tolong awak tadi. Saya ni perantara je…” jawab Busyra.

Alesandra terdiam. Dalam hati, dia membenarkan kata-kata Elysian sebentar tadi.

Alesandra tidak tahu mengapa tenang dia rasakan saat berbual
dengan Busyra. Mungkin senyuman yang sentiasa menghiasi wajah Busyra.
Atau bicaranya yang lembut. Yang pasti, tingkah rakannya itu menarik
perhatian Alesandra .

Sebaik tamat kuliah, Alesandra terus menuju ke kafeteria. Kebiasaannya,
Alesandra akan menunggu Farid di situ dan mereka akan pulang bersama.

“ Hei…Kenapa monyok je ni?” sapa Farid yang baru tiba di
kafeteria.

“ Kenapa you tak call I langsung dua hari lepas ha?
Sibuknya mengalahkan perdana menteri. Mesej pun tak. You langsung tak
nak ambil tahu keadaan I kan!!!” kata Alesandra dengan wajah yang mencebik.

“ You ni…Takkanlah sebab I
tak call, you merajuk. I punya fon hilang masa balik club hari
tu. Entah ke mana…” jelas Farid.

“ Itulah you, mabuk sangat sampai lupakan I. You tahu
tak apa jadi dekatI malam tu? I hampir diratah manusia binatang
malam tu!”

Farid sekadar tersentak begitu sahaja. Baginya, tiada
apa-apa yang perlu dikisahkan sekiranya kejadian itu berlaku. Namun,
demi menjaga hati Alesandra , Farid meluahkan rasa kesal dan simpati di atas
apa yang terjadi kepada Alesandra .

“ Dahlah…Jom balik,” ujar Alesandra .

Farid terdiam. Wajahnya berubah menjadi tidak keruan. Alesandra
memandang Farid dengan riak aneh.

“ You ni kenapa?”

“ Erm…Sebenarnya, hari ni I tak boleh
hantar you balik. I ada urusan lainlah…Sorry,” jelas Farid kepada
Alesandra .

Kening Alesandra berkerut. Nafasnya dihembus tanda
kesal.Dirinya tidak mampu menghalang Farid daripada berbuat demikian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience