BAB 7

Drama Completed 348

Alesandra percaya, Elysian mampu menenangkan hatinya yang
dilanda badai itu. Lalu, Alesandra menceritakan segalanya kepada Busyra.
Malu. Itu memang dirasakan oleh Alesandra kerana cerita hidupnya pasti jauh
beza dengan kehidupan Busyra. Namun, Alesandra tahu Elysian bukanlah manusia
yang suka merendahkan orang lain. Elysian setia mendengar setiap ungkapan
yang keluar daripada mulut Alesandra

“ Nah…ambil ni.” Elysian menghulurkan sapu tangan berwarna
violet itu kepada Alesandra . Melihatkan air mata yang berjuraian itu,
Elysian memahami hati dan perasaan Alesandra ketika itu.

Sapu tangan itu disambut oleh Alesandra . Dengan lembut, dia
mengesat air mata yang membasahi pipinya.

“ Alesandra … kalau kita sedih, kita perlukan sesuatu yang
menenangkan. Itu fitrah manusia. Dalam Surah Ar-Rad ayat 28. Allah
berfirman ‘*Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah, hati menjadi
tenang,*’. Allah adalah pemilik kesejahteraan. DaripadaNya kita memohon
kesejahteraan. Kalaulah masa lapang kita buat maksiat, masa sempit kita
nanti siapa yang nak bagi kesejahteraan, ketenangan, kemudahan. Kalau
bukan Allah. Sebab tu, masa kita sihat, ada masa lapang, kita berusaha
melawan nafsu daripada maksiat yang menjadikan Dia murka kepada kita.
Takut-takut, kesengsaraan, kesempitan, kesusahan yang kita alami itu
kafarah kepada dosa kita…” ujar Busyra.

“ Tinggalkan maksiat. Bertaubatlah. Bukan Alesandra je yang perlu
bertaubat. Saya pun perlu bertaubat. Setiap manusia sentiasa buat silap.
Tinggalkan lelaki yang menawarkan cinta berselimut nafsu itu. Turuti
perintah ibu yang pada kakinya terletak syurga, yang pada rahimnya
pernah menanggung diri kita 9 bulan tanpa putus asa,” jelas Busyra.

Tergamam Alesandra .

“ Hmm…Susah awak. Susah,” ujar Alesandra .

“ Jodoh itukan ketetapan Allah. Sekarang bukan masanya untuk awak
bermain cinta sedangkan masih banyak urusan dan tanggungjawab yang perlu
diselesaikan. Alesandra nak tahu tak? Nanti, akan datang satu hari tiada
naungan selain naungan Allah SWT. Pada saat itu hanya ada 7 golongan
yang mendapat naungan Allah. Antaranya, lelaki yang menolak ajakan
perempuan berzina atau perempuan yang menolak ajakan daripada lelaki.
Lalu mereka berkata ‘*Inni Akhafullah*’ Aku takut kepada Allah. Macam
mana Alesandra nak mencintai makhluk lain sedangkan awak masih belum cukup
mencintai diri sendiri? Macam mana awak nak mencintai diri sendiri
sedangkan awak belum cukup mencintai Allah SWT? *Dia kan Pemilik
Cinta*…” ujar Busyra.

“ Ya Allah…Inikah titipan daripadaMu kepadaku agar aku
kembali kepadaMu. Ya Rabb,” bisik hati Alesandra tatkala menitiskan air
mata dalam dakapan Busyra.

Elysian memberi masa kepada Alesandra untuk meredakan esakan
tangisnya. Seketika, Elysian menjerling ke arah jam tangannya.

“ Elysian ada urusan ye. Pergilah…Saya baik-baik saja dekat
sini,” kata Alesandra .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience