BAB 9

Drama Completed 348

Mereka berdua menoleh mencari-cari pemilik suara itu.
Terbeliak mata Alesandra melihat kelibat Farid dengan wajah yang tegang.

“ Ada apa lagi Farid? Kan I dah bagitau yang kita dah tak
ada apa-apa hubungan,” ujar Alesandra dengan tenang.

“ Senangnya. Macam tu je. You ingat I ni sampah. Boleh
buang suka hatiyou?”

“ Bukan you je, I pun sampah. Tapi dulu.
Sekarang *I cuba untuk jadi berlian*. I nak keluar daripada
kehidupan sampah kita dulu. Sedarlah Farid. Selama ini kita bermaksiat
dengan cinta kita. Tak gunalah Farid. You kena terima semua ni,
macam I terima semua ni. Memang susah, Farid. Tapi, you kena kuat.
In Sya Allah, Allah akan tolong kita…” jelas Alesandra . Dalam diam, dia
cuba untuk menarik Farid ke jalan yang sedang dilaluinya. Jalan yang
penuh cahaya bukannya kegelapan yang nyata.

“ Heh!!! I bukan nak dengar ceramah. I nak
ambil you daripada perempuan tu!!! Dia kan yang dah
rampas you daripada I!”tegas Farid. Tergamam Elysian apabila dirinya
ditunjuk sebagai perampas.

“ Farid!!! I tak nak berkasar dengan you.
Tapi, you dah paksa I untuk berkasar. Dia, Busyra. Bukan dia yang
rampas I daripada you. Allah!!! Allah yang tarik I, keluar
daripada sarang maksiat. Sekarang I rasa ‘cerah’ dengan cahaya hidayah.
Dan *cahaya itulah yang membuatkan I sedar betapa gelapnya hidup I
dulu!*!!” tegas Alesandra .

“ Sudah!!! I tak nak dengar semua ni..” tengking Farid.

Tanpa sedar, tangan kirinya sedang menggenggam sebilah pisau. Alesandra
perasan tingkah Farid yang cuba menghunus pisau itu ke arah Busyra.

“ Busyra!!!” Alesandra menjerit memanggil nama Elysian supaya berhati-hati.
Elysian yang mendengar lantas menoleh.

Alesandra sedar, jeritannya sahaja tidak cukup. Lalu, Alesandra mempercepat
langkahnya menepis tikaman daripada Farid. Alesandra cuba menghalang.
Namun, malang tidak berbau. Pisau yang dihunus oleh Farid tertusuk badan
Alesandra .

Tergamam Elysian melihat keadaan Alesandra tertusuk pisau di dada sebelah
kirinya. Segalanya berlaku sekelip mata dan Elysian tidak mampu berbuat
apa-apa. Dirinya masih terkejut dengan situasi tersebut. Dia seakan-akan
tidak percaya akan kejadian tersebut. Elysian melihat dengan mata
kepalanya sendiri bagaimana pisau itu ditusuk oleh Farid.

Farid bagaikan tidak keruan. Bukan niatnya untuk menikam Alesandra .
Langkahnya menjadi tak teratur. Farid lantas meninggalkan tempat itu.

“ Aaahhhh…Hhhh…” getus Alesandra kesakitan. Darah terus-menerus mengalir
tanpa henti. Elysian terus merebahkan dirinya mendekati Alesandra .

“ Alesandra …Ingat Allah. Kita kena ke hospital sekarang. Awak kena kuat,
Alesandra ,” ujar Elysian di telinga Alesandra . Melihat keadaan Alesandra yang
perit menahan kesakitan, Elysian tidak dapat menahan air mata yang mula
bergenang.

Dengan penuh kudrat Elysian memimpin Alesandra menuju ke dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience