BAB 8

Drama Completed 348

Elysian terdiam memikirkan sesuatu lalu berkata…

“ Hmm. Jom, ikut saya,”

“Ha? Nak ke mana?”

“ Awak kan tengah mencari ketenangan…Jomlah ikut saya…” Busyra
menarik tangan Alesandra . Harapannya Alesandra menurut.

Pagi itu terasa sungguh berbeza daripada pagi-pagi yang sebelumnya.
Alesandra hanya berkurung dalam bilik. Kalamullah yang sudah lama tersimpan
di atas meja itu menjadi zikir di mulutnya, halwa di telinganya dan
penawar di hatinya. Ketenangan yang dicarinya selama ini ternyata
sentiasa ada bersama dengannya. Cuma, dia tidak pernah mencari
ketenangan yang abadi daripada As-Salam, Maha Sejahtera.

“Sadaqallahul ‘Azim…” Al-Quran Kareem itu ditutup lalu
diletakkan rapi di atas mejanya. Alesandra mula menolehkan pandangannya ke
arah katil. Ditenungnya, jilbab dan sarung tangan yang dihadiahkan oleh
Elysian petang lalu. Kembali dia teringatkan suasana usrah di masjid
bersama dengan muslimah yang lain di masjid. Itulah kali pertama dia
menyarungkan tudung di kepala.

“ Ya!!! Aku perlu tamatkan semua ni…” monolog Alesandra .
Telefon pintar yang tersimpan rapi di atas katilnya itu lalu digapai.
Dicarinya nama Farid untuk dihubungi.

“ Hello…Alesandra …” Farid membuka bicara sebaik menerima panggilan.

“ Assalamualaikum, Farid,”

“ Err…Waalaikumsalam. Kenapa you ni? Tiba-tiba je
call I.” ujar Farid.

“ Oh. Minta maaflah kacau you. Sibukkan…Tak
apa. You jangan risau. Itakkan pernah kacau you lepas ni. Ini
adalah panggilan terakhir antara kita berdua. Lepas panggilan ni, kita
bukan sesiapa. Melainkan saudara seagama sahaja!”

“ Ah!!! What!!! Alesandra , apa yang you cakap
ni? You minum eh.” Sentak Farid mendengar penjelasan daripada Alesandra .

“ No!!! I tak pernah minum. Ingat tu. Dan ini serious.
Cukuplah selama ni kita bermaksiat tanpa kita sedar. I tak nak ada
apa-apa hubungan dengan you.Enough until here!!!…”

“ Hah…Stop joking lah Alesandra . Sudahlah…Merepeklah you
ni!!!” tegas Farid

“ I tak merepek. Terserahlah, you nak terima atau tak.
Oh, baru I sedar.You dah jumpa fon, ya. Hah…Itu bukan
masalah I pun. Assalamualaikum,” bicara Alesandra lalu menamatkan panggilan.

Lega. Itulah rasanya setelah meluahkan kehendaknya kepada
Farid. Apa yang akan terjadi seterusnya, Alesandra serahkan kepada Allah
SWT. Pandangannya mula beralir ke arah hadiah daripada Busyra. Jilbab
yang berada di atas katil itu didapatkannya. Perlahan-lahan dia menuju
ke arah cermin. Dengan senyuman, Alesandra cuba untuk menyarungkan
selendang mengikut kaedah yang diajarkan oleh Elysian tempoh hari.

“ Subhanallah…MasyaAllah. Cantiknya bidadari dunia…Kenapa
aku tak pernah sedar selama ni?” monolog Alesandra . Tanpa sedar air mata
mula bergenang di kelopak matanya. Sungguh terharu gadis itu melihat
dirinya berjilbab. *Indah dirasakannya saat syariat Allah dihidupkan*.

Malam-Malam yang diharungi oleh Alesandra kini bertemankan
tangisan keinsafan. Tikar sejadah menjadi saksi sujudnya hamba Allah
yang istiqamah dengan taubatnya. Tekad di hatinya ingin melengkapkan 30
hari 30 malam Tahajjud di sepertiga malam.

“ Awak dah habis kelas?” soal Busyra.

“ Alhamdulillah. Jom, kita pergi sekarang.” Ujar Alesandra . Seperti
kebiasaannya mereka akan terus ke masjid setelah tamat kuliah.

“ Jom..”

Belum sempat masuk ke dalam kereta. Satu suara memanggil
Alesandra dengan keras.

“ Alesandra !!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience