BAB 6

Drama Completed 348

“ Bonda tak boleh buat Alesandra macam ni. Ini keputusan
Alesandra !!!” tengking Alesandra lalu terus keluar daripada rumahnya.

“ Alesandra !!! Alesandra !!! Nak ke mana tu? Bonda kata jangan
keluar!!!” jeritan bondanya tidak meninggalkan kesan. Alesandra tetap
dengan pendiriannya. Dia terus meluru keluar tanpa arah tuju. Langkah
kakinya terus berjalan tanpa henti. Dalam langkahnya, Alesandra tidak
henti-henti menitiskan air matanya. Kata-kata daripada bonda masih
terngiang-ngiang di telinganya.

Alesandra berhenti di sebuah taman tasik. Kerusi batu yang tersedia di situ
menarik Alesandra untuk duduk di atasnya. Bertemankan tasik, Alesandra cuba
untuk tenangkan dirinya. Uraian air matanya masih belum berhenti
mengalir. Sejenak, dia membelek telefon bimbit yang berada dalam
genggamannya dari tadi. Butang hijau pada telefon bimbitnya ditekan
sebaik nama Farid dijumpainya pada telefon bimbitnya.

“Hello…Farid…”

“ Eh, Alesandra ! …..You menangis ke?”

“ Erm…I ada problem. Please come here…”

“ Ha! Sorry, I tak dapat datanglah. I sibuk sangat
ni. I tengah attend event mummy. Relax, ok. Alesandra ???” ujar Farid.

Alesandra terdiam seketika. Dalam hatinya penuh rasa kesal
kerana Farid tidak mampu untuk menenangkannya saat itu. Alesandra cuba
untuk memahami Farid.

“ Oh, ya. Ok, fine. Bye,” balas Alesandra pendek lalu terus
menamatkan panggilannya.

Alesandra kembali terdiam. Tasik yang kebiruan itu direnungnya.
Seketika dia tersedar bahawa air matanya mula berhenti. Keadaan yang
sunyi itu dipecahkan oleh satu suara dari belakang.

“ Abang pergilah dulu. Ara tertinggal sarung tanganlah…”

Alesandra menolehkan kepalanya untuk melihat gerangan pemilik
suara itu.

“ Oh…Busyra.” Getus hati Alesandra sebaik melihat Elysian di situ.

Alesandra berniat untuk memanggil Elysian namun, melihatkan
kesibukan Busyra, terbatal niat Alesandra itu. Belum sempat Alesandra menoleh
semula, Elysian terpandang ke arah Alesandra . Haluan Elysian yang tadinya
ingin pulang ke rumah berubah ke arah Alesandra di taman.

“ Assalamualaikum, Alesandra ,” teruja Elysian memberi salam
kepada Alesandra .

“ Waalaikumsalam…” balas Alesandra pendek. Saki baki air
matanya dikesat agar tidak dilihat oleh Busrya.

Elysian memandang Alesandra dengan penuh rasa ganjil.

“ Awak menangis ye? Kenapa duduk sorang-sorang dekat sini?
Bahayalah…” ujar Busyra.

“ Hmm…mana ada nangis. Saja duduk dekat taman, nak tenangkan
hati. Awak buat apa dekat sini?”soal Alesandra .

Tertawa kecil Elysian mendengar soalan itu.

“ Kenapa awak ketawa?” soal Alesandra aneh.

“ Tak adalah…Setiap kali kita berjumpa, awak mesti tanya
soalan tu.”

Alesandra turut tertawa sebaik menyedarinya.

“ Sebenarnya, saya tinggal dekat kawasan perumahan tu. Saya
dengan abang saya nak ke masjid tadi...Ada halaqoh. Awak pula?” ujar
Busyra. Jari telunjukknya menunjuk ke arah kawasan perumahan yang hampir
dengan taman tasik tersebut.

Alesandra terdiam. Dia tidak tahu cara untuk menjelaskan
keadaannya kepada Busyra.

“ Alesandra …Awak ada masalah?” panggil Elysian dengan lembut.

Haaahh…Huuuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience