BAB 5

Drama Completed 348

Jadi, Alesandra hanya mampu membiarkan Farid pulang sedangkan dirinya terus
menunggu ketibaan pemandu peribadinya tiba.

“ Eh…Alesandra . Assalamualaikum,” sapa seorang gadis.

Wajah Alesandra yang tadinya tegang terus mengukir senyuman
sebaik melihat insan yang pernah menyelamatkannya.

“ Busyra..Awak buat apa dekat sini?” ujar Alesandra dengan teruja.

Alesandra menjemput Elysian duduk.

“ Awak tak jawab salam saya lagi…” kata Elysian lembut.

Tersenyum Alesandra malu lalu menjawab salam daripada Busyra.

“ Tak adalah…Saya baru pindah ke kampus ni. Tak sangka awak
pun belajar dekat sini….” jawab Busyra.

Suasana tiba-tiba menyepi. Alesandra yang dari tadi terdiam
terus merenung ke arah sarung tangan berwarna hitam yang dipakai oleh
Busyra.

“ Alesandra ??? Awak termenung apa tu?”

“ Oh..Tu, yang awak pakai dekat tangan awak tu…Kan awak dah
pakai baju lengan panjang, buat apa awak pakai yang tu lagi. Panaskan…”

Tersenyum Elysian mendengarkan ungkapan Alesandra . Elysian sedar
Alesandra ialah insan yang kurang tarbiyah agama. Elysian memikirkan aturan
kata-kata yang sesuai untuk menjawab pertanyaan Alesandra .

“Alesandra …ini sarung tangan. Betul, saya dah pakai baju lengan
panjang. Tapi, lengan panjang ni tak memastikan yang kulit tangan saya
tertutup. Kan kita wajib tutup aurat dari hujung rambut hingga hujung
kaki kecuali t.a.p.a.k tangan dan muka. Jadi, tangan ni pun aurat.
Memanglah panas tapi, *neraka lagi panaskan*…”jawab Busyra.

“ Alesandra … awak tahu tak. Martabat kita ni sangat tinggi.
Rasul tercinta kita, Muhammad SAW yang menaikkan martabat kita. Dulu,
perempuan dibunuh, dirogol sesuka hati, dijadikan hamba dan manusia
anggap perempuan ni bawa sial. Bayangkan, perempuan dahulu sanggup
menjahit kemaluan mereka untuk menjaga maruah diri mereka. Hari ni, kita
tak perlu pun nak buat macam tu. Sebab, ajaran Islam yang mengangkat
darjat perempuan sampaikan dalam Al-Quran ada satu surah khas tentang
perempuan, Surah An-Nisa’. Allah dah terangkan kepada kita tentang
pemakaian dan pergaulan untuk kita. Nampak tak, betapa Allah nak jaga
kita sebab Allah tahu perempuan itu perhiasan dunia.*Perempuan itu
fitnah dunia tapi, yang solehah itu bidadari dunia*…” jelas Busyra
dengan penuh hikmah.

“ Patutlah…Awak cantik. Bidadari dunia rupanya di hadapan
saya ni…” ungkap Alesandra .

“ Ha? Saya tak layak mendapat gelaran tu. Alesandra ? Awak tak
nak jadi bidadari dunia? Allah tu, sayang sangat dekat hamba
Dia. Innallaha Maa’na. *Allah bersama dengan kita*. Dia tak pernah
tinggalkan hambaNya sendiri dalam kegelapan. Cuma kita yang sentiasa
lari daripada cahayaNya,” ujar Busyra.

Petang itu, Alesandra disekat oleh bondanya daripada keluar. Gadis itu mula
memberontak kerana kehendaknya disekat.

“ Bonda…Lisya nak keluarlah…”

“ Alesandra !!! Dengar cakap bonda baik-baik. Bonda takkan sekat
Alesandra keluar rumah kalau Alesandra tak balik lewat malam. Bonda dah puas
tegur Alesandra , tapi Lisya tetap liar…”

“Liar? Mana ada. Lisya tak minumlah. Pergi club je dengan
Farid. Dia boleh jaga Lisya lah…”

“ Itu satu lagi. Bonda tak nak, Alesandra rapat dengan Farid.
Cukup sampai sini saja!!! Dia bukannya jadikan Alesandra lebih baik, tapi
makin menjadi-jadi. Putuskan hubungan dengan dia. Faham!!!” tegas bonda.

Alesandra terdiam seketika. Wajahnya menunjukkan bahawa dia
tidak berpuas hati dengan keputusan daripada bondanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience